𝑀𝑦 𝐻𝑢𝑠𝑏𝑎𝑛𝑑 𝑖𝑠 𝑀𝑎𝑓𝑖𝑎 | 3

21.3K 1K 40
                                    

"ARGH! bosannya, vin bila kita nak gi bunuh orang tua tu?" farid mengeluh. Dia penat, penat kerana sudah lama mereka berdiam diri memikirkan cara untuk menamatkan riwayat orang tua itu.

"sabar la, aku pun dah lama tak tengok darah ni, tapi sampai bila qas nak diam je pasal ni? Cukuplah anak buah dia yang tak bijak tu intip kita," kata alvin pula, dia juga tidak sabar untuk membunuh orang tua itu.

"korang ni bising betulla, merungut tak tentu pasal, nak memburu, pergi zoo sana! Menyemak la! Aku nak menyapu pun tak tenang," daiyan yang menyapu di dapur itu terus bersuara.

"sibok betul," kata alvin dam farid serentak.

"hah kau, melawan melawan, aku report kat qas, baru la korang tahu langit tu tinggi ke rendah," kata daiyan selamba. Malas mahu melayan dua orang beruk itu .

KRING! KRING!

bunyi telefon itu datang dari arah poket seluar alvin, cepat cepat dia mengeluarkan nya. Nama yang terpampang pada skrin itu membuatkan dia terus mengangkat.

"hello?, dah kenapa c...-"

"hah? Kat mana tu?"

"okay aku gerak sekarang, kau tunggu sekejap,"

Sebaik sahaja panggilan telefon ditamatkan, alvin terus berlari anak menuju ke pintu utama, sempat dia menyelitkan pistol ke belakang seluarnya.

"eh eh kau nak gi mana? siapa call tadi? weh aku nak ikut!" Jerit farid apabila dia melihat alvin yang terburu buru itu.

Alvin berhenti, dia memandang ke belakang "kau duduk je la sini, jaga daiyan. Aku pergi ambik qas dekat kedai makan jap, kereta dia rosak,".

Farid mendengus lemah. Haih nak buat apa je?

"oi, mana alvin?" soal daiyan sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, kelibat alvin tidak kelihatan.

"hah? Dia gi ambik qas sekejap, nanti dia balik la tu, dah la kau nak makan tak, perut aku dah bunyi lagu dangdut ni," kata farid. Tangannya mengusap perut.

"ha aku baru ja panaskan lauk tadi, pergi lah makan, aku kenyang, aku naik atas dulu," dia terus pergi meninggalkan farid keseorangan di bawah.

°°°

"haish lambatnya alvin ni," mengeluh qaseh yang berada di hadapan kedai itu. Tangannya disilangkan. Topi yang dipakainya hampir menutup seluruh wajahnya, supaya tiada orang tahu identitinya.

Sesekali dia bermain instagram , memandang sekeliling, bersiul siul. Orang yang memandangnya dengan pelik tidak dihiraukan, sibuk je...

Tanpa dia sedari ada mata yang memerhati dirinya. Lelaki yang hanya memandang qaseh dari tadi menghampirinya. Dia mengambil pisau lipat yang berada di poketnya itu. Perlahan lahan dia mendekati tanpa qaseh sedar.

ZAPP !

"ARGGH!" jerit qaseh kuat. Dengan tindak balas yang dia ada, terus dia menggenggam lenggannya yang tertusuk pisau itu. Ramai orang menyaksikan kejadian itu.

Tanpa sempat lelaki itu melarikan diri dengan membawa beg tangan qaseh... dia sudah dikepung dengan beberapa orang lelaki.

"tepi la setan! Jangan masuk campur boleh tak hah?!" jerkah pencuri itu tadi.

"kau dah buat salah nak suruh aku lepaskan? Tak semudah tu la," kata fattah sinis. Tangan disilangkan.

"kau ni siapa?!" jerit pencuri itu.

"takyah la cakap dengan dia ni fat, bawak dia, aku nak gi kat boss jap," kata luqman. Terus dia menuju ke arah haziq dengan seorang gadis itu.

"weh luq, cepatla bawak dia ni, darah dia banyak keluar ni!" jerit haziq kepada luqman.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now