Jemput makan... Kata Ash kepada tetamu yang datang beraya. Ash menyediakan kebab Turki kebetulan masih ada beberapa keping baki sarapan mereka sebelum ke masjid tadi. Satu mangkuk salad yang di dalamnya kobis, timun, lobak merah dan bawang besar. Papadom juga disediakan. Sebagai menu tambahan kepada tetamu istimewa itu.
Alhamdulillah Elizabeth kini telah bahagian bersama dengan Suffian. Anak saudara kedai kebab Turki semasa mereka belajar di UK.
Elizabeth dibuang universiti kerana masalah disiplin, racist dan mencederakan orang. Kerana marah dia telah cuba membakar sebuah masjid berhampiran dengan kolej tempat Ash belajar dahulu. Malangnya api itu terkena pada pipi Elizabeth. Dia diselamatkan oleh Fatimah isteri pertama Suffian. Suffian dan Fatimah orang penting yang banyak membantu Elizabeth sehingga gadis itu memeluk Islam.
Elizabeth datang memperkenalkan Fatimah, Soleh anak Fatimah dan Yusuf. Yusuf adalah anak Elizabeth bersama dengan Suffian.
Sedap kata Suffian.. puji Suffian kepada masakan Ash.
Rupanya Afiq mengenali Suffian. Pada penerbangan terakhir ke Malaysia Suffian dan keluarganya diantara penumpang kapal terbang itu.
Nasib baik Afiq boleh bertutur dalam bahasa arab.
Selepas kepulangan Elizabeth hadir keluarga Puan Sri Farah sekeluarga. Alhamdulillah Puan Sri Farah semakin sembuh, Qayyum pulak baru tamat tempoh pemulihan dadah. Qaira pulak kini bertugas sebagai peguam..
Saya ke rumah Dahlan tadi tapi tak ada orang. Rupanya semua ada di sini. Cerita Tan Sri Qairil. Beliau pun sudah pencen. Kini lebih masa untuk keluarga.
Itulah lupa nak bagitau kami terlajak raya ke sini semalam lagi kata Encik Dahlan mulanya si Ashraf menelefon ajak makan sup tulang. Saya pun bagi tau dekat De. Dia pun call Dahlia bertanya ada di mana. Katanya dia di rumah ni. Kami pun ambil sepasang dua baju ambil baju raya terus ke sini.
Sampai sini Ashraf ajak makan sup. Kebetulan abang Am dengan Adam bakar lemang. Lemang masak rendang pun masak.. kami pun buat keputusan tidur sini raya dengan mereka.
Makan lah.. jangan malu.. kata papa.
Ye Encik Amsyar banyak ye makan semua sedap patut la Dahlan beraya di sini.
Ash, apa khabar..
Alhamdulillah baik. Jemput makan...
Mama emmm. Mak ngah nak mintak maaf pada kamu dan Adam.. kata Puan Sri Farah.
Kami dah maafkan. Semua yang berlaku tu kita lupakan buka buku baru..
Terima kasih. Ash memeluk tubuh Puan Sri Farah.
Jemput makan Ash ada buat kek span pandan gula Melaka dan puding caramel pun ada. Sekejap Ash ambilkan.. jemput makan semua.
Doktor Danish, saya nak mintak maaf pada doktor dan Ash. Saya betul-betul malu. Ucap Qayyum pada Adam.
Setiap orang lakukan kesilapan. Itulah lumrah manusia. Kami dah maafkan kamu..
Saya betul-betul malu dengan perbuatan bekas isteri saya Mira. Kami pun sudah bercerai. Sekarang ni tunggu naik mahkamah. Saya ingat nak jadi cikgu macam papa dan mama.
Bagus tu..
Abang Adam tahniah tau tak sempat nak ucap dulu. Kata Qaira.
Abang Adam yang patut ucap terima kasih kepada Qaira tahu. Tapi macamana Qaira tahu abang ada hati pada akak ye?
Renungan mata abang dengan akak pun dah boleh agak korang berdua ni suka sama suka. Ni kad jemputan Qaira. Harap abang dengan akak sudilah datang..
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...