bab 16

16K 727 14
                                    

"Goodmorning qaseh," sapa Fattah dari jauh, Qaseh hanya baru sahaja menyusun makanan terus mendongak memandang Fattah, senyuman diberikan "goodmorning,"

Fattah mengambil tempat, dia menyising lengan bajunya."wah sedapnya, nasi minyak ayam gulai, kan?"

Qaseh senyum mengangguk."sekejap ya saya panggil Haziq," terus Qaseh menuju ke tingkat atas, sebenarnya dia tidak berapa selesa jika berdua begitu.

Pintu yang tidak ditutup rapat itu menjadi sasarannya. Dia membuka pintu itu dan terus menutup semula. Dia memandang ke arah ruang pakaian, susuk tubuh Haziq juga kelihatan sedang membutangkan satu persatu kemeja biru gelapnya hingga ke atas.

Qaseh melangkah menuju ke Haziq, dia menepis lembut tangan Haziq yang sedang membutang bajunya, kini Qaseh mengganti.Haziq terkejut.
"Thanks,"

Qaseh senyum, usai sahaja dia membutangkan baju Haziq, dia menepuk dada Haziq dengan perlahan,

"Macam mana boleh terfikir nak naik atas ni?" Soal Haziq.

Qaseh mengetap bibir."ada Fattah kat bawah, saya tak selesa,tu terus saya naik atas tu, dah la jom turun saya buatkan nasi minyak," Qaseh menarik tangan Haziq, Haziq hanya mengikut.

Sampai sahaja di tingkat bawah, sudah ada F
Luqman, Syahir tidak lupa juga Fattah. Haziq menuju ke arah mereka, dan memgambil tempat di hadapan Haziq. Qaseh pula berada di sebelahnya.

******

"Qaseh, okay kan duduk rumah seorang?" Soal Haziq. Sudahnya rumah ini besar.

Qaseh menggaru keningnya yang tidak gatal itu."urm, kalau saya ikut awak boleh?"

Haziq memandang wajah Qaseh tanpa riak."jom, pergi siap, aku tunggu dalam kereta," terus Haziq pergi meninggalkan Qaseh. Qaseh tanpa membuang masa menuju ke tingkat atas untuk menukar pakaian.

"Bro, aku gerak dulu, jangan lama sangat ada meeting lepasni," ujar Fattah. Terus dia pergi meninggalkan rumah mewah itu.

"Cau,bro," terus Syahir dan Luqman pergi. Harini sahaja Syahir menaiki duccati. Luqman pula sudah menjadi kebiasaan.

Haziq melangkah menuju ke kereta.baru sahaja ingin membuka pintu, dia sudah ternampak Qaseh yang sedang menyarung kasut dan menuju ke arahnya.

"Uiseh, sekejap nya kau siap, power apa kau pakai?" Soalnya pelik, ke dia borak dengan Fattah tadi lama?

"Ish awak ni kalau saya siap lambat awak membebel, ni saya siap awal pun membebel," kata Qaseh mencebik.

Dia masuk sahaja ke dalam kereta, seatbelt dipakai. Terus kereta mereka meluncur ke jalan raya.

*****

"Argh bosannya," keluh Qaseh, rambut nya dimainkan. sudah dua jam dia duduk di atas sofa, dia hanya memandang Haziq yang sibuk membuat kerja di dalam fail itu.

Haziq menjeling ke arah Qaseh sekilas, tadi bukan main nak ikut, sekarang bila dah ikut, bosan pula.
"Kalau bosan, pergi tidur sana," ujar Haziq.

Qaseh memcebik, dah la dia sudah tidak bekerja. Badannya juga sudah lama tidak di warm up. Dia menggoyangkan kakinya ke kanan dan kiri.Kemudian, kakinya melangkah menuju ke arah kerusi yang berada di hadapan meja Haziq. Dia melabuhkan punggungnya disitu. Pen yang berada di dalam kertas itu di mainkan.

Tok! Tok!

Pintu diketuk, selepas sahaja mendapat kebenaran daripada Haziq, jejaka itu terus masuk ke dalam dan menganbil temoat duduk di sofa.

Haziq memandang wajah lelaki itu sekilas,"kau nak apa?"

Syahir menjeling,"aku nak pergi meeting dengan kau, Fattah dengan Luqman pergi breakfast sekejap, nanti dia pergi la tu,"

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now