Anak haram apa yang kau dah buat dengan keluarga ni... Marah mamanya puan Ashima.
Betul mama semua ni sebab kak Ash. Auni tengok sendiri dia buruk-burukkan keluarga kita pada mertua dia. Auni rasa ini semua sebab dia nak balas dendam pada kita semua.
Sudah Auni jangan jadi batu api.. tegur Dahlia.
Kau tu yang diam sedarlah diri tu sikit kau hanya orang luar dalam keluarga ni. Balas Auni kepada Dahlia.
Auni.. Dahlia tu isteri abang long tahu tak? Jaga mulut kamu tu sikit. Aku tampar nanti.. jerkahan Ashraf kepada Auni.
Berani kau nak tampar anak aku sebab bini kau dengan anak haram tu? Kau tengok apa anak haram tu buat pada keluarga kita ni. Kata Puan Ashima.
Keluar dari rumah aku ni. Aku tak nak tengok muka korang kedua.
***
Awal pagi lagi Ash datang ke rumah tok Wan bersama PA Syasha dan seorang peguam bernama Mohd Aliff Farizal.
Awal pagi itu Ash menceritakan apa yang berlaku sememangnya dia tidak menyangka bahawa suaminya sedang bercinta dengan anak musuh politik ayahnya. Bila mana Puan Sri Farah meminangnya Ash terus menghubungi tok Wan dan Dahlia. Oleh kerana Puan Sri Farah terlalu merayu akhirnya dia pun bersetuju untuk berkahwin dengan Qayyum.
Dahlia juga telah cuba memujuk ibu saudaranya tapi gagal kerana Puan Ana turut masuk campur dan membuatkan keadaan menjadi lebih parah. Mama dahlia Puan Delaila pun sangat tahu perangai kakaknya dia seorang yang tidak suka rancangannya dikacau orang termasuklah keluarganya sendiri.
Tok Wan tahu Ash tak salah apa yang berlaku ini semua dugaan untuk kita semua. Papa Ash memang bersalah sejak awal dia menyertai parti politik. Tak ada orang yang kita boleh percaya bila dah masuk ke dalam politik Ash. Tok Wan ada satu rancangan. Tapi tok Wan harap dapat kerjasama dari kamu.
Baiklah tok Wan Ash setuju dengan cadangan tok Wan. Ash akan kemukakan tuntutan cerai kepada Qayyum. Hal ini akan diuruskan oleh Aliff dan Syasha akan uruskan hal-hal yang lain.
Assalammualaikum..
Waalaikumussalam... Ashraf, Dahlia pun dah sampai. Masuklah.
Satu tamparan diberikan kepada Ash.
Abang, jerit Dahlia. Sampai hati abang tampar Ash. Sayang tahu abang tengah marah dengan apa yang berlaku. Sebenarnya ini semua rancangan mak ngah sayang dah cuba pujuk tapi mak ngah berkeras ingin Ash jadi menantu dia. Mira adalah anak tuan Mokthar anak kenalan papa abang orang yang memerangkap mama abang satu masa dulu. Ash tak salah pun.
Ya Allah kenapa sayang tak cerita pada abang hal ni. Tanya Ashraf
Mana abang nak dengar setiap kali sayang cuba buka tentang Ash abang selalu tukar tajuk... Jawab Dahlia sambil membantu Ash mengelap darah dibibir itu.
Maafkan Ash abang long. Puan Sri Farah merayu Ash untuk berkahwin dengan anaknya. Kalau Ash tahu hal ini akan berlaku Ash takkan setuju dengan cadangan Puan Sri Farah.
Bukan salah kau Ash mak ngah aku tu sebenarnya sakit jiwa sejak kejadian kemalangan jalan raya arwah Qartini. Dia lihat bayangan Qartini dalam diri kau. Sebab itu dia rancang semua ni. Mak Su aku menjadi dalang supaya mak ngah berhenti mengambil ubat doktor. Mak Su aku gilakan pak ngah.
Abang long mintak maaf Ash abang betul-betul serabut. Papa kena tangkap, mama tak habis-habis marah dan paksa abang cari duit nak jamin abah. Auni pulak sentiasa menyebarkan berita palsu untuk buat mama marah. Abang pulak baru kehilangan kerja. Mana abang nak cari duit untuk jamin papa.
Tak apa abang long, Ash faham. Esok abang boleh mula kerja di syarikat yang Dahlia kerja sekarang. Syarikat itu milik Ash. Mari Ash kenalkan ini Syasha ni PA Ash, Aliff pula peguam yang mewakili Ash dan syarikat Ash.
Abang long tolong rahsiakan hal-hal yang berkaitan dengan Ash dari papa dan mama kita.
