Afiq tidak dapat mengambil Shamil dan Jasmin di lokap kerana terpaksa menggantikan kawannya.
Nabila masih lagi belum sihat sepenuhnya. Ini menyebabkan Sya memangku tugas menjaga anak saudara suaminya.
Setibanya mereka pulang ke rumah umi mereka di minta untuk memohon maaf kepada Nabila dan umi kerana tidak berkelakuan baik.
Mereka berdua di minta mengangkat beg milik mereka dan mengikut Sya pulang ke rumahnya.
Hanya Mimi dan Shamil sahaja di benarkan tinggal di rumah umi.
Ini rumah mak Su dan pak su. Rumah peninggalan arwah ayah mak Su. Jasmin kamu tinggal di bilik Tasya. Shahmi tinggal di bilik tamu.
Sebelum kamu masuk ke bilik. Mak Su nak terangkan kepada kamu berdua peraturan di rumah mak Su.
1. Wajib solat subuh, jika tidak bangun kamu tidak akan di beri sarapan. Kemaskan bilik dan cuci pakaian kamu sendiri.
2. Tidak dibenarkan bermain handphone ketika makan. Topup hanya di berikan kepada mereka yang menghafal Al-Quran. Kamu berdua wajib menghadiri kelas tambahan dan kelas fardhu Ain jika tidak ada makan tengahari.
3. Solat berjemaah adalah wajib lelaki harus pandai menjadi imam dan perempuan perlu pandai memasak makan malam. Jika berjaya mereka akan di beri hadiah.
4. Sesiapa yang melarikan diri akan di serahkan kepada polis.
Hari pertama mereka berdua gagal menunaikan solat subuh. Tiada satu pun makan yang di tinggalkan oleh Sya.
Bagi memprotes tindakan Sya mereka tidak menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh Sya. Lagi sekali tiada makan di sediakan. Bila mereka cuba untuk lari, ada pengawal keselamatan yang menjaga di pintu pagar masuk ke rumah Sya dan papa cik. Terus menghubungi pihak polis. Bila kereta polis datang terus kecut perut mereka.
Di sebabkan terlalu lapar hanya makan biskut kering dan air masak. Mereka mula cuba berbaik dengan Tasya dan Aisyah..
Boleh tak bagi kami makan.. kami lapar.
Tak boleh.
Kedekut ye.. kau nak kami mati kebuluran ke?
Saya lagi takut kalau kak Sya marah dari singa lapar kat dalam hutan. Baik awak berdua niat puasa sahaja. Dah pukul 4.50 petang. Sekejap lagi akak pulang selalunya kita akan masak bersama-sama. Tasya dan Aisyah terus bermain badminton.
Oleh kerana terlalu lapar dan risau terhadap adik-adiknya Shahmi pun.. Aku tak pandai solat.
Apa susah belajar lah. Jawab Aisyah. Shahmi orang yang pertama mengaku kalah.
Petang itu ada seorang ustaz datang mengajar mereka kelas fardu Ain dan Al-Quran.
Malam itu mereka semua di jamu oleh Encik Aswad, nasi ayam istimewa.. Mimi dan Shamil juga datang menyertai abangnya tinggal di rumah Sya.
Entah macam mana ketika semua sedang makan, buletin utama TV3 memaparkan gambar Jannah..
Anak kepada usahawan perabot yang berasal dari pulau pinang dijatuhkan hukuman penjara selama 5tahun kerana pecah amanah dan merasuah pegawai SPRM.
Mereka semua terdiam.. Jasmin terus berlari masuk ke dalam bilik..
Akak tu tentu tengah sedih. Kata Mimi.
Kamu semua nak tahu tak mak Su dan Tasya kehilangan kedua ibu bapa masa kami kecil lagi. Masa tu umur Tasya baru 5tahun, Tasya lihat sendiri kemalangan jalan raya tu..
Betul, masa tu kak Tasya ikut ayah pergi ambil ibu balik kerja. Cerita Tasya kepada Shamil, Mimi dan Shahmi.. kami dah terputus doa dari ibu dan ayah. Tapi korang masih ada mama papa walaupun diorang ada di penjara tapi korang dapat melawat.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...