Ash pergi melawat papanya di wad khas.. kemudian dia kembali ke wad yang menempatkan tok Wan..
Kelihatan jururawat dan doktor terburu-buru masuk ke dalam wad tersebut..
Ash.... panggil satu suara.
Puan Sri...
Ash apa khabar... Ash dah lupa pada mama... Ini mama Ash.. Puan Sri Farah seakan di rasuk memegang tangan Ash..
Hey.... Jerit Afiq yang baru kembali dari rumah membawa mangga susu yang diinginkan oleh Ash dan Dr Suraya.
Puan Sri Farah yang terkejut terus menolak Ash. Nasib Badrul yang kebetulan keluar dari wad Tok Wan sempat menyambut Ash.
Kak ngah... Ok ke? Kau buat apa ye perempuan sial. Marah Puan Ana. Terus tangannya naik untuk menampar muka Ash.
Makcik cakap elok sikit ye... Afiq terus menghalang tangan Puan Ana. Sedap mulut sial kan orang. Makcik ingat makcik zuhud sangat ke? Saya boleh bawa kes ni ke balai polis kalau makcik terus buat pasal kat sini.
Kak ngah, Usu... Berlari Encik Dahlan melihat situasi tegang itu.
Afiq,.
Akak tak apa-apa kan, abang Bad tolong bawak akak masuk ke dalam bilik tok Wan dulu.
Uncle Dahlan kenal ke makcik dua orang ni. Tanya Afiq pada Encik Dahlan.
Mereka ni keluarga auntie Delaila. Ini Puan Sri Farah bekas mertua kak Ash, yang ni mak Su Ana.
Baik.. kalau uncle Dahlan dah cakap macam tu. Afiq tak kan buat apa-apa tindakan. Tapi ingat ye. Kalau Afiq nampak diorang cuba serang akak. Afiq tak kan teragak-agak untuk buat tindakan keras.
Pergi balik sekarang. Farah.. Ana.. jerkah Encik Dahlan. Mereka berdua pun beredar dari situ.
Dahlan tunggu kau... Kata Puan Ana didalam hatinya. Aku akan bagi kau satu pengajaran.
Afiq pun masuk ke dalam bilik yang menempatkan tok Wan..
Alhamdulillah tok Wan dah sedar.
Apa khabar tok Wan.. Afiq terus bersalaman dengan tok Wan. Manakala Ash masih dalam pelukan tok Wan di sebelah kiri..
Kenapa bising-bising tadi Afiq. Tanya Tok Wan..
Uncle Dahlan cakap mereka Keluarga auntie Delaila.
Farah dan Ana ke Ash... Tanya tok Wan kepada Ash.
Ye tok Wan..
Hana pasti ke ok ni. Nak saya panggilkan Suraya? Tanya Badrul.
Saya ok tak apa Badrul. Jawab Ash.
Kalau macam tu ni saya minta diri dulu. Kata Badrul.
Abang Bad, ini mangga susu yang kak Su nak tadi. Kata Afiq sambil menghulurkan bungkusan itu mangga susu itu.
Banyak ye, terima kasih Fiq. Ok lah abang keluar dulu.
Baiklah..
Akak Afiq hantar akak balik ye.. akak rehat kat rumah muka akak pucat sangat ni. Kita balik rumah umi ye. Pujuk Afiq.
Betul tu Ash, balik rehat.
Ash..
Ash tak apa-apa ke? Terkejut abang bila daddy bagitau yang Ash kena serang dengan makcik murai tu.
Ash ok. Ash cuma terkejut sikit..
Akak sekejap ye ada call kata Afiq.
📲 Hello bro
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...