bab 26

14.1K 620 14
                                    

"Haziq, belikan saya daging arnab, boleh?" Soal Qaseh tiba tiba.

Haziq yang sedang membuat kerja itu tersentak."daging apa? Arnab? Weh qaseh tak sedap lah, kalau ya pun, mintak la daging kambing ke lembu ke,"

Qaseh mendengus geram,"alah, kalau tak boleh belikan, cakap je la,dah la saya naik dulu," terus dia naik ke atas. Tersentak Haziq mendengar hempasan pintu. Dia mengeluh.

Telefon dikeluarkan, Nombor Nekti dicari,"hello,.."

******

"Qaseh," Haziq mengetuk pintu. Tidak ada sahutan, jadi dia hanya masuk dan menutup semula, di tangannya sudah ada bungkusan.

Qaseh yang sedang tidur itu terus terjaga. Dia tidak memandang ke belakang, malah, hanya membuka mata.

Haziq menghidu daging arnab yang sudah siap digoreng, lebih kurang sama bau dengan daging yang lain.

Haziq meletakkan plastik di atas meja solek itu. Terus dia mencangkung di hadapan Qaseh."jom, aku dah belikan arnab tu, kalau tak cukup lagi, kita beli arnab hidup," Sempat tangannya mengusap perlahan rambut qaseh.

Qaseh tersenyum,"mana?"

"Tu atas sana, jangan makan dalam bilik, nanti lalat ada, makan kat bawah, jom," Haziq menarik tangan Qaseh, malah, Qaseh sengaja memberatkan badannya.

"'bangun la Qaseh, jangan beratkan badan tu, aku taknak dukung, jalan sendiri," ujar Haziq selamba. Qaseh tergelak "yelah yelah,"

********

"Sedap?" Terkejut Haziq melihat Qaseh tidak ubah sama seperti orang kebuluran.

Qaseh tidak bercakap malah hanya mengangguk. Haziq tergelak,"makan puas puas, susah aku nak cari ni, dekat rumah nenek sana,".

Qaseh terharu."aww, so sweet,"

"Sweet tak sweet, habiskan daging ni, ei aku tengok pun dah tak sedap," Haziq membuat wajahnya berkerut tanda tidak sedap.

Terus terletus tawa Qaseh,"cuba rasa, mana lah tahu sedapkan? Buka mulut cepat," Qaseh sudah bersedia untuk menyuap Haziq, malangnya Haziq sudah lari naik ke atas. Terus Qaseh tertawa.

*********

"Hai Haziq, long time no see," ujar Luqman. Haziq hanya mengangkat kening. Luqman yang masuk me biliknya pun tidak dipandang, hanya fokus pada kerja.

Luqman memandang Haziq,"aku dah lama tak nampak Fattah,mana dia?"

Haziq hanya mengangkat bahu,"entah, pergi lah cari,aku busy ni, nanti ada meeting, kau tau tak?"

Luqman tersentak?" Bila masa pula ni? Macam mana aku boleh tak tahu pulak?"

"Hah?! Tak tahu? Kau pergi call yang lain, cakap petang ni ada meeting, aku nak pergi toilet," terus Haziq menghempas sebatang pen dan berlalu menuju ke tandas.

Luqman terkejut,"dah kenapa pula, takda angin takda ribut tiba tiba macam orang datang bulan," telefon dari poketnya diambil dan nombor Fattah, dicari.

*******

"Hai, dah bal...-" belum sempat Qaseh menyapa Haziq, dia sudah menuju ke atas. Qaseh tersentak, dia menyentuh dadanya, terasa ingin menangis kerana suami tidak pedulikannya.

Seketika kemudian, kelibat Fattah dipandang,"hey, kenapa duduk sini?" Ujar Fattah hairan.

Qaseh menahan air mata dari mengalir,"kenapa dengan Haziq?"

Fattah mengangkat muka,"Haziq? Urm tak tahu, dari office dia macam tu, pergi la tanya," terus Fattah pergi meninggalkan Qaseh, bukan apa, ingij membuang hajat, tidak tahan!

Qaseh mengeluh, air mata yang mengalir dibiarkan, entah mengapa semenjak dua menjak ni hatinya mudah tersentuh, baru sahaja tengok episod pertama cerita korea, dia sudah menangis.

