7 malam terakhir

177 8 0
                                    

Malam ini sekeliling kediaman rumah peninggalan Tok Wan dihiasi dengan kilauan cahaya pelita. Semuanya hasil usaha Adam, papa dan abang Hassan. Abang Hassan kini telah bekerja untuk kami sekeluarga. Tugas abang Hassan menjaga keselamatan rumah dan mengurus kandang kambing peninggalan tok Wan.

Aisyah, Tasya dan Aidil seronok bermain bunga api. Tadi sebelum berbuka puasa Ashraf dan Dahlia datang untuk berbuka puasa bersama. Syasha dan mama cik masing-masing tidak menang tangan sekarang menyiapkan tempahan katering berbuka puasa. Kerana hari ini hari terakhir mereka beroperasi sebelum semua kakitangan restoran Aswad di beri cuti raya dan bonus.

Amboi sayang jauh termenung... Bie panggil pun tak dengar.

Lah ye ke bie? Sori Ash seronok tengok budak tiga orang ni.

Papa duduk lah sini kita borak sama-sama.. panggil Adam. Papa masih tidak banyak berbual dengan Ash. Dia seakan mahu mengelak jika berbual dengan Ash.

Tak.. apa lah kamu berdua sahaja berbual.. kata papa yang masih gagap tapi boleh berbual seperti biasa.

Duduk lah papa. Sampai bila papa nak elakkan diri dari Ash. Apa yang dah berlalu tu kita lupakan sahaja. Kata Ash. Akhirnya papa mengalah dan duduk menyertai kami berdua berbual.

Papa Ash rasa nak makan lemang dengan ketupat palas lah raya nanti. Boleh papa tolong carikan. Abang Adam tak biasa nak cari buluh. Tanya Ash membuka bicara dengan papanya.

Betul tu papa Adam ni dah lama dok raya kat luar negara tahun ini baru rasa nak beraya di kampung. Sambung Adam menarik bicara mertuanya.

Boleh nan nanti papa ajak abang Hassan bantu papa cari buluh dengan daun palas buluh lemang tu ada kat hujung kampung ni.. jawab papa nampaknya papa sudah mula berinteraksi dengan Ash.

Amboi rancak berbual.. Ashraf pula menyampuk perbualan kami. Dalam dukungan dibawa Adha yang sudah berusia empat bulan setengah.

Mari papa dukung cucu papa ni, aduh se se mangat tubuh dia.. kata papa.

Boleh papa. Ambillah.. boleh Raf rehat jap kan Dahlia nampak boleh Raf bagi alasan. Hahaha... Ketawa Ashraf. Adam dan Ash hanya tersenyum melihat telatah mereka.

Tadi dengar nak cari buluh. Nak buat lemang ye? Tanya Ashraf.

Ni Ash teringin nak ma makan.. kata papa.

Bagus lah kita pun dah lama tak makan lemang tahun lepas Raf raya rumah mammy makan ketupat palas je puas cari lemang tak ada.

Baiklah ki kita masak lemang kena dengan rendang a ayam kampung sedap. Cadang papa pulak.

Bagus tu. Kita masak nasi minyak, ayam masak merah, kari kambing dan jelatah timun. Cadang Ash.

Larat ke sayang nak masak banyak tu. Tanya Adam.

Ash cuma sukat bahan sahaja, bibik yang siapkan. Jawab Ash. Ash sudah mengambil seorang bibik untuk membantu tugasan di dapur. Zira hanya menguruskan mama dan terkadang dia pun turut membantu bibik jika tidak ada tugas yang perlu dilakukan.

Tak apa. Papa pun bo boleh me masak.. dulu papa punnn ada masak masa bujang. Cerita Papa.. lagipun Aswad ada dia boleh tolong..

Ok set kita buat BBQ macam sambut puasa hari tu. Kali ni kambing golek satu.. buat peneman bakar lemang.

Kamu kena.. jaga ma makan tu Raf.. masa muda ini..

Papa sejak ada menantu doktor ni cakap pun macam doktor... Jawab Ashraf... Pecah ketawa kami semua.

Sahur pagi ini agak riuh rendah masing-masing dengan ragam dan kerenah.

Esok Ash dan adam buka puasa kat rumah umi, kami tidur di sana dua malam. Boleh ke papa? Tanya Ash semasa menikmati juadah sahur bersama papa, Adam, Dahlia, Ashraf dan dua budak comel ini..

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now