Bakal Menantu

224 14 0
                                    

Mama kenalkan ni Mira Adila anak kepada Megat Mokhtar ahli politik ternama sekarang. Anak kepada pemilik menara Megat Jaya Holding.

Apa khabar Auntie.. tegur Mira ramah kepada kedua ibu bapa kekasih hatinya.

Jemput masuk. Pasangan suami isteri itu melihat cara pakaian Mira dari atas ke bawah. Blouse lengan panjang dah labuh ke bawah lutut. Rambut berwarna kekuningan dan make up agak tebal membuatkan mereka berdua rasa sebal dan memalukan.

Makan malam di rumah Puan Sri Farah lebih kepada suasana dingin. Mira lebih banyak bercerita tentang pejuang politik ayahnya. Tan Sri Wan Ahmad Qairil memang seorang yang sangat menolak fahaman politik. Begitu juga dengan isterinya.

Terima kasih Mira kerana sudi datang pakcik dan makcik tak dapat nak berbual panjang dengan Mira. Sebab malam ini masjid yang berhampiran rumah kami mengadakan qiamullail. Jadi pakcik kena tidur awal.

Qayyum tak tahu pulak. Kata Qayyum seakan tidak bersetuju dengan cara layanan ibu bapanya kepada kekasih hatinya.

Mana kamu nak tahu berjemaah di masjid pun tak ini pulak nak pergi qiamullail. Kata Tan Sri Qairil.

Is ok uncle auntie dan uncle.. Mira faham orang tua macam alim ulamak memang selalu ke masjid takut mati tak sempat bertaubat. Sampuk Mira.

Masjid tu untuk semua. Selagi dia bernama muslim. Jawab Tan Sri Qairil.

You i nak balik ni. Cepat hantar i kat club, malam ni i nak sambut birthday party anak kawan papa i.

Ok, mama papa Qayyum hantar Mira sekejap. Kata Qayyum terus keluar meninggalkan kedua ibu bapanya. Lalu mengambil handphone dan kunci kereta meninggalkan kedua orang tuanya tanpa salam dan sebarang kata.

Qayyum, Lepas hantar tu kamu pulang terus. Sebelum pukul 11.00malam. Jerit mamanya seakan tidak mengizinkan anak lelakinya bersama dengan gadis itu.

Baik mama, dah pergi masuk. Arah Qayyum.

Mereka berdua bergerak masuk ke dalam kereta milik Qayyum.

You ni memang tak boleh berpisah dengan family you kan. You biar je family you buat tak tahu pada i. You ni lelaki ke pondan?

Mira apa cakap macam ni.. pujuk Qayyum kepada kekasihnya.

You tahu tak i ni anak ahli politik ternama. Mana hormat orang tua you pada i? I nak you suruh family you datang mintak maaf pada i. Tarik balik apa yang dia cakap pada i.

Mira tolong jangan macam ni sayang..

Kalau you tak teman i kat birthday party malam ni kita putus.

Ash dan Puan Sri Farah dibarisan hadapan saf wanita. Malam ini mereka bersama-sama menghadiri majlis ilmu dan qiamullail. Bermacam-macam cerita mereka bualkan. Alhamdulillah Ash kini telah berjaya membeli sebuah rumah miliknya sendiri sangat dekat dengan masjid dah kebetulan satu qariah dengan Puan Sri Farah.

Cikgu, Ash nak jemput datang ke rumah Ash ada buat majlis kesyukuran. Rumah Ash tu kecil je, sebab Ash guna untuk jadi studio.

***

Selesai majlis kesyukuran, tetamu yang hadir adalah Puan Sri Farah dan  suami bersama anak bongsu mereka Wan Nor Qaira. Tok Wan Ash, Puan Hajar dan Encik Aswad turut membawa Aisyah yang kini berusia enam tahun.. Dahlia tak dapat hadir hari ini kerana sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya esok. Darah manis katakan tak elok keluar nanti hilang serinya kata orang dulu-dulu.

Ash sedap ye kek pandan gula Melaka ni. Boleh tak saya nak mintak sikit. Kata Tan Sri Qairil.

Boleh je Tan Sri. Nanti saya bungkus kan.

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now