bab 41

11.9K 522 6
                                    

"ha tu tu jomm!" Qaseh mempercepatkan langkahnya, tangannya juga menarik tangan Haziq supaya mengikutinya. Haziq menggeleng,"slow slow la Qaseh, adu risau aku,"

Qaseh tergelak,"okay sorry, dah jom masuk," dia kembali jalan seperti biasa. Haziq mengecilkan matanya memandang Qaseh,nasib baik isteri kalau tak, dah kena cubit kot.

"wangi nyaa kat sini," Qaseh mengambil baju yang ada di situ dan terus dihidu, bau bayi memang wangi.

Haziq juga ambil dan bau baju tersebut,"bukan kau jual barang baby ke masatu?"

Qaseh mengangguk,"haah, tapi Alvin dah dermakan dekat orang, ada yang dia jual balik dekat kedai," terang Qaseh. Haziq sekadar mengangguk sebelum memandang sekeliling.

Matanya tertancap pada seseorang berpakaian biru gelap, yang sedang memandang ke arahnya. Haziq menekan earpiece yang sudah terletak pada telinganya. "Fattah, datang kat aku sekarang," ujarnya perlahan.

Qaseh memandang Haziq,"ada masalah?"

Malah Haziq sekadar menggeleng, Qaseh menggumam perlahan dan kembali membelek setiap baju baby tersebut. Seketika kemudian, Fattah tiba di kedai itu, banyak mata mata yang memandangnya malah Fattah tidak kisah, kakinya menuju ke arah Haziq. Bahu lelaki itu ditepuk," apahal bro? asal kau panggil aku je? yang lain?"

Haziq menggeleng,"aku nak kau perhati seorang lelaki ni berpakaian biru gelap, lepastu pakai topi hitam, pergi, dia perhati aku dari tadi," Ujar Haziq. Fattah mengangguk, dia memandang Qaseh,"bye akak montel," terus dia pergi dari situ.

Qaseh mengangkat muka,"dia kata apa?"

Haziq menggeleng,"dia cakap dekat akak sana tu, akak tu montel," Qaseh tergelak,"ei tak baik," Dia mula bergerak menuju ke bahagian lain, manakala Haziq masih memerhati di luar, risau.

"Haziq.." pamit Qaseh, dia mencekak pinggang, dia tahu, sudah dua hari, ada yang mengekori mereka ke sana dan ke sini, malah Qaseh hanya mendiamkan diri.

Haziq memandang, kakinya terus menuju ke arah Qaseh,"tadi, aku ambik angin luar," bohong Haziq. Qaseh mengangguk, dia tahu itu satu penipuan.

*******

"ish, korang punya anak kan? asal aku pula yang kena bawa barang barang ni? dah la berat," kata Fattah, dia mengangkat hampir berbelas beg plastik dan diletakkan di ruang tamu.
Qaseh hanya gelak. Haziq pula sudah menjeling,"aku pun tengah bawa ni,"

"kejap ya, saya buatkan air," pinta Qaseh, dia berlalu menuju ke dapur meninggalkan Haziq dan Fattah.

Fattah mula mendekati Haziq,"siapa lelaki yang ikut kau tu?"

Haziq mengangkat bahu,"aku tak tahu, mungkin musuh Qaseh," ujarnya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa single itu.Fattah mengangguk faham.

"tapi, kalau tu musuh Qaseh, lagi bahaya, dengan keadaan Qaseh macam tu, kau jaga Qaseh elok elok Haziq, jangan jadi macam masatu," Fattah menepuk bahu Haziq bagi memberi nasihat supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Haziq hanya diam, semoga tidak ada apa apa berlaku.

******

"ei comelnyaa baju baju ni," Qaseh yang berada di atas katil itu membelek setiap baju yang dibelinya.

Haziq yang baru sahaja keluar dari tandas itu tergelak, ada ada saja perangai Qaseh. Dia duduk di sebelah isterinya itu. Peha isterinya itu ditepuk perlahan,"kau tahu kan?"

Qaseh sekilas memandang Haziq,"ya, saya tahu," dia kembali memandang baju tersebut.

"Jangan buat apa apa tanpa pengetahuan aku, aku taknak apa apa terjadi dekat kau dengan baby ni faham?"

Qaseh mengangguk perlahan,"saya rasa saya tahu siapa tapi saya tak pasti dia atau bukan,"

"Aku faham, dah tidur, nak susu tak?"

