bab 28

11.5K 583 18
                                    

Anak ibu yang ibu sayang, maira satu satunya anak kesayangan ibu, ibu tulis surat ni sama tarikh dengan abah kamu tulis, ibu sengaja buat surat asing sebab. Alhamdulillah kalau kamu dah jumpa surat ni ya.

Pertama sekali, ibu nak bagitahu, selepas je ibu lahirkan kamu, ibu terus ada penyakit, ibu minta maaf, nyawa ibu memang tak panjang masa ibu dapat tahu ibu dah ada penyakit masatu, ibu minta maaf tak dapat nak beri kamu kasih sayang sebagai seorang ibu sampai la kamu besar, ibu minta maaf sayang. Ibu nak kamu kuat, anak ibu kuat, ibu sayang anak ibu.

Kalau kamu baru baca dan kamu dah besar, ibu bangga, kamu dapat tempuh segala ujian dulu. Ibu bangga dengan anak ibu, Nenek kamu tahu penyakit ibu, sebab tu nenek nak jaga kamu, sampai kamu besar, jaga diri ya sayang, sampai sini ja ya, assalamualaikum.

"Awak," terus Qaseh menghamburkan tangisan dia, Haziq turut sebak. Dia memeluk Qaseh dengan erat.

"Shh, dah jangan menangis,"

"Saya rindu ibu,saya rindu abah..." Qaseh juga menggenggam erat tangan Haziq.

"Ya, kita tidur dulu, nanti kita pergi kubur okay? Dah tidur, sayang you need rest,"

Qaseh mengangguk lemah, Haziq memimpinnya ke arah katil, dan ditarik selimut sehingga paras dada. Haziq juga melakukan perkara yang sama. Dia memeluk Qaseh, bagi meredakan tangisan isterinya itu.

Beberapa saat kemudian,Haziq mendengar dengkuran halus. Dia memandang ke arah siling. Ibu bapanya? Berada di luar negara. Mengapa perasaan rindu terhadap mereka tiada? Haziq meraup wajah seketika. Dia teringat kembali ayat yang menitir dari bibir ayahnya itu.

"Aku taknak tengok muka kau lagi,pergi!"

Dimaki, dicaci, oleh ayahnya sendiri, oleh disebabkan, kesalahan kecil, terus dibesarkan. Akhir sekali, dihalau. Dihalau dari keluarga. Ibunya hanya melihat sahaja , tidak mampu membuat apa apa.

********

"Amin," mereka mengaminkan doa dihadapan kubur arwah ibu dan abah Qaseh. Batu nisan arwah ibunya itu diusap,"Terima kasih ibu, sebab lahirkan Maira ke dunia ni,"

Kemudian batu nisan arwah bapanya pula diusap,"terima kasih abah, sebab  pernah bagi qaseh kasih sayang sebagai seorang ayah," air matanya diseka perlahan, tidak mahu menangis di sini. Dia memandang Haziq yang duduk bersebelahan dengannya.

Haziq tersenyum,"dah? Jom balik ya? Rehat kat rumah, panas ni,"

Qaseh mengangguk, terus mereka menuju ke arah kereta Range Rover hitam, terus kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan kubur itu.

Hanya kedengaran radio sahaja di dalam kereta tersebut. Qaseh hanya memandang ke arah luar, Haziq pula hanya fokus memandu.

"Where is your dad and mom Haziq?" Qaseh membuka bicara.

Haziq tersentak dia berdehem seketika."why sekarang baru tanya?" Soalnya tanpa menoleh ke arah qaseh.

Qaseh terdiam, suara Haziq sudah bertukar menjadi dingin, terus dia memandang semula ke arah tingkap, perut diusap, takutt.

Haziq memandang qaseh,"hey," dia cuba menarik dagu Qaseh supaya memandangnya, tetapi Qaseh menepis lembut."dah sampai nanti kejut," terus Qaseh melelapkan mata. Air mata mula bergenang. Dia mula mudah sensitif. Dia juga tidak suka dengan sikap ya seperti ini.

Haziq menggeleng,salahnya pula, lupa Qaseh mengandung,dia mengambil keputusan untuk pergi ke pantai.

