bab 21

15.2K 718 22
                                    

"sekejap je kan masa berlalu, dah nak balik semula," Qaseh memuncungkan mulutnya. Lambat lagi mereka akan bertemu dengan Nekti.

Haziq tersenyum."alah, nanti raya ke puasa kita duduk sini,"

Qaseh kembali tersenyum,matanya bersinar sinar memandang Haziq."serious?"

Haziq mengangguk, dan terus Qaseh memeluknya,"thank you!".

Haziq hanya menggeleng, sudah nampak perangai sebenar Qaseh, iaitu...

Manja. Yes manja.

"Cepatlah, aku nak pergi beli sate kan depan sana," laung Fattah dari luar.
Yang lain sudah menunggu di dalam kereta kecuali Syahir.

Syahir menghulurkan duit."nenek, ambil ya, buat duit belanja nek,"

Nekti menggeleng,"takpa cu, nenek ada banyak dah,"

Syahir menggeleng, dia menarik lengan baju Nekti yang berlapik itu dan terus meletakkan duit di atas telapak tangannya itu.

"Susah je, terima kasih ya nak," ucap Nekti, bersyukur.

"Nenek, maira gerak dulu ya, in syaa allah ada masa kita jumpa lagi," Qaseh mencium kedua belah pipi nekti.

"Bila nak keluar ni?" Soal Luqman yang berada di dalam kereta itu, disebelahnya terlihat Arif elok duduk bersandar.

Arif berpaling,"suka hati aku lah, dah la semoga jumpa lagi, apa apa hal call aku ya," terus dia berlalu pergi dari situ.

********

Rambut yang basah itu dilap dengan kain tuala. Terus dia duduk menghadap cermin di meja solek itu.
Puas membelek muka, puas menyapu losyen disekitar badannya. Terus kakinya melangkah ke bawah, mencari kelibat suaminya.

"Haziq?"

"Mana awak?"

"Haikall,"

Puas memanggil, dia menuju ke luar rumah, matanya dikecilkan memandang seseorang yang menutup kepalanya dengan hoodie bewarna hitam.

"Haziq, awak ke tu?" Dia menuju ke arah gerangan tersebut.

Semakin Qaseh melangkah menuju kr arah lelaki tersebut, semakin lebar senyuman sinis lelaki itu.

"Haziq! Jawablah saya panggil ni," dia juga sukar untuk mengenal pasti kerana lelaki tersebut berdiri membelakangi nya.

"woi!" Jerit seseorang dari belakang, Qaseh menoleh, belum sempat dia mengeluarkan suara, pistol sudah diletak elok pada dahinya.

Qaseh tidak mampu berkata apa apa, telefon juga tidak dibawa, alatan tajam? Lagilah.

"Ikut aku," lelaki tersebut terus menyimpan pistolnya kembali dan menarik lengan Qaseh untuk bersamanya.

Qaseh menahan air mata, takkan begitu sahaja?

Lelaki yang memakai hoodie itu turut masuk ke dalam sebuah van yang tidak terletak jauh dari rumah tiga tingkat itu.

Dia melepaskan qaseh di dalam van itu. Qaseh mengingat kembali seni yang yang dia pelajari dahulu, tetapi dia pelik, mengapa van ini tidak bergerak.

"Siapa korang hah! Korang nak apa?!" Jerit Qaseh, biarpun mereka dekat.

Lelaki itu menurunkan hoodie yang menutup kepalanya itu."aku, tak kenal dah?"

Qaseh terdiam. Tidak, tidak mungkin.

"Diam tanda sudah tahu kan? Jadi, aku akan ambil semula kau, dari Haikal, dengar macam mustahil kan? Tapi takpe, aku lepaskan kau dulu, pergi enjoy dulu, takut nanti dah tak merasa," ujar lelaki itu.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now