Seperti selalu mama tetap akan menagis jika Ash membantunya. Tak kira sewaktu makan, mandi dan menukar lampin.
Pagi ini mereka di maklumkan bahawa papa sudah boleh pulang ke rumah walaupun pada awalnya dia mengalami masalah percakapan yang teruk. Adam orang yang paling banyak berbual dengan papa di belikan buku bacaan iqra' untuk membantu percakapan. Sekarang sebutan papa jelas walaupun lambat.. Tok Wan kini di rumah di jaga oleh Ash dan Zira. Syasha kini kembali bekerja di pejabat. Afiq pulak sudah kembali bertugas. Dahlia pulak sudah kembali ke rumah Puan Delaila selepas itu. Selesai berpantang dia dan anak-anaknya pulang ke rumah mereka.
Segala kejadian di rumah Puan Delaila masih di rahsiakan oleh Adam dan Ashraf. Ini kerana keadaan Puan Ashima dan Encik Amsyar yang masih lemah dan keadaan Ash Hanani yang semakin sarat.
Rakaman CCTV kejadian dan bukti telah di serahkan kepada pihak polis. Mereka kini sedang menunggu perbicaraan kes Auni. Anis dan Puan Ana telah di tahan bersama-sama beberapa orang lagi individu yang terlibat dalam kes pengedaran dadah.
Adam akan mula bertugas sebagai doktor pakar keluarga dan kaunseling. Semua dokumen berkaitan pernikahan dan segala surat menyurat telah di selesaikan.
Ash sahaja yang membuat penangguhan menjadi pengajaran di internasional kulinari kolej. Walaupun begitu Ash tetap menjadi pengajaran jemput di sana. Kes perbicaraan Auni kini menjadi fokus utama kami sekeluarga.
Papa masih kurang berbicara dengan Ash. Tetapi dia sangat selesa bila berbual dengan Adam. Mama seperti dulu tidak boleh berbicara kerana penyakit strok yang dialaminya. Walaupun begitu dia masih boleh mendengar apa yang kita sampaikan kepadanya. Jika dia ingin berkomunikasi sesuatu dia akan melambaikan tangan, jika ingin berterima kasih pula dia akan menggosok kan tangannya dia atas tangan kita.
Tok Wan pula semakin lemah dibahagian kaki akibat kemalangan jalan raya itu. Pergerakan tok Wan sangat terbatas tapi dia masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Kesihatan Tok Wan sangat kami pantau kerana usia dan kesan kemalangan itu memberi kesan sampingan kepada tulang belakang tok Wan.
***
Hari ini kami sekeluarga berkumpul bagi menyambut bulan puasa. Dan meraikan kedatangan Ihsan dan keluarga kecilnya.
Assalammualaikum...
Waalaikumussalam, mama cik.. masuklah.
Ya Allah Ash risau mama cik tengok. Macam dah sarat benar gayanya.
Tak ada apalah mama cik. Baru enam bulan ni. Twins mama cik.
Ya Allah... Patutlah besar perut kamu.
Itulah sebabnya Ash buat penangguhan dulu lapor diri untuk mengajar..
Betul lah tu, Banyak ye yang kamu masak ni.
Masak biasa-biasa je. Daging dua jenis, ayam dan sedikit makan laut. Ash masak nasi goreng cina sara buat salad dan sos Thai. Lagipun kawan Ash masa belajar tu pun ada datang.. Ihsan, Sara dan anaknya Ilham sudah berada hari datang ke Malaysia. Dr Badrul dan keluarga dia pun ada sekali ni buat mengimbau kembali kenangan zaman belajar dulu mama cik.
Tetamu lain adalah kedua ibu bapa Dahlia dan keluarga Adam.
Sayang semua ni dah boleh bakar kan? Tanya Adam. Sambil membawa bekas berisi daging kambing, lembu dan ayam yang sudah di perap oleh isterinya.
Ye Bie..
Mama cik jom kita pergi kat tempat umi dan Vee.
Ok..
Dahlia mengongsikan gambar suasana sambutan puasa kami.
Bermulanya satu lagi episod yang sangat menyedihkan..***
Selepas subuh pagi awal Ramadhan oleh kerana hari ini cuti umum mereka semua bersantai selepas melihat kandang kambing tok Wan.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...