bab 9

16.3K 816 17
                                    

"Assalamualaikum," Fattah mengetuk pintu rumah Nekti.

"Lama lagi ke?" Haziq yang duduk di tangga itu asyik menguap.

"Waalaikumussalam, ya fattah, ada apa?" Soal Nekti, matanya mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

"Cucu makcik,qaseh,"

Nek ti sudah hairan."ya kenapa dengan maira?"

"Anak makcik ada dalam kereta saya," Terkejut Nek ti apabila Fattah berkata begitu.

"Eh kenapa dalam kereta kamu pula? Bukan dia tidur dalam bilik?"

"Panjang ceritanya makcik," sampuk Haziq yang sedang mencempung qaseh.

"Eh masuk masuk, kamupun Fattah masuk," ajak Nekti, kesian melihat dua teruna ini.

Mereka menurut, haziq meletakkan Qaseh di atas sofa.dan dia bersila di bawah, fattah juga duduk di sebelah Haziq. Nekti pula duduk di hadapan Haziq.

"Cu, bagitahu nenek apa yang terjadi?" Risau Nekti melihat keadaan Qaseh yang lemah itu, maafkan nenek ya qaseh, nenek tak dapat nak tolong.

"Saya pun tak tahu apa yang terjadi, tapi kawan qaseh, daiyan telefon banyak kali tapi tak terjawab, jadi daiyan telefon saya, saya pun cari lokasi Qaseh, dan qaseh kena culik," panjang lebar fattah menerangnya. Dan sepanjang penerangan itu Nekti hanya mengangguk tanda faham.

"Siapa yang culik maira?"

"Saya tak pasti nek, tapi itu musuh," balas Fattah. Haziq hanya diam.

"Kamu berdua tidur sini dulu ya?, nanti mengantuk nak memandu, lagi pula, dah pukul dua pagi," pelawa nekti, Fattah memandang Haziq sekilas , menguap. Fattah memandang nekti pula dan memgangguk.
"Terima kasih,"

Nekti hanya mengangguk.Dia mengambil selimut dan bantal untuk diberikan kepada Haziq dan Fattah.

Qaseh terjaga, kepalanya terasa pening, perlahan lahan dia ingin bangun, dan memandang sekeliling."haziq,Fattah?"

Fattah yang sedang berbual dengan Haziq itu terus memandang qaseh,"hai,aku tolong kau tadi, kau kena culik,selebihnya esok aku cerita,"

Qaseh hanya mengangguk, perlahan lahan dia bangun dan menuju ke biliknya.pintu bilik ditutup rapat, terus badannya direbahkan ke atas katil.

"Nah, ambikla, malam malam sejuk kat sini, nenek beri selimut lebih ya," nek ti menghulurkan dua bantal dan empat selimut kepada Haziq. Haziq menyambut dan memberikan senyuman.
Nekti membalas.

"Eh mana maira?" Terlihat di atas sofa itu kosong.

"Dia dah masuk bilik," balas Haziq. Terus dia merebahkan kepalanya di atas bantal, bestnya.

"Nek masuk bilik dulu ya," terus Nekti menyambung mimpi nya yang tergendala sebentar tadi.

°°°

"Morning nenek!" Terus Nekti dipeluknya.

"Ha dah bangun, pening kepala lagi?" Nekti memandang Qaseh, "eh pergi pakai baju elok elok! Ada tetamu kan," nekti menolak nolak Qaseh.

"Hah? Tetamu?,"cepat cepat qaseh menuju ke biliknya, walaupun dia tidak tahu siapa tetamu mereka.

"Hai makcik,rajinnya buat sarapan," Haziq yang baru sahaja keluar daripada bilik air.sejuk!

"Rutin, meh la duduk, mana kawan kamu? Fattah?" Soal Nekti, api dapur ditutupnya. Nasi dicedoknya dan dimasukkan ke dalam mangkuk.

"Tidur lagi, penat sebab dia yang pandu,"ujar Haziq, dia mengelap rambutnya menggunakan tuala.

"Nah makan," Nek ti menghulurkan pinggan yang dipenuhi nasi goreng itu.
Kemudian dia duduk di hadapan Haziq."kamu mafia juga?"

Soalan itu membuatkan Haziq tersedak, cepat cepat nekti menghulurkan air.

"Haah,"

"Nenek nak kamu tunaikan hajat nenek ni boleh?" Ragu ragu sahaja Nekti menyoal.

