Kebakaran

190 13 0
                                    

Rumah milik Tuan Ahmad Amsyar hangus dijilat api hanya isterinya sahaja yang terselamat dari kebakaran itu namun mengalami kelecuran di sebelah badan.

Sejak Ashraf dihalau keluar dari rumah itu dia dan isterinya telah tinggal di rumah milik Ash. Kawasan perumahan itu agak jauh dari rumah mamanya. Semalam ada jiran menghubungi Ashraf memaklumkan kepada mereka rumah itu telah di jilat api. Mama bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang melihat kebakaran itu.

Ash. Pergilah balik berehat.. Ashraf turut duduk di kerusi di sebelah adiknya.

Tak apa abang long Ash boleh tunggu lagi. Lagi pun Ash ada beberapa hari je lagi kat Malaysia ni.

Ash...

Ye.

Ash... Abang long nak mintak maaf. Sebab abang Ash kena halau dengan mama dan papa dulu.

Ash dah lupakan semua tu abang.

Tak Ash, abang long betul-betul sesal dengan apa yang berlaku. Duit tu sebenarnya abang long guna beli game baru. Takut mama marah Auni bagi cadangan untuk abang kata duit tu kena curi.

Ya Allah, abang long betul-betul sesal. Tengok Ash kena halau mama dan papa ugut kalau tak nak kena halau macam Ash kami semua jangan cari Ash. Dahlia yang banyak sedarkan abang long tak sangka Dahlia tu kawan baik Ash.

Tok Wan dah cerita pada Ash abang long nagis peluk tok Wan ceritakan kejadian yang berlaku.

Abang long betul-betul menyesal Ash hanya Tok Wan sahaja yang faham perasaan Along masa tu. Jujur sejak kediaman tu Along dah tak isap rokok dan tak kumpul dah game dengan koleksi kad mainan.

Keluarga kita tak senang Ash. Lepas Ash pergi papa hilang kerja. Along buat kerja sambilan nak habis belajar. Tiap kali keluar dating mesti Dahlia yang tolong bayarkan. Oleh sebab dia tak nak abang rasa malu tiap kali dating kami ke rumah tok Wan. Beli barang dapur masak kat sana. Tapi yang peliknya rumah tok Wan sentiasa bersih macam ada yang kemas rupa-rupanya Ash selalu melawat tok Wan.

Tok Wan selalu cerita along dengan Dahlia datang sebulan sekali masak kat sana. Tok Wan seronok sangat.

Tapi abang long rasa tok Wan lagi seronok bila Ash baik pulih rumah dia. Rumah kayu lama tu banyak belanja yang Ash kena keluarkan. Ash ingat Along tak tahu..

Itu semua duit Ash menang pertandingan masakan antara kolej-kolej seluruh Asia. Ash dapat 50ribu dollar. Masa dapat tu awal-awal lagi mama cik cakap dia dan keluarganya tak nak satu sen pun duit Ash. Nak bagitau mama dan papa tapi Ash terjumpa pulak dengan Auni katanya mama dengan papa tak nak jumpa Ash.

Ash terus ke rumah Tok Wan tiba-tiba Ash dapat idea nak baik pulih rumah tu. Bilik ditingkat atas tu Ash letak kipas setiap bilik dan Ash cat bagi nampak klasik. Ruang tv Ash letak kerusi kayu gantikan kerusi rotan lama arwah tok Ma.

Dapur tu tok Wan kata dapat duit insurans arwah tok Ma betul ke? Tok Wan siap bagi papa RM 5 ribu ringgit. Abang long tak percaya...

Along ni pandailah. Itu duit Ash, memang niat nak bagi kat papa dengan mama buat belanja. Ash baiki bahagian dapur tu tambah sebiji lagi bilik di sebelah bilik tok Wan. Senang boleh kita guna untuk solat. Bilik tok Wan Ash tambah bilik air senang malam tok Wan tak payah guna tandas kat luar.

Lembu dan kambing yang tok Wan jaga tu pun milik Ash. Jadi tok Wan dah tak payah kerja di pasar. Duit belanja bulan-bulan Ash masukkan dalam akaun tok Wan. Kalau ada orang beli lembu dan kambing duit tu akan kami bagi dua sebab itu tok Wan boleh ambil pembantu untuk jaga kandang.

Abang long bangga dengan Ash, tengok Abang long ni satu apa pun tak ada. Harapkan kereta terpakai tu untuk bergerak ke sana sini. Nasib Dahlia sudi bekerja dapatlah bernafas sikit. Abang long sepatutnya jadi contoh untuk adik-adik tapi Abang long gagal kerana ikut kan kawan inilah jadinya.

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now