Bab 12

15.9K 736 42
                                    

Tersentak Haziq apabila pintu bilik mesyuratnya dihempas kasar. Tetapi Syahir hanya menayang wajah selamba. Dia terus mengorak langkah menuju ke arah Haziq, dia membisikkan sesuatu. Terus Haziq berdiri tegak.

"Metting canceled," terus Haziq menutup laptop yang berada di atas meja dan meninggalkan bilik itu. Syahir hanya mengikut di belakang. Semasa mereka di dalam lift, Syahir tidak mampu berkata apa apa, terasa aura Haziq sperti ingin membunuh seseorang.

Haziq meraup sekilas wajahnya"dia dekat mana sekarang?"

Syahir terus mengangkat muka"dekat klinik Daiyan, jangan risau, dia dah banyak kali kena macam tu ziq,"

Haziq pula menghela nafas berat,  amat susah jika seorang perempuan menjadi ketua mafia. Hidupnya selalu tidak selamat dan bahaya.

Sebaik sahaja lift terbuka, terus Haziq menuju ke carpark. Terus dia masuk ke dalam kereta, syahir pula sudah menaiki keretanya sendiri. Terus kereta Haziq meluncur laju di jalan raya.

*****

"Babe, rasa sakit lagi tak?" Risau Daiyan apabila Alvin tiba dengan keadaan mencempung tubuh qaseh.

Qaseh yang lemah itu hanya mebgangguk sepi." Alvin mana?"

"Pergi 7 eleven sebelah,"

Dan sekali lagi Qaseh mengangguk. Dia mengikat rambutnya. Beberapa minit kemudian, pintu diketuk,"sekejap, kau duduk sini diam diam, aku nak pergi tengok siapa datang,"

Daiyan menuju ke arah pintu tersebut, qaseh hanya memandang, mukanya yang pucat, jelas kelihatan kehilangan banyak darah. Tetapi gadis itu masih kuat."Ya, yes you Syahir masuk la," Daiyan menjemput Syahir masuk, nasib sahaja bilik rawatan itu besar.

"Thank you, and Haziq jom masuk," Syahir memanggil Haziq yang sedang duduk di atas kerusi sambil bermain telefon.

Haziq terus bangkit dan masuk ke dalam bilik itu. Daiyan menutup semula pintu dan mengambil tempat duduk di sebelah Qaseh. Haziq pula mengambil tempat duduk di sofa yang berada tidak jauh dari situ.

"haih, qaseh, macam mana boleh terjadi ni?, behave la sikit," nasihat Haziq, geram sebenarnya, Nekti juga telah memberitahu bahawa Qaseh seorang yang tidak mendengar kata.

Qaseh hanya tersenyum tipis,"ala, sikit je ni, saya pun tak sedar, tak ready apa semua, chill la,".

Haziq hanya menjulingkan matanya ke atas, biarpun dia tidak pernah ditembak, tetapi melihat raut wajah Qaseh, seakan menahan kesakitan yang melampau.

"Get well soon qaseh," ucap Syahir.

"Thank you,"

"Wo,wo ramainya, maaf makanan ni khas untuk puteri kayangan sahaja," Alvin yang baharu sahaja tiba meletakkan makanan di hadapan Qaseh.

Daiyan menjulingkan matanya ke atas, terus dia bangun," okay la qaseh, aku nak pergi bersihkan diri aku ni, bye," terus Daiyan pergi dari situ.

Alvin mengambil tempat duduk Daiyan,dia memandang sayu wajah qaseh," hey makanlah sikit," dia pasti, jika Qaseh tidak makan mengikut waktu, penyakit gastriknya datang.

Haziq yang berada disitu hanya memerhati.

"Aku bukakan ya? Makan tau, nanti kau gastrik," terus Alvin mengoyakkan plastik roti itu, dia menghulurkan roti itu kepada Qaseh.

