bab 38

11.6K 703 17
                                    

"lambatnya siap," tegur Haziq yang berada di ruang tamu, Qaseh hanya menjeling,"siap sekejap salah, lama pun salah, awak nak kena tumbuk dengan saya ke?" Ujarnya geram.

Haziq hanya menayangkan wajah selamba,"dah jom," terus dia berdiri menuju ke ruang tamu. Puan Mell yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu terus memandang Qaseh ," its beautiful!" Ujar puan Mell gembira,cantik menantunya ini.

Serupa seperti arwah ibunya dahulu.

Qaseh tergelak,"takdelah mama biasa biasa je ni," ujarnya, dia menyalam Puan Mell dam mencium kedua dua belah pipi ibu mertuanya itu.

Haziq juga menyalam,"bye, mama, Haziq nak bawa Qaseh pergi jalan jalan ni,"

Puan Mell mengerutkan dahi, seketika kemudian dia hanya tersenyum,"be careful," nasihat Puan Mell. Qaseh mengangguk, "bye mama,"

"Sesaknya jalan,"

Haziq mengangguk,"jalan kat sini memang sesak, sebab tu ramai orang naik boat, nak naik boat?" Soalnya pada Qaseh.

Qaseh memandang Haziq?"boat? Mana? Jomlah nak rasa juga,", ujarnya tidak sabar. Haziq terus memandu sehingga ke tempat yang dituju.

Hampir dua jam, mereka tiba di destinasi itu, Qaseh memandang hairan, "tempat dia terapung la, saya duduk itali ni pun jarang nak pergi tempat lain, asyik terperap je lah dalam U tu," ujar Qaseh. Dia mula keluar daripada kereta, pemandangan yang berada di hadapannya sangat cantik!

Dia memegang tangan Haziq,"cantik, tapi saya kan berat, tak tenggelam ke?"

Ayat itu membuatkan Haziq tergelak, dia mengusap kepala Qaseh,"takdelah, kalau takut, tak perlu naik, kita pergi kedai dekat tepi tepi ni je, jom," ujarnya.

Mereka berdua berpegangan tangan menuju ke arah deretan kedai itu. Warna warna yang menghiasi bangunan itu tampak cantik. Dia mula mengeluarkan telefon dari handbag nya itu, dan menarik tangan Haziq,"jom selfie, saya nak letak dalam instagram,"

Haziq hanya mengikut,"satu, dua ,tiga , senyum,"

"Eh cantikla saya," puji Qaseh sendiri, Haziq memandang Qaseh tidak percaya,"ni dah kali keberapa kau puji diri sendiri Qaseh," ujarnya sebelum dia tergelak, bahu isterinya dipaut sebelum berjalan menuju ke arah deretan kedai itu.

Sepanjang mereka lalu di deretan kedai itu, qaseh tidak faham satu pun apa yang mereka katakan,dia menggoyangkan tangan Haziq,"apa dia cakap tu?"

Haziq memandang,"oh macam biasalah, mari beli mari beli," ujarnya sama seperti cara penjual itu menjual barangnya.

Qaseh tergelak,"uish sebiji lah, takde beza pun awak dengan penjual tu," ujar Qaseh, dia memeluk erat tangan Haziq.

Haziq hanya menggumam,"nak beli apa ni?"

Qaseh mula memandang ke arah setiap kedai itu,"eh jom beli topi tu," Qaseh menarik tangan Haziq sehingga tiba di kedai itu.

"Dah banyak topi kau beli, dalam rumah kita tu, aku rasa dah boleh buat rak khas untuk topi dah," perli Haziq.

Qaseh mencebik,"ala, ni topi dari Itali la pula, jarang nak pergi itali ni, jadi saya nak beli topi ni sebagai kenangan," balasnya.

"Nak yang ni lah, berapa eh, cuba awak tanya,"

Haziq mengambil topi itu dan dihulur kepada penjual itu.

"Thank you,"

"Qaseh, nak pakai terus ke?" Soal Haziq yang baru keluar dari kedai itu, Qaseh memandang dan mengangguk,"nak, meh sini," terus dia meletakkan topi itu di atas kepalanya. "Sesuai tak?"

Haziq mengangguk, mereka menuju semula ke arah kereta, tidak boleh lama lama, Qaseh mudah penat sekarang.

"Nak balik dah ke? Ke nak singgah mana mana?" Soal Haziq, kereta terus meluncur keluar daripada tempat parking itu.

Qaseh memandang me arah luar,"saya rasa nak rasa makanan kat sini lah,"

Haziq tersenyum,"ada satu western ni dekat dengan rumah mama, kita pergi situ je, makanan dia pun sedap," ujarnya.

