Lelah..

169 10 0
                                    

Sayang ok tak ni? Bie tengok sayang macam tak larat je..

Ash yang baru selesai menunaikan solat asar selepas kepulangan Elizabeth tadi. Kelihatan sangat tidak bermaya..

Ash teringatkan tok Wan. Sahur tadi kami rancak berbual. Tapi sekarang dia dah tak ada....

Sabarlah sayang. Jangan macam ni. Ajal maut semua tu Allah ketentuan Allah. Ingat pesan tok Wan... Ikhlas kan hati dengan setiap ketentuan Allah itu ada manisnya.

Insyaallah bie.

***
Hari ini kami menyediakan bubur lambuk dan kurma untuk di sedekahkan kepada orang kampung yang bertungkus-lumus menolong majlis pengkebumian jenazah tok Wan dan Auni.

Papa, abang long, papa cik, Adam dan Afiq sahaja yang ke surau untuk berbuka puasa. Mama cik, Zira, Sya, Ash dan mama hanya berbuka puasa di rumah. Umi tak dapat menyertai kami kerana mertua Vee datang ke rumah mereka.

Sikit je Ash makan. Ash ok ke?

Ash tak ada selera la mama cik. Ash naik solat maghrib dulu ye. Zira dan Sya lepas ni kalau nak pergi tarawih pergilah.

Kami nak ikut jugak, kata Aisyah dan Tasya.. boleh kan mama?

Boleh.

Tapi akak boleh ke tinggal sorang ni. Risau Sya.

Kamu berdua pergilah mama cik boleh temankan kak Ash. Lagipun mama cik tak boleh solat.

Kalau macam tu tak apalah.. risau Sya nak tinggalkan akak sorang diri di rumah ni.

Mama cik... Panggil Ash.

Kenapa Ash...

Boleh Ash tidur kat riba mama cik...

Mari lah...

Mama cik... Ash rindu tok Wan..

Nagislah Ash lepaskan semua yang terbuku...

Ash menceritakan semua kisah dia dan Adam ketika di UK. Kejadian dimana Ash telah tercedera kerana tindakan Elizabeth itu..

Habis tu teruk ke cedera Ash?

Kena jahit sikitlah...

Apa? Kenapa tak cerita pada mama cik.

Sikit je mama cik. Adam dah rawat Ash. Sebab kecederaan itu Adam takut kehilangan Ash dia pun melamar Ash jadi isteri dia.

Habis tu Ash terima?

Ash tak bagi keputusan terus mama cik.. Ash minat seminggu. Ash buat solat istikharah. Dalam mimpi Ash tu Ash nampak Adam usap perut Ash sambil baca ayat suci Al-Quran.. sekarang mimpi Ash dah jadi nyata mama cik.

Dua tiga hari baru ni, Ash mimpi tok wan kata nak temankan Auni. Diaorang pakai baju putih... Ash cerita pada tok Wan.

Tok Wan cakap pada Ash, tugas tok Wan jaga Ash dah selesai Ash dah ada Adam untuk jaga Ash. Sahur semalam tok Wan banyak sangat berbual dengan Ash. Macam-macam tok Wan cerita.. Ash terkejut mama cik bila Tok Wan dah tak bergerak bila Adam panggil masa selesai solat tu. Ash rasa separuh nyawa Ash melayang.. nasib baik Adam ada sedarkan Ash.

Sabarlah Ash. Mama cik tahu Ash kuat. Ash patut bangga tok Wan meninggal pada bulan Ramadhan dan dalam keadaan bersolat. Masa solat jenazah tok Wan ramai yang datang. Itu tandanya Allah sayang kan tok Wan.. Puan Hajar terus menasihati Ash sambil mengusap lembut kepala Ash.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam...

Mama cik dah lama ke Ash tidur dekat sini...

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now