Haziq meletakkan semula garfu dan sudu yang dipegangnya. Kini dia memandang Nekti."apadia?"

Nekti menarik nafas dalam dalam, dan menghembus,"nenek nak kamu jaga Qaseh, nenek dah tua, tak dapat nak jaga cucu nenek, biarpun dia tu mafia juga, tetapi bila dia keseorangan, dia lemah, biarpun dia duduk depan nenek, dia tetap lemah, dia menangis, dia ada perasaan rindu,"

Haziq terkedu, amat berat apa yang dihajati oleh nekti ini." Tapi saya pun mafia juga makcik, saya takut saya tak dapat jaga qaseh,"

"Nenek pasti kamu boleh, nenek nak kamu pula jaga dia, nenek tak larat, nenek tak boleh buat apa kalau suatu hari nanti maira ada masalah," sayu sahaja ayat yang dituturkan oleh Nekti.

"Fattah? Dia boleh jaga kan,"

"Nenek nak kamu,  nenek nampak kelebihan kamu untuk menjadi seorang suami,"

Kini, haziq terdiam, dia tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang suami.

"In sya allah," hanya itu sahaja Haziq membalas,sesekali memandang raut wajah nek ti, seperti arwah ibunya sendiri.

"Okay, maira dah tukar.. er," terhenti Qaseh apabila dia melihat Haziq yang berada di dapur.ini ke tetamu? Dan sevara tiba tiba dia kembali teringat akan kejadian semalam.

Qaseh mengambil tempat duduk di sebelah Nekti. Sudah dihidang nasi, hanya tinggal masa untuk dijamah.

Dengan lafaz bismillah, terus dia makan, tanpa memandang sekeliling.beberapa minit kemudian, Fattah pula tiba di situ dengan muka yang baru bangun tidur.
"Pergi la basuh muka dulu," ujar nekti. Dengan terpaksa, Fattah bangun semula dan menuju ke singki, dan menuju semula ke meja makan, dia mengambil tempat duduk di sebelah Haziq.

Nekti menghulur pinggan, Fattah menyambut."kamu pulang bila ni?"

"Sekejap lagi makcik,saya nak rasa suasana kampung," ujar Fattah, Qaseh hanya tergelak kecil.

"Ha boleh, nanti maira, kamu bawalah mereka pergi ke sawah sana," sokong Nek ti.

"Nak naik apa?, maira tak reti bawa motor nek," kata Qaseh meminta simpati.

"Jalan kaki je la, sebelah je kan?"

Qaseh tayang sengihan,"okay,"

°°°

"Panasnyaa," omel qaseh sendiri. Dia memandang Haziq dan Fattah yang berjalan di hadapannya, hanya dia seorang di belakang.

"Lambat lagi ke? Sejam dah jalan ni," adunya lagi kepada dua orang lelaki tersebut.

"Sabar la, penat ke?" Sinis Fattah. Qaseh mengangguk lemah."mafia pun rasa panas eh?" Sengaja Fattah menyakat Qaseh."Dah la nanti balik sendiri, bye," terus qaseh meninggalkan Fattah dan Haziq.

Qaseh menangis di bawah wakaf itu, penat, penat dengan helah dunia,penat dengan perangai manusia, penat asyik menyamar, dengan hidup menjadi anak yatim piatu, hanya nekti tempatnya mengadu.

"Mak, abah, adik rindu, adik rindu nak dengar suara mak abah, adik, adik nak ikut mak, adik pun nak ikut abah, pergi masuk syurga sama sama, adik penat mak, adik penat," tersedu sedan Qaseh.

"Adik nak rasa kasih sayang mak abah sepenuhnya,adik dah buat apa yang mak suruh, adik dah berjaya mak, adik berjaya, tapi adik banyak halangan, abah, kalau abah ada dekat sini, adik nak abah sokong adik, setiap masa, mak, kalau mak masih lagi ada dekat sini, adik nak peluk mak puas puas," qaseh meluahkan kata katanya mengahadap sawah, tenang, tetapi rindunya kepada kedua orang tua mereka tidak pernah pudar.

Tanpa dia sedari, Haziq hanya mendengar luahan itu dari belakang, dia juga turut sedih,dia juga kehilangan kedua orang tuanya.Tetapi ada lagi orang yang lebih teruk darinya.kasihan, kasihan melihat Qaseh, hanya meluah seorang diri.

-------------
Next
-------------

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now