Bab 13

15.9K 736 13
                                    

Cincin permata yang tersarung elok di jari manis Qaseh itu dipandang. Selesai juga majlis pernikahan antara dia dan Haziq. Majlis petang tadi juga berjalan dengan lancar.

"Weh, kau dah makan?" Soal Daiyan terus mematikan lamunan Qaseh.

Qaseh terkejut. "Aish buat terkejut je la," Qaseh menjeling, "kejap lagi lah aku makan, kenyang lagi ni,"

Daiyan menangguk, "aku pergi dulu la ya Qaseh, selamat pengantin baru, member aku kahwin dah," ucap Daiyan gembira. Sempat mereka berpelukan sebelum pergi.

Kemudian, qaseh duduk semula, memandang ke arah khemah yang dipenuhi jejaka jejaka tampan itu, dan dia memandang Haziq yang seronok berbual dengan rakannya.

Terus dia teringat tentang nenek kesayangannya itu. Mana eh? Dia terus bangun mencari nekti, Sehingga di belakang rumah, terlihat Nekti sudah menjadi ahli makcik bawang sedunia, siap bertepuk tampar lagi...

seriousla ?

Kemudian dia berpatah balik semula dimana tempatnya duduk, cukup untuk tahu nekti okay di belakang rumah sana.

Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung , sudah ada yang memanggilnya.siapa lagi kalau bukan, Farid.

"Kau nak apa?"

Farid yang duduk bertentangan itu berdehem seketika" lah, aku nak ucap congrats la, tak boleh?"

Qaseh menjeling,"okay thank you, ha jangan lupa settelkan budak yang tikam aku tu," Qaseh mengingatkan Farid, kerana Farid merupakan orang yang pelupa...

"Ye ye aku ingat, okay la qas, aku nak gerak ni ada hal sekejap," Terus Farid pergi meninggalkan Qaseh. Qaseh hanya senyum. Tetamu pula sudah mula beransur pulang. Yang tinggal hanya Rakan Haziq dan Alvin.

Terus dia bangun dan masuk ke dalam rumah, badannya sudah melekit dengan peluh, tiba masanya untuk dia mandi.

*****

Selesai sahaja solat isya, Qaseh menyarung selipar  dan melangkah keluar rumah, masih ada lagi orang yang belum pulang. Berapa ramai nenek jemput ni?

Terus dia menyarung selipar, menuju ke kawasan di mana ada makcik makcik yang sedang membasuh pinggan mangkuk. Dia mengambil tempat di situ. "Makcik, pergi la balik, biar saya uruskan ya, mesti makcik dah penat,"

Makcik yang sedang membasuh pinggan itu terus memandang wajah Qaseh, dia tersenyum sekilas."boleh juga ya cu, makcik pun dah berapa jam asyik duduk, terima kasih," ucap makcik itu. Qaseh mengangguk dan terus mengambil alih kerja makcik yang tergendala sebentar tadi, kain batik yang dipakainya dinaikkkan sedikit supaya air tidak terkena kainnya.

"Wah wah, rajin, bagus bagus," Haziq yang baharu sahaja tiba itu terus duduk di kerusi batu yang berada di hadapan Qaseh.

"Lagi bagus kalau awak tolong saya ni, dah solat?" Soalnya tanpa memandang Haziq, tanganya masih lincah membasuh cawan itu.

Haziq mengangguk. Kemudian dia memandang kiri kanan," mana nenek ?"

Terus terhenti kerja Qaseh, dia mengangkat muka memandang Haziq."haah la mana eh,sekejap saya cari," terus Qaseh meninggalkan kerja itu dan mencari nekti. Risau.

Sudah hampir setengah jam, tmasih lagi tidak jumpa Nek ti, Qaseh sudah mula takut. Tidak mungkin kena.. tak tak bukan...
Terus dia masuk ke dalam rumah. Pakaiannya ditukar. Pistol juga diletakkan di belakang. Kunci keretanya juga diambil, terus dia keluar..

Belum sempat dia masuk ke dalam kereta, ada yang menyapa." Nak pergi mana ?" Soal Haziq.

Qaseh terlupa bahawa dia sudah ada suami,"ya allah, sorry sorry, jom keluar, saya nak cari nenek," dia keluar semula daripada kereta.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now