Bab 11

16.4K 735 34
                                    

"Hai, ada apa nak jumpa?" Soal Qaseh ingin tahu, tiba tiba sahaja di panggil ke mari.

Haziq berdehem bagi menghilangkan rasa dingin dan egonya." Memang tak tahu ke  buat buat tak tahu?"

Qaseh terkedu, "er...sebenarnya saya pun terkejut juga apa yang nenek saya cakap, saya pun tidak ada kata putus lagi,"

Haziq mencabut raybandnya dan diletakkan di atas meja."Okay, aku kahwin dengan kau?"

Qaseh terkejut. Macam tu je? "Macam tu je awak kata? Saya ni Mafia, bahaya la," risau Qaseh.

"Kau tahu tak yang tengah bercakap dengan kau ni pun Mafia?, kau tu dikira okey, ramai tak kenal, aku? Satu dunia," terselit sedikit bangga disitu.

Qaseh menjeling,"Kita tak pernah kenal la, Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya, apa yang saya tahu awak sombong," selamba sahaja Qaseh  membalas.

Haziq hanya menayang senyuman sinis."Aku pun tak tahu kenapa nenek kau tu nak sangat aku jadi cucu menantu dia,"

Qaseh mengeluh, dia tidak pernah kenal siapa orang didepannya ini, tup tup kena kahwin dengan mamat sombong nak mati ni.

"Tidak mengapa la begitu, lagi baik awak pergi jumpa nenek saya, bincang pasal hal ni," ujar Qaseh.

"Sekarang la, aku tak suka melambatkan hal ni,nanti boleh stres tahu?"

Qaseh hanya mengangguk, terus mereka beredar dari situ.

Mereka menuju ke rumah nenek Qaseh. Bagi memudahkan perbincangan mereka.

*********

"Assalamualaikum nenek, Maira dah balik," sapa qaseh apabila terlihat kelibat neneknya di ruang dapur.

Nekti yang asyik mengelap pinggan itu terus pusing menghadap Qaseh."waalaikumussalam, eh Haziq, kamu pun ada sekali, jom duduk dulu,"

Qaseh sekilas memandang Haziq sebelum menuju ke ruang tamu.sesekali dia mengeluh.

Nekti juga sudah berada di ruang tamu, bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan.
"Ya cu, ada apa?"

Haziq memandang Nekti,"pasal saya dengan qaseh,"

Terus ayat itu membuatkan Nekti terkejut."kenapa? Kamu tidak setuju ke dengan cadangan nenek?" Risau juga jika Haziq menolak.

"Tak, saya terima dengan cadangan Nekti,cuma perkara ni tak perlu lambat lambat, sebab musuh saya ramai, jadi ingin mempercepatkan dan buat kecil kecilan sahaja, boleh kan nenek?"kata Haziq.

"Alhamdullilah, boleh je cu, nenek tak kisah, lagipun cepat cepat lagi bagus,kamu maira, setuju?" Soal Nekti. Qaseh pula tersentak. Sekarang ini melibatkan soal hati dan perasaan, aku baru je kenal dia. Tapi Haziq dah terus terima aku untuk jadi isteri dia?

Lambat lambat Qaseh mengangguk. Mungkin ini yang terbaik.

"Alhamdullilah, jadi bila? Boleh la nenek bagitahu dekat orang kampung nenek ni," ujar Nekti gembira.

"Kita buat dekat sini je la ea nek?, selamat sedikit," Cadang Qaseh, risau takut musuhnya itu menganggu.

"Kita buat di sini, minggu depan? Boleh?" Cadang Haziq.

"Hah? Cepatnyaaa," terkejut qaseh, minggu depan? Tidak mungkin.

"Nenek setuju, makin cepat makin bagus ya," Nek Ti setuju dengan cadangan haziq itu. Dan lagi sekali Qaseh terkejut. Nekti ni pun...

******

"Yo, wasap, Haziq macam mana dengan idea aku tu? Menjadi?" Soal Fattah, kini mereka semua berada di ruang tamu.

"Idea kau?" Haziq sudah lupa dengan cadangan itu.

"Aku nak kau belikan dia cincin, lepastu melamar la dia depan tasik yang dipenuhi ikan koi, kalau dia tak terima, kau ugut dia, aku pasti dia terima lepas tu,"

Terus tergeleng Haziq sebaik sahaja dia mengingati apa yang fattah cadangkan.Nasib baik dia tidak teringat tentang hal itu.