Qaseh tersenyum, dia mengambil roti itu," terima kasih," terus dia membaca bismillah dan menguyah roti itu sehingga habis. Kemudian matanya beralih kepada haziq yang merenung ke luar tingkap." Haziq,"

Terus Haziq memandang qaseh, keninganya diangkat" kenapa?"

"Maafkan saya kalau awak rasa saya menyusahkan awak," sayu sahaja Qaseh berkata.

"Hey, apa cakap macam tu? Kau tu bakal isteri aku, kena la ambik tahu," kata Haziq.

Qaseh hanya menggumam perlahan, sudah bersediakah dia memegang title isteri?.
Alvin pula hanya mendiamkan diri, sedih, kerana Qaseh sudah bakal menjadi milik orang lain.

"Alvin, aku tahu siapa yang tembak aku tadi," ayat Qaseh itu membuatkan semua memandang ke arahnya.

"Siapa?" Soal syahir.kakinya disilangkan.

"Pengkhianat,"

Alvin terkejut,"wait, anak buah kau? Tapi siapa weh?"

Qaseh mengangguk, nak khianat orang  pun tak pandai.

"nanti aku cerita, tapi aku taknak ambil tahu pasal dia, kau bunuh je dia nanti," arah Qaseh. Alvin menarik senyuman sinis,

"Qas, kalau dah rasa okay, boleh balik, rehat dekat rumah je.Next week kau dah nak menikahkan? Prepare apa yang patut ya," kata daiyan apabila dia masuk ke bilik rawatan khas untuk Qaseh itu.

Dan serentak itu, qaseh memandang Haziq yang kusyu' berbual dengan Syahir.
Dia mengangguk. Malam ni dia perlu menunaikan solat istikharah.

*******

"Auw auw nenek sakit," adu Qaseh.

"Sakit sikit je ni, nak bersihkan luka ni, nanti buruk , berulat, lepastu berlubang, nampak tulang kat dalam dia, nak? Kaki macam tu?" Ujar Nenek ti, tangannya lincah membalut kaki Qaseh itu.

"Yela yela," Qaseh mengalah, berbual dengan nekti, memang nenek sahaja yang akan menang.

"Okay, dah siap, pergi masuk bilik, nenek nak pergi jumpa orang kampung, ingat jangan keluar, musuh kamu ramai dekat luar sana," Nasihat nekti.

Qaseh mengangguk, sebelum nek ti beredar, sempat Qaseh mencium tangan kedut neneknya itu.

Terus Qaseh masuk ke biliknya apabila susuk tubuh nekti mula pergi meninggalkan rumah ini.
Telefon yang berada di atas katil itu diambil. Ada...

25 chats from 3 messages

Qaseh melabuhkan punggungnya di atas katil itu, terus dia membuka aplikasi whatssapp.
Tangannya lincah membalas message itu.

Usai itu, terus dia melangkah menuju ke bilik air, menyesal kerana tidak mandi waktu petang tadi, mandi malam, airnya sejuk!

******

Haziq yang khusyu membuat kerja itu terus mengalihkan padangannya ke arah gerangan yang masuk ke biliknya tanpa sebarang ketukan.

"Hantu mana sampuk kau tiba tiba masuk office aku tak bagi salam ni?"

Fattah yang elok bersandar di hadapan Haziq itu hanya membuat muka selamba, sesekali dia menaikkan semula rambutnya yang terjuntai ke bawah itu.

"Aku nak cakap yang barang yang kau order semua tu dah sampai, Luqman tengah susun dekat bawah,"

Haziq mengangguk faham."aku risau la,"

Fattah mengangkat kening "risau apa pulak ni?"

"Aku risau aku tak boleh jaga  si qaseh tu, nanti nenek dia tinggal sorang, musuh akan attack nenek dia," ujarnya.

"Alah chill, aku dengar baruni, ada je orang yang jagakan nekti bila Qaseh tiada kat rumah," kata Fattah.

Haziq hanya menggumam perlahan, susah memikirkan keadaan sebegini.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now