Qaseh mengangguk, dia merebahkan sedikit seat, badannya juga disandarkan, seatbelt dibetulkan,"nanti dah sampai kejutkan saya tau, saya nak naik kapal ni, bye," terus Qaseh mengiring ke arah Haziq dan melelapkan mata.

Haziq memandang wajah Qaseh,sebelum memandang semula ke hadapan..

Bila dia akan berbaik semula dengan ayahnya?

Qaseh gembira kerana dapat merasai kasih sayang seorang ayah,biarpun itu bukan ayah kandungnya, tetapi dia tetap bersyukur.

*******

"Qaseh bangun Qaseh, kita dah sampai ni," ujar Haziq, seatbelt Qaseh ditarik. Rambut isterinya dibetulkan."bangun sayang.."

Qaseh mula menggeliat kecil,dia menguap sebelum matanya dibuka memandang sekeliling,"dah sampai?"

Haziq mengangguk,"dah jom," terus Haziq keluar daripada perut kereta tersebut, dia menuju ke tempat Qaseh. Pintu dibuka dan tangan dihulur,"penat lagi tak ni?"

Qaseh menggeleng,"kejap nak sarung kasut ni," Qaseh mengambil kasut yang berada di bawah seat keretanya sebelum memakai, ya dia tidak memakai kasut jika berada di dalam kereta. Dulu selalu duduk secara bersila, sekarang sudah tidak boleh.

"Dah jom," mereka berdua menuju masuk ke dalam sebuah restoran mewah itu, mereka mengambil tempat duduk yang menghadap ke arah sungai.

"benvenuto(selamat datang),"sapa Pelayan tersebut dengan penuh ramah mesra, dia menghulurkan dua buku pilihan makanan kepada Qaseh Dan Haziq, sehelai demi sehelai Qaseh melihatnya. Terasa ingin mengambil semua.

"Nak ni Haziq," ujar Qaseh, dia menunjukkan makanan yang tertera pada menu tersebut, Haziq mengangguk,"ha cakaplah," ujarnya.

Qaseh mengangguk,dia memandang ke arah pelayan itu,"give me spaghetti aglio olio please,"

"Two.." sambung Haziq. Pelayan itu senyum mengangguk,"drinks?"

Qaseh mencuit tangan Haziq,"awak nak minum air apa? Saya ikut awak je la,"

Haziq mengangguk,"syrup lychee 2," pelayan itu mengangguk dan terus beredar. Qaseh memandang ke arah luar,"cantiknya sungai tu," dia memuncungkan mulutnya.

Haziq juga turut memandang,"urm, bila kau nak balik Malaysia ni?"

Qaseh mengangkat bahu,"ikut awakla, saya tak kisah,"

Haziq mengangguk,"nanti aku fikir, balik lambat sikit, sengaja nak bagi orang sana buat kerja, masetu malas sangat," bebel Haziq. Qaseh hanya tergelak.

"Membebel la awak ni Haziq,"

"Eh, okay la aku membebel dari kau membebel, dari pagi sampai malam tak berhenti lagi aku rasa,"

Qaseh menayangkan wajah cemberut,"sampai ha...-"

"Enjoy your meal, thank you," Pelayan itu meletakkan makanan di hadapan Qaseh Dan Haziq. Terus Qaseh terdiam. Dia memandang ke arah pelayan yang sudah beredar itu,"masyeh la awoknya,"

Haziq mengecilkan matanya,'nasib baik'.

"Dah makan makan, makan sampai puas," ujar Haziq. Qaseh mengangguk"baiklah, awak pun sama makan sampai gemuk," Haziq menjeling. "Kalau aku gemuk,aku buat kau sama gemuk macam aku juga,"

Qaseh mengerutkan dahi,makanan dipandang,"saya nak makan ni, tapi saya nak cubit awak dulu boleh?" Garfu dan sudu diletak di tepi pinggan bersedia untuk mencubit suaminya itu.

Haziq tergelak,"dahla, makan makan, nanti mama risau," dia menolak Qaseh supaya kembali duduk, macam macam..





Hai , maaf saya tak boleh nak buat view ke berapa baru sy update next chap 😂 sebab , nanti terlajak, haa kan saya tak tulis apa2 lagi dah terlebih reach view..

Jadi disebabkan tak boleh buat view, saya cuma nak 20 vote je , 20 je weh bukan 30 HAHAHAH , boleh eh?

Kalau nak next chap, ha buat la sampai 20 vote, saya janji saya up, kalau tak saya tak up 🤗 HAHAH oke tata enjoy aa cite ni


MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now