Ash... Maafkan abang long.. kata Ashraf dan memeluk si adik.
***
Hari ni Ash tidur rumah tok Wan ye. Rumah ni lepas Ash ubah suai belum sekali pun Ash dok sini dengan tok Wan. Kata tok Wan yang menarik minat cucunya dari tadi hanya mendiamkan diri.
Ok tok Wan Ash pun tak ada kenderaan nak bergerak.
Assalammualaikum.
Waalaikumussalam.. mama chik.. Ash terus melepaskan tangis sejurus melihat wajah Puan Hajar..
Maafkan mama cik Ash sebab tak hadir ke majlis perkahwinan Ash dan Qayyum Puan Sri Farah dan Puan Ana tak izinkan kami bertemu dengan Ash.
Tak apa mama cik. Ash dah tahu Dahlia cerita pada Ash tadi. Puan Sri Farah tu sebenarnya sakit jiwa di sebabkan kematian anaknya. Puan Ana pulak menaruh hati kepada Tan Sri Qairil..
Aisyah... Rindunya dekat Aisyah.. dah besar pun Aisyah sekarang.. cantik ye dia. Puji Ash kepada Aisyah anak perempuan tunggal Puan Hajar dan Encik Aswad.
Aisyah tersipu-sipu malu dengan pujian Ash.
Jemput minum Hajar tok Wan buat air kopi ajelah tok Wan tak pandai masak macam kamu berdua. Ini anak kamu kan Hajar Ya Allah cantiknya mata.. puji tok Wan sambil membawa seteko kopi dan beberapa biji cawan.
Aisyah yang malu bila di puji melarikan diri ke dalam pelukan mamanya.
Malam ni Ash tidur di rumah tok Wan sahajalah. Teman tok Wan. Kata Ash kepada Puan Hajar.
Baguslah kalau begitu. Ash cuti berapa hari?
Tiga bulan mama cik. Tapi Ash susah nak keluar tak ada kenderaan. Mama cik esok Ash ingat nak ke kedai kereta. Nak beli satu kereta untuk Ash guna ke sana sini... Kereta tu Ash boleh tinggalkan di rumah tok Wan. Tok Wan nak ke surau pun senang hari hujan tak payah guna motor lagi bahaya.
Betul jugak kata Ash nak mama cik temankan ke esok?
Boleh jugak.
Lepas mama hantar Aisyah ke sekolah terus mama datang temankan Ash. Papa cik kamu pun dah rindu nak jumpa kamu.
***
Tengoklah dia tak balik pun ke rumah ni. Entah kenapa dia pergi. Kak ngah macam ni ke menantu yang kak ngah nak? Kata Puan Ana.Ash tak hubungi kamu ke Qayyum? Soal Puan Sri Farah kepada anaknya.
Tak mak mintak izin pun. Mama terima lah Mira jadi menantu mama. Mira tu memang seksi tapi setia tengok walaupun Qayyum dah kahwin dengan perempuan tu. Dia tetap setia tunggu Qayyum. Mama nak tengok ke Qayyum terus nak buat maksiat? Mama tak rasa bersalah ke?
Betul tu kak ngah, Ana bukan apa. Akak nak ke keturunan kita dari susur galur yang tak elok?
Akak tak tahu... Tapi Dahlia bahagia dengan Ashraf.
Mama Dahlia tu buat-buat bahagia sahaja. Ma tak tahu sekarang si Ashraf dah kerja dekat syarikat si Dahlia sebab apa. Nak kikis harta Ayah Chik tu.
Kalau macam tu ngah baik kita halau sahaja Ash dari keluarga kita.
Tapi bukan ke Ash... yang punya...
Sudah ngah jangan cakap lagi. Ambil ubat ni.
Mama rest ok Qayyum nak cari Ash. Ada perhitungan yang Qayyum perlu buat dengan dia.
***
Saya nak jumpa Encik Ashraf.
Tunggu sekejap ye Encik.
Encik Ashraf.. ini orang yang nak jumpa Encik.
Qayyum.
Yes abang ipar aku. Berapa banyak duit sepupu aku yang kau kikis ye.. ke kau lacurkan adik kau yang kerja kat UK tu.
Tolong jaga sikit mulut kau Qayyum.
Aku nak hantar surat ni untuk adik kau. Aku terpaksa saman malu kerana dia mempergunakan mama aku untuk menipu keluarga aku. Sedang kan dia sebenarnya anak yang tak sah taraf.
Kurang ajar kau Qayyum menyesal aku jadi kawan kau selama ni. Baik kalau itu yang kau nak...
Aku lagi menyesal berkawan dengan kau.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...