Hampir 20 minit , mereka tiba d pantai, dia memandang Qaseh, bengkak matanya. Dia mengusap perlahan rambut Qaseh. Walaupun luarannya nampak seperti seorang wanita yang kuat dan berani, tetapi di dalamnya, hanya menginginkan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

"Qaseh, bangun, kita dah sampai,"
Qaseh mula terjaga dari tidur, dia memandang sekeliling sebelum memandang suaminya. "Pantai?"

Haziq mengangguk, dia mencabut seatbelt Qaseh itu, qaseh menguap."saya mengantuk la,"

Haziq menjeling,"tidur je tahu, dah jom, segarkan badan dulu," Haziq muka keluar dari kereta. Dia membuka pintu Qaseh,"jom, " dia menarik tangan Qaseh, Qaseh akur, dengan berpakaian jubah, mereka menuju ke pantai.

"Dah lama saya tak pergi sini, sejuk je rasa," Qaseh mendepakan tangannya.matanya ditutup rapat. Haziq menggeleng, ada ada sahaja.
Mereka mengambil tempat duduk di atas sebuah kayu yang besar. Mereka sempat mengambil gambar, menikmati suasana sebelum pulang ke rumah neneknya.

"Haziq.. saya rasa nak minum air tembikai la," Qaseh memegang lengan Haziq yang sedang memandu itu. Haziq mengerutkan kening."mana nak cari ni qaseh? Dah nak maghrib, kedai tutup, lepas isya baru bukak, esok esok tak boleh ke?"

Qaseh menggeleng,"tak boleh tak boleh, saya dahaga ni," dia memegang tekaknya yang haus.

Haziq menggeleng, kebetulan mereka lalu di kawasan kedai makan, Haziq mengambil keputusan untuk berhenti disitu. Dia memandang Qaseh tangan disilangkan ke dada,"ni, aku pergi beli sekejap, tunggu dalam kereta, ke nak ikut? Kedai mamak macam ni semua orang lelaki, duduk dalam kereta je eh?" Panjang lebar Haziq membebel, Qaseh hanya tergelak,"baiklah boss, pergila, saya tunggu dalam kereta, asalkan saya dapat air saya,"

Haziq mengangguk, terus dia pergi ke kedai tersebut. Air diorder dan menunggu, lima minit kemudian, air yang diorder sudah sampai,"terima kasih,". Usai membayar, terus dia menuju ke dalam kereta, kelihatan Qaseh ralit bermain telefon.

"Nah, minum puas puas,"Haziq menghulur bungkusan air itu tepat tepat di hadapan muka Qaseh, Qaseh menayangkan wajah cemberut."ish, terima kasih,"

Haziq mengangguk, terus mereka berlalu pulang ke rumah Nekti.

*******

"Lambatnya balik," ujar Nekti yang berada di ruang tamu. Qaseh tergelak, dia menuju ke ruang tamu,"ala nek, Qaseh pergi beli air sekali tadi, qaseh suka,".

Nekti menggeleng,"jangan minum yang bukan bukan tak baik untuk kesihatan," ujarnya. Qaseh hanya mengangguk,"okay la nek, qaseh masuk dulu, nak solat," Qaseh meminta diri.

Nekti hanya memandang dari jauh,"risau nenek dengan kamu ni haih," dia mengusap dadanya. Semoga tidak berlaku apa apa.

"Hey," Qaseh menegur Haziq yang duduk di wakaf itu, hari sudah malam, mengapa Haziq masih berada di sini?

Haziq meraup wajahnya, dia memandang Qaseh,"hai, kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni," ujar Haziq.

Qaseh mengangkat bahu,"takda awak, macam mana saya nak tidur?"

"Meh sini," dia memanggil Qaseh untuk berada di sebelahnya.
Qaseh turut melabuhkan punggungnya itu. Dia memeluk pinggang Haziq dari tepi."kenapa tak masuk?"

"Saja, ambil angin malam, esok dah nak balik, rindu pula aku dengan suasana kampung," ujarnya

Qaseh tergelak,"ala, nanti kita balik lah sini semula,"

Haziq hanya diam, dia mengusap rambut Qaseh,kemudian dia mencium ubun-ubun isterinya itu. Qaseh hanya melayan."jangan tinggalkan aku ya Qaseh," ujarnya.

Qaseh mengerutkan dahi,"awak cakap apa ni?"

" Jangan tinggalkan aku.."


MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now