bab 22

15.1K 715 26
                                    

"Qaseh Humaira," ini sudah kali yang kelima Haziq memanggil tetapi tdak disahut.

"Aduh mana la budak ni pergi," dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Dahinya dipicit perlahan.

"Eh dah balik?" Soal Qaseh dari dapur menuju ke ruang tamu.

Haziq memdongak memandang Qaseh,"kau pergi mana? Aku panggil tu jawab, bukan senyap je,"

Qaseh tersentak."er sorry, tadi saya kat belakang siram pokok,"

Haziq mendengus perlahan. Dia menarik Qaseh supaya duduk di sebelahnya."Qaseh..."

Qaseh mengangkat kening.

"Jangan berahsia dengan aku, aku tak suka, bahaya, aku suami kau, tugas aku nak lindung kau, jadi jangan berahsia dengan aku," ujarnya tegas.

Qaseh menelan air liur. Lambat lambat dia mengangguk,"baiklah,"
Haziq tersenyum, dia mengusap lembut rambut Qaseh itu.

Tiba tiba telefon Qaseh berbunyi.. dia tergelak.."hehe sekejap tau, takut benda penting,"

Haziq mengangguk, dia berlalu menuju ke atas. Qaseh hanya memerhati sebelum dia menarik icon hija ke kanan, telefon kini dilekapkan ke telinga."hello, Farid?"

"Ya, kenapa call aku?"

"Hah? Seriousla? Tahniah!"

"Okay jumpa tahun depan tau,"

Terus panggilan dimatikan, dia berlari menuju ke biliknya. Kelibat Haziq dicari.

Haziq mengalihkan muka memandang ke arah pintu, Q
Terlihat Qaseh yang baru sahaja menutup pintu. Qaseh menerpa ke arahnya. Hampir terjatuh tuala yang melilit pinggang Haziq itu, sempat dia menahan. "Kau nak apa?"

"Farid, dia dapat sambung belajar luar negara," ujar Qaseh gembira.

Haziq memandang ke atas,"Farid? Farid mana?"

Qaseh menampar lembut lengan Haziq itu."alah, yang anak buah saya tu lah, Farid yang sekepala dengan Alvin tu,"

Haziq hanya mengangguk sahaja. Tidak penting baginya.

Qaseh melabuhkan punggung di birai katil itu. Bosan.. tiada musuh bosan, ada musuh, menyerabutkan kepala.

Haziq memandang pelik,"kenapa? Bosan?"

Qaseh memuncungkan mulutnya,"erm, bosan,"

"Jom shopping,"

Ayat itu membuatkan Qaseh terus berdiri."yeke? Yeay shopping,"..

******

"Bila nak balik Qaseh?" Soal Haziq penat, sudah hampir lima jam mereka di dalam pavillion itu.

Qaseh memandang penuh kasihan. Di kiri kanan tangan suaminya itu pun sudah penuh dengan beg branded.
"Meh cikit," dia mengambil sedikit beg plastik itu.

"Okay jom balik," ujar Qaseh.. risau jika suaminya itu tiba tiba pengsan.

"Lain kali pakai tiga jam kat tangan tu, biar tak lupa dah pukul berapa sekarang," perli Haziq.

"Ish, awak ni kal...-" terhenti Qaseh apabila dia terlihat seseorang yang pernah menarik dirinya masuk ke dalam van beberapa hari lepas itu.

Haziq juga turut berhenti apabila terasa tiada orang disebelahnya.
Dia memandang ke belakang."qaseh, tercegat apa kat situ cepatlah,"

Qaseh tersentak dari lamunannya."kejap kejap," cepat cepat Qaseh berdiri di belakang Haziq. Haziq mengerutkan dahinya."kenapa?"

"Tu, dia lah yang tarik saya masetu, tuu," puas Qaseh menunjuk, malangnya Haziq tidak nampak.
"Mana? Takde pun,"

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now