Berkumpul

151 11 0
                                    

Meriah suasana sambutan hari raya Aidilfitri di kediaman Adam kini rumah ini telah Adam beri kepada umi.. jadi Adam dan Afiq meletakkan nama kediaman ini sebagai rumah umi.

Rumah ini sebenarnya teres berkembar dua tingkat. Semasa Adam membeli rumah ini Afiq ada orang yang menemani Adam melihat keadaan rumah ini. Afiq yang baru tiga bulan bekerja sebagai pramugara terus memohon pinjaman bank danp membeli rumah tersebut.

Rumah mereka di pulau Pinang adalah rumah sewa. Dengan membeli rumah itu. Adam dan Afiq boleh membawa umi tinggal bersama mereka. Sebelum Adam melanjutkan pelajaran ke UK. Memang dia juga tinggal di situ selepas menyambung master dan Phd Adam tidak ada di rumah ini. Afiq pulak selalu terbang ke sana sini.. umi pun tinggal bersama Vanida di Dubai.

Seperti Adam, umi juga sudah lama tidak menyambut lebaran di Malaysia. Tahun ini mereka mula menyambut lebaran bersama. Vee berkahwin dengan seorang juruterbang tentera sebelum ini dia tinggal di Melaka. Oleh kerana suaminya bertugas di Selangor dia pun bersetuju untuk menjadi jiran kepada dua adiknya ini.

Kediaman ini di penuhi dengan pelajar tahfiz., Untuk melakukan tahlil, doa kesyukuran dan majlis rumah terbuka.

Umi berketurunan India, kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil, dia dan adik beradiknya juga sudah lama  terpisah. Umi menjemput ke semua keluarga Ash datang ke majlis ini. Termasuk Puan Delaila sekeluarga dan Puan Hajar sekeluarga.. Tetamu istimewa adalah Syasha. Hadir sama ibu bapa mertua Vee.

Juadah rumah terbuka yang disediakan adalah nasi ayam air tangan Encik Aswad, kambing dan ayam golek, beberapa jenis kek air tangan Ash, kuih raya air tangan Sya, lemon laici, rendang daging, lemang dan nasi impit.

Ash adalah orang yang menjadi tumpuan ramai jiran yang mereka jumpa ingin bergambar dengannya. Begitu juga dengan anak-anak tahfiz katanya nak tunjuk dekat ibu mereka yang minat dengan rancangan masakan Ash.

Pandai anak teruna umi cari isteri pandai masak. Kata Vanida.

Betul Ida, Sya tu dia punya pandai masak buat apa pun sedap. Punya banyak dia belajar dengan Ash ilmu memasak kan.. rugi kita ni Vee kena ambil ilmu Ash tu.

Betul tu akak Ida.

Ada sahaja kamu ni, dulu umi suruh belajar masak malas sekarang mula la menyesal.

Puan Ida ada orang nak jumpa kat pintu pagar. Kata bibik Nuri..

Ok sekejap.. saya datang.

Aida... Jerit Vanida.. Ya Allah. Datang pun kau..

Mereka berdua pun saling berpelukan.

Umi tengok siapa ni.

Aida..

Umi.. maafkan Aida umi.

Tak apa. Masuk nak. Mari..

Semua tetamu telah pun pulang. Kini tinggal keluarga ada Adam dan gadis bernama Aida.

Ash mari nak umi kenalkan ini Aida anak suami umi dengan isteri pertamanya.

Apa khabar, saya Ash Hanani isteri abang Adam.

Bila Adam kahwin umi? Tanya Aida.

Dah dua tahun lebih dia kahwin masa belajar di UK. Ash pun belajar di UK dulu lepas tu bekerja di sana.

Oh, ye ke? Sahut Aida seakan tak berpuas hati melihat Ash.

Afiq mari nak kak Aida ada ni. Salam dengan akak. Panggil umi kepada Afiq.

Afiq menghulurkan tangan dan bersalam. Umi Fiq naik dulu ye. Melekit la badan ni. Penat.. selamat malam umi.

Sayang.. panggil Adam kepada Ash. Bie dah siap susu untuk sayang.

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now