bab 35

11.4K 617 7
                                    

Tepat pada pukul sepuluh pagi, mereka tiba di Klia untuk berlepas ke Itali, Qaseh menggenggam erat tangan Haziq. Haziq pula menolak troli hingga ke balai pelepasan.

"Baru je pergi sini kan," ujar Qaseh,

Haziq hanya mengangguk, dia memandang sekeliling, tidak ramai orang, mungkin hari public.

"Ada apa apa nak beli?"

Qaseh menggeleng, perutnya yang sudah membulat itu diusap,"baby kenyang, mummy senang hati,"

Haziq hanya menggeleng, macam macam. Hampir lima belas minit mereka menunggu, akhirnya mereka masuk juga ke dalam flight, Qaseh seperti biasa, akan tidur untuk mengelakkan rasa mual. Dia memeluk lengan Haziq, Haziq tersenyum, perut Qaseh diusap perlahan, comel baby bump.

Dia memandang ke atas, bersediakah dia untuk berjumpa dengan ayahnya? Dia rindu ibunya tetapi ayahnya.. atas kisah silam, ayah membenci anak sendiri.

Dia rindu keluarganya yang dulu..

*******

"Ni ke?" Soal Qaseh, dia memandang kereta lexus itu, inikah kereta Haziq?

Haziq yang baharu sahaja tiba mengangguk,"masuklah, aku nak simpan barang kejap," ujarnya, Qaseh hanya masuk, usai Haziq menyimpan barang, dia masuk di bahagian pemandu. Enjin dipanaskan, terus kereta mereka meluncur laju meninggalkan lapangan terbang itu.

Qaseh memandang sekeliling,"dah banyak berubah," ujarnya sendiri.

Haziq mengangguk, setuju dengan kata kata Qaseh.

Qaseh memandang Haziq,"lagipun, maca. Mana ada kereta awak kat sana tadi?"

Haziq mengangkat kening,"sebelum sampai Malaysia, aku dah call anak buah aku yang ada kat sini untuk bawa kereta aku," Qaseh mengangguk faham.

"Kita nak duduk mana?"

Haziq menghembus nafas berat,"terus pergi rumah mama," ujarnya. Qaseh sudah berdebar. Bagaimana jika ada perang menarik rambut nanti?

Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah rumah banglo yang begitu besar dan mewah, Qaseh memegang lengan Haziq,"saya takut laa," adunya.

Haziq menggeleng,"aku pasti mama restu hubungan kita,". Ujarnya bagi menyedapkan hati Qaseh, sedangkan hatinya sendiri rasa resah.

"Jom, keluar," Serentak mereka keluar daripada perut kereta itu, Qaseh memegang handbagnya dengan kemas, takut, dia memandang sekeliling, halamannya begitu luas.

Haziq memimpin tangan Qaseh,"jom," Mereka berdua menuju ke arah pintu utama, Qaseh hanya mengikut, setibanya sampai di pintu, Haziq berhenti, dia memandang ke arah pengawal keselamatan yang berada di situ.

"posso entrare?(boleh saya masuk)?" Soal Haziq menggunakan bahasa Itali, lelaki itu mengangguk faham,"entra(masuklah)," Haziq mengangguk, pintu diketuk.

Tidak lama kemudian pintu itu dibuka, seorang bibik yang membuka pintu tersebut, qaseh kagum, nak masuk pun ada orang bukakan,"Cosa posso aiutarti?(apa yang boleh saya bantu)?" Soal bibik itu sebelum membenarkan Haziq masuk.

"Sono Haziq Haikal," jawab Haziq mesra, serta merta bibik itu menayangkan senyuman,"Sul serio?(serious)?" Haziq mengangguk.

Terus bibik itu membenarkan mereka masuk, Qaseh memandang sekeliling hampir lima puluh peratus barang diperbuat daripada besi? Seriuslah?

Haziq menuju ke ruang tamu dan berlabuh punggung disitu.Qaseh juga turut duduk di sebelah Haziq. "Mananya?"

Haziq hanya diam, malah bibik yang menyambut nya sebentar tadi, datang ke arah mereka semula. "Tua madre è di sopra, sono andata a chiamare di sì(mama kamu ada di atas, saya pergi panggilkan ya)," ujar bibik itu, Haziq hanya mengangguk,dia memaut bahu Qaseh.