Dengan langkah yang lemah, dia menuju ke tingkat atas, pintu diketuk beberapa kali sebelum masuk. Terus nampak kelibat Haziq yang berada di balkoni itu, kakinya melangkah pergi ke situ.

Nafas ditarik, dan dihembus.bahu suaminya itu dicuit, Haziq tidak memandang, malah sudah tahu siapa, kenal dari bau perfume yang dipakai Qaseh.

"Awak...".

Haziq hanya memandang sekilas wajah Qaseh sebelum memandang ke hadapan semula.

"Awak kenapa?"

Haziq mengeluh,dia memandang Qaseh, kedua dua belah pipi Qaseh dipegang,"aku, stres kerja Qaseh, maaf kalau aku abaikan kau, maaf," Tubuh Qaseh dibawa ke dalam pelukannya. Penat menguruskan kerjanya di office itu. Terlalu banyak.

Qaseh mengusap perlahan tubuh Haziq itu,"its okay, awak rehat la dulu, badan awak pun perlukan tenaga kan? Jangan risau, saya kan ada sokong awak, and.. baby pun support daddy dia tau," ujar Qaseh bagi menaikkan semangat Haziq.

Haziq tersenyum, telapak tangannya dilekapkan pada perut Qaseh yang semakin membulat itu. Dahi Qaseh diciumnya,"thank you sebab faham aku,"

"Sama sama,"

*******

"Masalahnya! Siapa yang khianat Syarikat kita?! Lebih baik mengaku daripada aku tahu dari mulut orang lain!" Laung Haziq, geram ada yang mengkhianatinya. Syahir sudah ketakutan, jelas wajah Haziq merah menahan marah, terlihat urat yang timbul pada tangannya yang sedang mengepal penumbuk.

BAM !

"Kalau aku tahu! Siap orang tu! Tiada maaf kalau aku tahu dari mulut orang lain, Dah kenal aku siapa, buat cara kenal, kalau taknak nyawa melayang," ujar Haziq sebelum pergi dari bilik meeting itu.

Fattah juga geram, masih ada yang tidak mahu mengaku,"jangan buat buat tak kenal, aku dah penat manusia yang penipu, pengkhianat, kalau aku tahu siapa, memang peluru tembus dekat dahi kau," Fattah juga pergi dari situ. Diekori Luqman dan Syahir. Syahir pula malas ingin membuka suara, takut jika dirinya hilang kawalan.

"Siapa pula yang khianat? Tengok muka semua suci macam takda dosa," ujar Luqman sinis, kini mereka di dalam bilik office Haziq.

Haziq mengangkat bahu,"aku memang tak dapat syak siapa,muka semua biasa je tadi, tapi aku pasti, diorang ada sorok sesuatu," ujar Haziq perlahan, dahinya diurut perlahan.

Fattah menggeleng,"walau serabut mana pun kau Haziq,layan Qaseh, dia mudah terasa sekarang, dua hari lepas kau tak layan dia masa kau balik tu pun aku tengok air mata dia dah keluar,"

Haziq mengangguk,"ya aku tau,"

Luqman mengangguk setuju,"kadang kadang aku sendiri tak faham dengan orang mengandung ni, sekejap okay sekejap tak, lepastu minta macam macam,"

Syahir mengerutkan kening,"kau tahu mana ni?" Fattah pula tergelak. Luqman menjeling."sepupu aku macam tu,"

"Yeah, qaseh dah tak macam dulu,sekarang makin manja, makin tembam, banyak makan takut aku tengok sekali makan tiga pinggan," ujar Haziq, terus dia ketawa. Hilang segala stres apabila teringat kembali.

"Ha tulah, aku bila nak kahwin pun tak tahu lah, makin tua, makin ramai jauh pula," ujar Fattah dengan nada sayu.

Syahir menepuk bahu Fattah,"bukan ke makin tua makin ramai nak? Makin tua kan makin kaya, jadi ramai la nak kau kan?"

Fattah menepis laju,"masalahnya, aku ni makin tua makin tak hensem, rambut nak putih, kulit semua berkedut, ei tak boleh bayang aku," terus mereka ketawa di dalam bilik itu.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now