Qaseh memandang Haziq dengan wajah yang tidak percaya, tangan kanan Qaseh dilekapkan pada dahi Haziq,"awak demam ya?"

Haziq menepis, dia menjeling Qaseh,"kau kenapa?"

Qaseh tergelak,"tiba tiba tanya saya nak susu ke tak, pelik awak ni,"

"alah, salah ke?"

Qaseh menggeleng,"takde la, awak nak buatkan? terima kasih, make sure sedap tau," ujar Qaseh. Haziq menjeling sebelum keluar daripada bilik itu.

Qaseh melangkah ke luar balkoni, dia mengambil tempat duduk yang ada disitu, dan merenung ke langit.'kenapa kau kacau aku... kenapa? aku tak pernah cari nahas dengan kau.. tak pernah..' dia menghembus nafas berat, perutnya diusap perlahan,"baby kena selalu ada dengan mummy tau,"

tidak lama kemudian, Haziq menuju ke arah Qaseh sambil membawa segelas susu dan diberi pada Qaseh,"nah,"

Qaseh menyambut,"terima kasih, duduklah,"

Haziq menggeleng,dia menyandar pada besi balkoni itu, tangannya disilangkan,"taknak balik jumpa nekti ke?"

Qaseh meneguk susu itu sehingga habis, dan terus matanya memandang Haziq,"kenapa tanya macam tu?"

Haziq mengangkat bahu,"manalah tahu rindu nekti,"

Qaseh tergelak,"saya boleh je bila bila masa jumpa dengan dia, tapi sekarang saya dah tak larat la," adunya.

Haziq mengangguk,"okaylah, aku nak naik atas siapkan kerja aku, nanti nak apa apa panggil, aku kat atas, make sure nak naik tetap naik lift, jangan naik tangga," Terus Haziq berlalu pergi.

Qaseh mengangguk,dia mula bersandar semula di kerusi itu  dan menikmati angin malam yang segar. Baru je ingin melelapkan mata disitu dia terdengar seperti suara orang bercakap,perlahan, tapi dia masih dapat mendengar.

Qaseh memandang ke halaman luar,tiada orang, mungkin kawan Haziq. Dia kembali bersandar, mata ditutup.

PRANG !

Qaseh membuka mata,dia memandang cermin yang berada di belakangnya,"wait, why pintu ni pecah and.. kesan tembakan?" Qaseh mulai curiga. Dia mula berdiri. Memandang ke arah bawah, tiada orang?

PRANG !

sekali lagi, nasib sahaja terkena di sebelah bekas tembakan tadi, Qaseh mula cuak. Dia masih mencari orang itu. Tiada. Qaseh mula melangkah masuk ke dalam bilik semula, pintu itu sudah tidak boleh ditutup kerana sudah pecah.

Pintu bilik dibuka, dia memandang ke bawah, dahinya berkerut pelik, mengapa pintu utama itu terbuka luas, mana yang lain? hatinya sudah berasa tidak sedap. Ingin turun, dia perlu menggunakan lift.

BANG !

"woi!" laungan seseorang yang berada di bawah itu membuatkan Qaseh ingin melihat.

BANG !

baru sahaja Qaseh ingin turun, terasa sesuatu yang telah masuk ke dalam kakinya. "Auch," dengan perlahan Qaseh terduduk di tangga itu sambil memaut tangga. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Tidak lama itu. terus pandangannya gelap dan tidak nampak apa apa.

"woi!"

Luqman mengambil pisau yang berada di dapur itu terus campak ke arah seorang lelaki itu, terus lelaki itu tumbang apabila pisau itu tertusuk di bahagian dadanya.

Fattah memandang Qaseh, dia menahan geram, sudah tentu Haziq tidak dengar kerana biliknya itu kalis bunyi. Mungkin Qaseh juga sudah tahu hal ini.

Terus Fattah menuju ke luar rumah, memandang ke arah sebuah lereta yang berada di situ, Telefon dikeluarkan dan menelefon Syahir. Manakala Alvin pula segera menuju ke bilik Haziq.

Tanpa diketuk pintu itu terus dibuka,"Haziq, rumah kita ada orang pecah masuk, bini kau.. pergi tengok sekarang dekat tangga," ujarnya cemas, di tangannya juga sudah ada pistol dan kesan darah.



enjoy ! lagi brp bab? sy tk pasti HAHA..






MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now