Qaseh hanya membiarkan, sesekali dia bermain dengan perutnya itu. Rambutnya juga diselitkan di belakang telinga.

Tidak lama kemudian Qaseh memandang ke arah seorang wanita berusia itu,peha suaminya dicuit, Haziq menoleh, terus dia berdiri,"mama!" Terus Haziq memeluk Mamanya itu.

Puan Mell tersentak,"tu Haziq Haikal?(awak, haziq haikal)?" Soal puan mell terpinga-pinga.

Haziq meleraikan pelukan,dia meraup wajahnya, dan memandang Puan Mell, "yes mama, its me your son, Haziq haikal," ujarnya sedih, terus Puan Mell memeluk kembali Haziq. Anaknya sudah pulang.

Qaseh hanya memerhati dari jauh, bestnya, kalau lah arwah ibu ada lagi, tetapi dia pelik, seperti pernah jumpa wanita ini, tetapi dimana ya?

Puan Mell memandang Qaseh sebelum meleraikan pelukan, dia berjalan menuju ke Qaseh,"zia, come ho visto prima, ma dov'è?(makcik macam pernah nampak kamu sebelum ni, tetapi di mana ya)?" Soal Puan Mell, Qaseh terkebil kebil memandangnya, tak.. tak faham

"Sorry?"

Puan Mell tergelak,"Auntie seems to have seen you before, but where is it?"

Qaseh juga gelak bagi hilang rasa kekok,"I'm also aunty, but I don't remember, sorry,"

Haziq mula mengerutkan kening,"cakap pasal apa?"

Puan Mell menggeleng,walaupun dia pernah duduk di Malaysia tetapi dia tetap menggunakan bahasa Itali atau inggeris, dia tidak mengetahui bagaima ingin bercakap menggunakan bahasa melayu, hanya faham sahaja.

Puan Mell memegang pipi Qaseh,"Haziq's wife?"

Qaseh mengangguk,Puan Mell tersenyum dia memandang perut Qaseh,"baby! how many months?"

"next week, exactly six months," ujar Qaseh,Puan Mell tersenyum gembira,"my grandchild," ujarnya sebelum dia memeluk Qaseh, qaseh juga membalas, Haziq juga gembira, alhamdulillah Puan Mell restu hubungan mereka.

Puan Mell meleraikan pelukan mereka,"let's eat?" Haziq mengangguk, tangan Qaseh dipegang, lapar tak?" Qaseh mengangguk,"mestilah lapar,"

*******

"Mana papa?" Soal Haziq apabila hanya mereka berdua sahaja berada di ruang tamu, Qaseh sudah naik ke atas, penat.

Puan Mell mendengus lemah,"outstation," ujarnya ringkas.

Haziq mengangguk faham,"dia dapat terima haziq balik?"

Puan Mell mengangkat bahu,"i dont know, i never ask him," balasnya. Jika membuka mulut tentang Haziq, pasti Suaminya itu akan mengelak.

Haziq mengurut dahi,"tak faham la haziq dengan papa tu, apa salah abang? Bukan salah abang kan? Adik.. adik yang cuai.."

Puan Mell memegang bahu anak sulungnya itu,"remember what i said? Past is past," Haziq mengangguk, dia memeluk Puan Mell,"maafkan abang kalau abang ada buat salah silap," dia mencium kedua dua belah pipi Puan Mell..

"Okeylah ma, abang naik atas dulu, abang nak tidur, penat goodnight," ujarnya sebelum menuju ke atas.

Puan Mell hanya memerhati, kan best kalau keluarganya hidup dengan bahagia. Tiada pergaduhan antara satu sama lain. Tetapi, mungkin ada hikmah disebalik.

Bibik yang berada di dapur itu terus menuju ke arah Puan Mell."signore, va bene?(puan okey)?" Soal bibik itu risau.

Puan Mell mengangguk,"im okay, goodnight," terus Puan Mell menuju ke tingkat atas, rehatkan diri daripada memikirkan perkara yang memeningkan kepala.

********

Haziq yang sudah siap mandi itu memandang Qaseh yang lena sahaja tidur, dia duduk di birai katil, rambut Qaseh diusap, kuatnya isteri dia menghadapi segala ujian, tabahnya dia. Dia mencium ubun ubun Qaseh sebelum melelapkan mata.


Hai ! 5k view, saya update chapter okie? 👍❤️

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now