Abah Amsyar melutut di kaki si abah tua yang duduk di kerusi roda..
Ampunkan saya dan Ashima... Am banyak dosa dengan abah dan arwah ma. Am bukan anak yang baik. Am lalai dengan pangkat dan harta tapi semuanya tu tak kekal lama abah.
Abah dah lama maafkan kau. Abah cuma kecewa apa yang kamu buat pada Ash. Ash dari lahir di buang oleh kamu berdua. Dibesarkan oleh Husni sehinggalah kejadian kemalangan maut tu. Kamu tubuh dia bawa bala. Kamu tahu tak rumah ni kalau bukan kerana duit yang Ash beri dah lama runtuh sembah ke bumi. Tu kambing dan lembu yang kamu jaga sekarang itu semua milik Ash. Tuan punya sebenarnya. Sebab apa abah bagitau begitu kamu berdua tak tahu yang anak kamu tu chef dan kerja diatas kapal. Duit yang aku bagi kamu tu selama ini datang dari Ash.
Bukan aku yang perlu kau mohon ampun Amsyar.. tapi itu anak kamu si Ash Hanani.
Baik bah.
Ash ampunkan papa.. Amsyar bersujud di kaki Ash.
Papa jangan buat macam ni pa.. Ash dah lama maafkan papa. Bie tolong angkat papa.. Ash meminta tolong kepada Adam mengangkat tubuh papanya. Perutnya yang membesar itu menghalang dia memapah tubuh papanya.
Papa tamak dan tak berperikemanusiaan. Papa zalim pada kamu Ash. Kenapa kamu masih memaafkan papa.
Papa. Setiap yang terjadi ada sebab kenapa dan mengapa Allah takkan uji sesuatu tanpa sebab. Tengok takdir yang Allah sediakan untuk Ash. Ash ditemukan dengan mama cik Ash dapat pengalaman bekerja di restoran Aswad. Ash dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang Ash minat. Ash dapat mengelilingi dunia kerana minat Ash papa. Allah temukan Adam dalam sebaik-baik perancang.
Betul papa. Walau apa pun kesalahan yang papa lakukan kami tetap maafkan papa. Pujuk Adam pulak..
Eeeeeerrrrrkkkk... Jerit mama..
Bie mama...
Aaaaaa... Maaaaa aaaa.... Kata mama sambil menagis.
Ash maaf kan mama.. jangan sedih ok.. Ash maafkan mama..
***
Mahkamah menetapkan hukuman gantung sampai mati..
Sedih kecewa tapi takdir Allah telah menetapkan Auni dijatuhkan hukuman mati.. kerana selain daripada menjadi penagih dadah auni merupakan seorang pengedar dadah yang memang di kehendaki oleh pihak polis..
Auni...
Kau akak. Aku minta maaf atas apa yang aku buat pada kau. Aku fitnah kau sehingga kau kena halau dari rumah. Terima kasih sebab sudi carikan peguam untuk aku.
Kenapa kau mengaku bersalah?
Aku rasa berdosa pada mama dan papa aku yang tolak mama jatuh dari tangga sebab mama rampas gelang emas dia yang aku ambil. Orang-orang Daud pulak dapat tahu aku ada dalam rumah tu terus mereka bakar rumah tu. Dadah tu memang aku yang ambil aku pakai sendiri..
Papa aku minta maaf.. bagi tahu mama aku mintak maaf.. halalkan makan minum aku.. aku pergi dulu...
Hari ke 7 Ramadhan jenazah Auni selamat di kebumikan. Hanya keluarga terdekat sahaja yang masih berada di kediaman tok Wan.
Sayang... Are you ok?
Bie... Tubuh Ash terus terbaring..
Sayang jerit Adam.
Tubuh isterinya diangkat dan dibawa masuk ke bilik. Tekanan darah Ash sangat rendah.
Zira bawakan saya semangkuk air dan tuala kata Adam. Seorang kenalan dihubungi untuk meminta bantuan.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
AcciónAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...