Terima kasih doktor Danish sebab hubungi saya..
Sama-sama Tan Sri Qairil..
Qaira tak sangka keluarga kita dilanda dugaan macam ni..
Sabar Qaira ini semua dugaan. Cuma saya nak tahu Qayyum ada ambil apa-apa ubat ke? Tanya Adam.
Saya tak pasti. Kenapa.
Boleh saya tahu Puan Sri Farah mengalami tekanan perasaan disebabkan apa? Adakah dalam keluarga Tan Sri atau Puan Sri mengidap kecelaruan emosi?
Kenapa doktor tanya macam tu.
Saya rasa Tan Sri bawa Qayyum berjumpa pakar psychologist.
Maksud kamu dia gila?
Tan Sri bukan orang sakit sahaja perlu jumpa psychologist kita yang manusia biasa pun perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan memberi sokongan.
Betul tu papa. Qaira perasan sejak abang kahwin dengan Mira hidup abang jadi pemarah dan gelisah sentiasa. Kita kena bantu abang papa.
Abang dan mama kamu tak gila Qaira..
***
Macam mana dengan Qayyum? Tanya Tok Wan.
Dia tengah tidur.
Bie..
Sayang ok?
Takut.
Jangan takut. Bie ada dekat sini. Tok Wan kami mintak diri dulu. Dah lewat malam ni. Hana pun tengah berbadan dua tak elok tidur lewat.
Baiklah. Hati-hati Ash Adam.
***
Doktor Danish..Prof. Jamal..
Bila you balik Malaysia? Apa khabar..
Alhamdulillah, baik. Tengah hari tadi saya sampai prof. Saya datang melawat datuk dan bapa mertua saya. Sekarang dah lewat sebab tadi bilik yang datuk saya duduk tu dimasuki seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan.
Ye sebab itu lah saya datang ni. Ingatkan siapa pelawat yang boleh berikan pesanan kecemasan. Bila doktor Danish akan lapor diri?
Kalau ikut surat awal bulan hadapan.
Tak lama lagi tu.
Itu lah. Prof saya kena minta diri dulu wife saya dah penat sangat ni. Insyaallah esok kita jumpa saya akan datang ambil datuk saya keluar dari wad.
Ok jumpa esok.
Jom sayang..
***
Bie kenapa tak cakap kat Qayyum tu yang bie ni suami sayang? Tanya Ash.Sayang Qayyum tu dalam tekanan dan pengaruh dadah. Bahaya kalau kita bagitau terus macam tu nanti dia boleh bertindak di luar kawalan.
Bie lapar..
Ok kita singgah kat mana-mana kedai makan. Kat depan tadi bie tengok ada kedai Tom yam.
Ok dah sampai.. pandai la bie ni. Semua tempat bie ingat sekejap je. Sayang yang selalu guna jalan kat sini pun tak ingat.
Macam-macam la sayang ni. Jom turun dah sampai ni.
Bie meja sana ada kosong.
Sayang nak makan apa?
Kerabu mangga, siakap stim..
Minum?
Jus apple hijau.
Selesai makan kami pun berjalan kaki ke kereta.
Tiba-tiba
Bie ada call..
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...