bab 37

11K 570 16
                                    

"Hi papa, Qaseh ada buat kek ni, nak rasa?" Qaseh berlabuh punggung di atas kerusi yang terletak di sebelah Handerson, Handerson tersenyum, dia menyua sedikit kek itu ke dalam mulutnya."sedap, pandai kamu buat ya,"

"Terima kasih,"

Handerson tersenyum,"dah berapa bulan tu?"

"Dah nak masuk enam bulan.."

"Tak sabar papa nak timang cucu,lelaki ke perempuan?"

Qaseh menggeleng,"entahla pa, tak tahu,"

"What are you doing here?" Soal Puan Mell yang baru tiba itu. Dia membawa air dan diletakkan di atas meja itu.
Terus dia duduk di sebelah Qaseh.

"Nothing," balas Qaseh, dia menghulurkan kek kepada Puan Mell,"Taste it, isn't it delicious?"

Puan Mell mengambilnya,dan dirasa,"Delicious!"

Qaseh tersipu malu, malu pula jika dipuji. Seketika kemudian, Haziq pula mula keluar dari rumah itu, niatnya ingin bersama dengan Qaseh di gazebo tetapi Handerson pula turut ada disitu, terus langkahnya terhenti,

Dia memandang Puan Mell,"mama, Haziq nak keluar," terus dia pergi. Qaseh sedar akan hal itu, dia bangun ingin mengejar Haziq. Malangnya dia terlanggar sesuatu.

"Ark.."

"Auch,"

Haziq menoleh,terkejutnya dia melihat Qaseh yang sudah membongkok, cepat cepat dia menuju ke arah Qaseh,"kenapa ni?"

Qaseh menggeleng,"kaki... Kaki saya terkena bucu meja," adunya, matanya sudah bergenang dengan air mata.

Haziq sudah mula cemas,"eh dah, aku angkat masuk dalam jom," ujarnya terus dia mencempung tubuh Qaseh sehingga masuk ke dalam rumah.

Puan Mell dan Handerson hanya memerhati, kemudian dia memandang sama sendiri dan tergelak,"he loves his wife very much,"
Ujar Handerson, Puan Mell hanya mengangguk,"You should not punish him first," ujar Puan Mell. Dan ayat itu membuatkan Handerson tersentak. Hukum?

Ya, dia hukum anaknya sendiri

"Disebabkan kau! Aku hilang sorang anak!" Lantang suara Handerson bergema di dalam rumah itu. Puan Mell hanya menangis di tepi tangga.

Haziq hanya mendiamkan diri, memang, memang dia terasa terkilan, kehilangan seorang adik, tetapi bukan salahnya, papanya tidak patut hukumnya sebegitu.

"Bukan salah Ha...-"

"Bukan salah Haziq, bukan salah Haziq, papa meluat dengar ayat tu! Jaga adik elok elok, susah sangat ke?!"

"Haziq minta maaf pa.."

"Dah terlambat, adik pun dah takda, itu satu satunya anak perempuan papa, tahu tak? Melina tu satu satu je anak perempuan papa Haziq.."

Haziq juga diam, ya siapa sahaja suka kehilangan adiknya di dunia ini? Tak adil! Papa hanya salahkan dirinya sedangkan bukan..

"Dah papa nak kamu balik Malaysia! Belajar kat sana! Berdikari seorang diri! Pergi, kemas barang kamu! Naik private jet papa," terus Handerson pergi dari situ.

Puan Mell terkejut, jika Melina sudah pergi, dan Handerson ingin menghalau anak sulungnya pula, dia menuju ke arah Haziq yang hanya berdiri itu."Honey, do you want to go?,"

"Yes mama, kalau itu yang papa nak, abang buat, demi adik, demi papa, Haziq pergi," dia juga pernah berniat untuk menetap di Malaysia malangnya Papanya tidak benarkan, sekarang dia benarkan. Jadi ini peluangnya, tetapi..  ini bukan peluang, ini dihalau!

"don't go, do you want mama to sit alone?" Sayu suara Puan Mell. Haziq memandang Puan Mell, ya, dia pasti akan rindu mamanya ini.

