Afiq, umi dan Nabila baru selesai membaca yasin dan membuat tahlil ringkas untuk arwah ayah haji dan Puan Zaiton.
Air mata Nabila masih mengalir tanpa henti. Ayah Bella rindu ayah dan ibu. Bella janji akan dapatkan semula kenangan kita ayah. Itu janji ayah..
Rumah peninggalan Puan Zaiton kini telah dijual oleh Jannah. Begitu juga dengan rumah sewa peninggalan ayah haji turut dijual oleh Suzana. Mereka semua sepakat untuk memulangkan wang dan syarikat milik Nabila dan Afiq. Kini hanya tinggal rumah dusun milik Puan Jamilah.
Apa yang kamu fikir sekarang Fiq, rumah ni pun dah usang.. tanya Nabila.
Kak Bella, Fiq jual saham Fiq pada akak. Seperti mana yang Fiq janji. Berapa yang akak nak bayar terpulang pada akak. Fiq tak nak syarikat tu.
Fiq...
Fiq ingat nak bincang dengan kak Hana tentang nak bangunkan tempat ni. Kalau perlu Fiq buat kertas kerja dan pinjaman bank pun Fiq akan buat asalkan tempat ni tak terbengkalai.
Hana isteri Adam? Akak minat dia tak sangka dia tu isteri Adam. Terkejut sangat akak masa Adam datang bawa dia kat rumah umi. Malulah akak nagis masa kat rumah umi tu. Sya pulak sentiasa ada bantu kak masa tu..
Sya, yang buat temujanji kita tu PA kak Hana.
Patutlah pandai. Masa dia call akak set kan temujanji kita tu ayat dia sopan buat kita tertarik nak berurusan dengan dia.
Sya...
**
📲Syasha💘
Afiq: Assalammualaikum..Sya: Waalaikumussalam..
Afiq: kau apa khabar?
Sya: Tasya nak tinggalkan saya.. dia nak tinggal di asrama.
Afiq: jangan nagis esok aku balik..
-
Sya dah makan?
Dah akak.
Kenapa muram je ni?
Sya tak pernah terpisah dari Tasya sejak ibu dan ayah meninggal dunia. Dialah satu-satunya keluarga Sya akak. Sekarang bila dia dah besar di pilih untuk tinggal di asrama dengan kawan-kawan dia. Sya sunyi kak.
Sya setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya. Masa akak mula-mula tinggal sendiri kat luar tu. Akak tak ada siapa-siapa Sya. Cuma tawakal akak pada Allah buat akak yakin untuk akak capai cita-cita akak. Sya tak perlu risau Tasya tinggal di asrama kat sana ada cikgu yang pantau. Tasya seorang yang berdikari. Insyaallah selagi dia jaga solat, rajin belajar dan berusaha Allah akan mudahkan dia.
Akak...
Nagislah Sya lepaskan semuanya. Satu saat nanti Sya pun akan berkahwin. Ada keluarga. Tasya pun akan berkahwin.. itulah lumrah hidup kita Sya.
Abang Adam kita nak buat apa kat hospital ni? Tanya Tasya. Disebelah dia Aisyah dan Aidil turut sama mengikut Adam ke hospital.
Jom abang bawak ke bahagian kanak-kanak. Hari ni ada pesakit abang Adam buat sambutan hari lahir..
Bila mereka tiba di ruang wad kanak-kanak kebanyakan kanak-kanak itu memakai pakaian hospital ada badut sedang menghiburkan mereka.
Jom, kita sertai diorang.. kata Adam.
Aisyah, Tasya dan Adam bersama-sama bermain dan menyanyi.
Sebelum pulang Adam berkesempatan untuk berbual-bual dengan Tasya..
Tasya kenapa minat nak jadi doktor..
Tasya suka tengok abang Adam pakai kod putih ni. Masa Tasya kemalangan dengan ibu dan ayah dulu ada seorang doktor wanita datang selamatkan Tasya. Doktor tu baik dia peluk Tasya dia cakap jangan nagis Allah sedang ambil ayah dan ibu sebab Allah sayang mereka. Sejak itu Tasya nak jadi doktor nak bantu orang.. tapi kakak Sya tak nak berpisah dengan Tasya.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...