bab 42

11.6K 550 19
                                    

"Haziq, rumah kita ada orang pecah masuk, bini kau.. pergi tengok sekarang dekat tangga," ujarnya cemas, di tangannya juga sudah ada pistol dan kesan darah.

Haziq tergelak,"kau ngarut apa ni? tadi aku baru bagi Qaseh susu,"

"bini kau kena tembak la bodoh!"

Haziq terus berdiri, pistol yang berada di salah satu almari itu diambil dan terus keluar dari bilik itu,Alvin juga mengikutinya. Segera Haziq menuju ke bawah menggunakan lift, mungkin lebih selamat.

Sampai sahaja di tingkat bawah, pintu lift dibuka, Terus Haziq keluar dan memandang ke arah pintu utama, ada  Fattah yang sedang menembak beberapa orang yang cuba masuk ke dalam.

Manakala dia memandang ke arah Luqman, dia sedang berada di sebelah Qaseh, yang cuba untuk menutup luka supaya darah berhenti keluar.

Sekilas dia memandang ke arah dapur, ada seseorang yang cuba melarikan diri, cepat cepat Haziq menuju ke dapur, dari arah belakang, Haziq mencekik lelaki tersebut,"siapa ketua korang hah?!"

lelaki itu diam, di tangannya sudah memegang sebilah pisau yang tajam itu. Haziq masih tidak perasan, malah masih mencekik lelaki tersebut.

"Aku tanya siapa!" laung Haziq.

Terus lelaki itu menoreh tengan Haziq, dan membuatkan pegangan Haziq pada tengkuk lelaki itu terlepas, Haziq mengerang kesakitan,"kau..!"

Baru sahaja lelaki itu ingin membuka pintu, peluru pistol sudah masuk me dalam badannya, terus dia mati disitu. Haziq menoleh kebelakang,"baru nak tembak ke?!" soalnya geram pada Alvin.

Alvin menayangkan wajah selamba, cepat cepat dia mengambil kotak first aid yang ada pada almari dapur itu."kau kena selamatkan diri kau cepat, ingat Qaseh, dia dah pengsan lama tu," cepat cepat Alvin membalut luka di tangan Haziq, Haziq menahan kesakitan, dipikirannya cuma ada Qaseh.

Hampir dua minit, terus Haziq menuju ke atas, Qaseh dicempung dan dibawa ke kereta.

Malah Alvin menahan kereta tersebut,"kau nak pergi mana? duduk rumah je, sepupu aku datang kejap lagi, dia doktor peribadi, takkan nak bawa di ke hospital, dia kena tembak tu kan?"

Haziq mengeluh,dia kembali membuka pintu kereta dan mencempung Qaseh hingga ke bilik khas yang berada di tingkat bawah itu,"aku letak dia kat sini, senang doktor nak uruskan dia, aku nak basuh tangan," terus Haziq pergi menuju ke tandas.

Manakala yang lain masih memandang sepi,"kesian Qaseh, dia perempuan kuat weh, tak pernah lagi aku jumpa perempuan kuat selain dia," terang Luqman. Alvin dan Fattah setuju dengan kata kata Luqman.

"Assalamualaikum," suara perempuan  yang berada di pintu utama  itu membuatkan Alvin terus menuju ke hadapan dan menyambut kedatangan sepupunya itu,"Nasib baik kau sampai cepat, jom dia ada kat sana," cepat cepat mereka menuju ke bilik itu.

"Hai, Assalamualaikum," sapa perempuan itu apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Waalaikumussalam," serentak yang berada di dalam itu menjawab salam. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa,"tiba tiba aku rasa masing masing macam alim," ujar Syahir.

perempuan itu tersenyum sebelum memandang Qaseh yang terlantar di atas katil itu."kesiannya dia," sayu sahaja dia melihat Qaseh.

"nama saya Suraya," dia memperkenalkan diri dahulu sebelum meletakkan barang barangnya di atas meja.

Alvin memandang yang lain,"tunggu apa? tak jumpa pintu nak keluar?" ujarnya.

Fattah mula berdiri,"kau tengah cakap dengan cermin, jom keluar sekali," dia menarik tangan Alvin.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now