Akikah

144 7 1
                                    

Darah nisaf sayang dah kering, tapi bie tetap suruh sayang berpantang lagi.. rungut Ash..

Sayang bie buat ni untuk kebaikan dan kesihatan sayang. Lagipun bila lagi sayang nak manjakan diri. Masa ni lah. Nah makan ni.

Bie..

Ye sayang.. nak peluk lama tak peluk.

Peluk je ye jangan lebih-lebih..

Bie ni. Tak lah.

Bie gurau je.

I miss you My sweet honey.

Miss you to.

Satu cium di ubun-ubun kepala isterinya.

Bie nak masak boleh?

Dah agak dah mesti ada agenda tersembunyi. Tak boleh.. dah cukup 100hari baru boleh masak dan keluar rumah.

Bie ni doktor ke mak bidan?

Sayang cuba dengar bie cakap. Masa sayang bersalin dulu koyakkan banyak bila sayang angkat barang berat peranakan sayang akan jatuh itu membahayakan tubuh sayang. Anak kita twins. Bukan sorang.. bie buat sebab bie sayang dekat sayang.. bie nak hidup dengan sayang seumur hidup kita..

Bie sayang mintak maaf.. sebab dah buruk sangka dekat bie.

Ye.. bie maafkan. Bie tahu sayang pun bosan duduk sahaja di rumah. Petang ni kita balik rumah umi ye.. kita tidur sana dua tiga hari..

Terima kasih bie.

***
Cucu tok umi datang... Apa khabar sayang tok umi ni..

Adam menyerahkan Ain kepada uminya. Ain lebih pandai berkomunikasi dengan orang lain berbanding Idris yang sedikit manja.

Idris ni manja sikit suka berkepit dengan Hana. Mana yang lain umi senyap je.

Diorang ke Ikea katanya nak cuci mata. Dari awal pagi lagi Hana, sekejap lagi tu balik lah. Bella pergi tengok tapak kedai dengan Aliff.

Afiq dua hari sebelum hari raya korban baru dia balik ke Malaysia.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam...

Umi kereta Hana ada kat luar tu. Diorang ada sini ke?

Ye, ada dalam bilik tu. Banyak ye beli barang?

Amboi seronoknya shopping. Tegur Adam.

Bukan selalu. Sementara ada kat Malaysia ni. Boleh lah habiskan duit Encik suami. Mana Hana?

Ada kat bilik. Menyusukan si Ain. Tadi bukan main suka duduk dengan tok umi nak mandi pun tak nak. Abang dia dah mandi kenyang perut tidur.

Ala... Umi kenapa tak bagitau. Kami pun nak main dengan Ain. Kata Vee.

Siapa suruh balik lambat. Balas Umi.

Seronok ada anak buah perempuan ni kan. Kau mengandung la lagi Vee bagi akak anak saudara perempuan jugak. Cadang Vanida.

Apasal aku? Kau pun boleh beranak lagi kan?

Aku malas nak berpantang, kena jaga makan tak boleh pergi jalan-jalan... Jawab Vee.

Kau beranak la kembar macam Hana. Dapat dua pastu sekali je berpantang. Arah Vanida.

Sedap ye korang ni bergaduh kamu ingat petik jari terus mengandung kembar ke? Marah umi. Tu kemas barang yang kamu berdua beli tu pergi mandi pastu masak. Umi dengan bibik Nuri nak ke surau malam ni ada kuliah maghrib.

Umi.. bawak lah kami jugak.

Kamu ni dah ada laki anak dah besar panjang berbulu mata menengok perangai seorang-sorang. Leter umi.

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now