"Ha, asal geleng geleng?" Soal Syahir, tiba tiba sahaja Haziq menggelengkan kepalanya.

"Aku tak pakai idea Fattah tu, gila, mampus anak orang tu nanti kalau dia tak terima," katanya selamba.

Terus terkejut Fattah" kau, tak pakai cara aku tu? Seriously bro?" Kesyewaaa..

"Yup, aku tak pakai, tapi aku dah bincang dengan nenek dia tu, minggu depan kitaorang nikah," Jawab Haziq.

"Woo, cepatnya bro, kenapa nak cepat cepat?" Kata luqman dengan usikan.

"Aku nak cepat sebab aku taknak musuh aku syak, kau orang dah lupa? Bulan depan kita nak pergi bunuh Cheng kan, lupa?" Sempat dia menjeling ke arah luqman.

"Haah la, aku tak sangka betulla syah, mafia kita ni dah nak kawin," usik Luqman lagi.

"Ye weh, aku pun tak sangka, asal asal tak suka perempuan, tapi kahwin gak, ku pikirkan kawin denga lelaki rupanya perempuan, mafia pula tu," Syahir turut membahan.

Terus Haziq beredar dari situ, malas mahu menaikkan anginnya.

********

"Seriously? Kau dah nak kawin Qas?" Soal alvin terkejut. Melepas sudah.

"Ya, dengan Haziq," balas Qaseh, tangannya ralit menaip sesuatu di komputer.

"Hah?!" Kini farid pula terkejut. Habis makanan yang dimakannya tersembur tepat terkena muka Alvin.

"Bodohla kau," Alvin mengelap mukanya dengan sapu tangan yang sedia ada di atas meja itu. Qaseh hanya menggelengkan kepalanya.

"Hantu mana yang sampuk kau suruh kawin dengan mamat ego tu?" Lagi sekali farid menyoal.

"Hantu yang kau cakap tu, nenek aku, tah kenapa dia suruh Haziq yang jadi suami aku pun aku tak tau," balasnya selamba.

"Wu, ada jugak yang nak kawin dengan kau ni ya qas, nasibla suami kau nanti, dapat isteri garang kalah harimau," usik Alvin.

"Senyap lah! Gi la sana, kacau je aku nak buat kerja," Qaseh cuba untuk menghalau Alvin dan Farid tetapi tidak menjadi.

"Fuh, garang betul," kini farid pula mengacau.

Dengan kesabaran yang dia ada, terus dia menutup komputer itu dan beredar dari situ secepat mungkin, sebelum ada yang terbakar.

Terus kakinya melangkah turun, pergi ke dapur untuk mengambil minuman sejuk, dengan tiba tiba,dia mendengar bunyi seseorang terpijak kaca. Terus Qaseh pusing ke belakang. Tiada.

Dengan perlahan Qaseh mengeluarkan pistol yang berada di poket belakangnya.Belum sempat Qaseh pusing ke depan semula, terasa ada sesuatu yang masuk ke betis kakinya. Serentak itu Qaseh terduduk.

"ARGH! alvin!" Laung qaseh, terlalu banyak darah yang keluar dari kakinya itu. Dia semakin cemas, sakit, takut, kalau ada lagi musuh berada dekat dengannya atau dijadikan dirinya sebagai umpan.

Alvin yang mendengar jeritan kuat itu terus melangkah ke dapur, Farid turut serta. Cepat cepat farid mengeluarkan shortgun, dan sedia jika ada musuh dengan qaseh.

"Qas! Kenapa ni?" Risau Alvin, cepat cepat dia menekup kaki qaseh yang berdarah terkena peluru.

Dia memandang sekeliling," Farid tolong aku cari musuh dalam rumah ni, aku nak hantar qas pergi jumpa daiyan!" Arah Alvin, Farid hanya menurut. Selpas sahaja kelibat Alvin dan Qaseh menghilang, dia terus mencari jika musuhnya masih ada disini.

"Shit la, selalu sangat nak target qaseh ni kenapa?" Omel Farid sendiri. Geram melihat musuhnya, mencari nahas ketika mereka sedang berehat.

Selepas dia puas mencari musuh yang hilang entah ke mana itu. Terus dia mendail nombor Syahir.

"Hello..,"

-----------
Next
----------

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now