"Tapi abang buat adik dah takda ma, walaupun bukan salah abang, tapi biarlah, ni sebagai hukuman sebab abang tak jaga adik dengan betul," ujarnya sebelum meninggalkan Puan Mell dan menuju ke atas.

"Darling?" Puas puan Mell mencari jalan untuk mengejutkan Handerson dari lamunan itu.

Handerson tersentak seketika dia meraup wajahnya sendiri."apa yang abah dah buat.."

Puan Mell tersenyum,"go apologize to him, while there is still time, later he wants to return to Malaysia," ujarnya.

Handerson lambat lambat mengangguk,"okaylah, abang nak pergi main golf dengan Khalid," ujarnya sebelum pergi dari situ. Puan mell hanya tersenyum.

******

"Sakit, sakit.." rengek Qaseh, hanya bengkak, tetapi Haziq juga ingin mengurutnya.

Haziq menggeleng,"tula, yang nak kejar aku tu kenapa, padan muka,"

Qaseh menjeling,"suka hati saya la nak melompat ke berlari ke kejar ke," ujarnya selamba.

Haziq menampar betis Qaseh itu ,"ha melawan melawan, nanti susah nak bersalin baru tau,"

"ei apa cakap macam tu, nak saya macam tu ke.."

Haziq tergelak dia mencium pipi Qaseh,"takdelah sayang, dah rasa macam mana okay?"

Lambat lambat Qaseh mengangguk,"dah, jom lah turun,"

"Aish, tak yah turun, duduk je sini, aku pergi ambil makanan,"

Qaseh menggoyangkan tangan Haziq,"masalahnya bukan saya patah kaki, saya bengkak kat kaki je," balasnya.

Haziq menggeleng,"takde, tunggu surut nanti aku bawa pergi jalan jalan," ujarnya sebelum keluar. Qaseh sudah tersenyum sehingga ke telinga.. jalan jalan? Yeah.. terus novel di tepi meja diambil dan dibaca.

******

"Bila Haziq nak balik weh," ujar Fattah yang berada di meja Haziq itu, sesekali dia meraup wajahnya. Stres berlambak kerja yang perlu dibuat.

Syahir yang berada di hadapan Fattah hanya mampu tergelak,"aku tolong, nak buat apa ni?"

"Kau sign ni je, pastu siap," balas Fattah.

Luqman pula menuju me arah meja tersebut, fail diambil,"meh la sini, aku tolong sign, setakat sign senang je," ujar Luqman dengan berlagak.

Fattah hanya menjeling,"aku tak sangka, cheng dah mampus,"

Alvin menayangkan senyuman sinis,"aku lah diantara orang orang yang paling suka bila Cheng tu mati," ujarnya.  Ya setelah apa yang cheng buat pada dua orang rakannya, dia terlalu membenci Cheng.

"Mesti muka anak buah diorang macam beruk bila tengok mayat boss anjing macam dia tu kan," ujar Syahir dan membuatkan semua tergelak.

"Dahla jom makan, aku belanja, aku dah berat poket nak bawa duit banyak banyak ni," ujar Luqman.

"Eleh, depan Haziq kau acah miskin sebab nak pakai duit dia, belakang dia, kau kaya pulak," perli Fattah.

"Jimat la pula, nanti duit aku nak pakai masa kahwin nanti, haa kan," dia menepuk bahu Alvin beberapa kali dengan kuat,"betul an betul an,"

"Gatal tangan pula aku, macam nak tampar orang, aku nak tampar kau," ujar Alvin, terus dia menampar belakang Luqman.

"Kalau cabut gigi palsu aku, memang aku bunuh kau Alvin," balas Luqman,

Yang lain semua tergelak,"woi sejak bila kau ada gigi palsu, ei tak macho," ejek Syahir.

"Dah dah jom, aku lapar ni, aku belanja western kat depan sana," ujar Luqman. Mereka semua mengangguk dan menuju ke kereta sana.

"Eh mana kunci kereta aku?" Fattah meraba raba sekeliling seluarnya, malang tiada.

Syahir menjeling,"seriously? Takpe lah jom naik dengan aku, janji kau bawa,"

Fattah hanya mengangguk, "dah jom.."


5.23k reader sya update next chap tauu ❤️ masyeh sbb sokong cite tk seberapa ni


MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now