bab 31

12K 512 70
                                    

"awak.. kerja ya harini?" Soal Qaseh yang berada di atas katil itu, dia duduk bersila menghadap Haziq.

Haziq mengangguk,"terpaksa, sebab harini ada meeting, why?"

Qaseh mengeluh.

Haziq mengerutkan kening,"kenapa mengeluh?"

"Harini nak pergi checkup baby 5months," haziq terkejut.

"Ya allah sayang, aku betul betul lupa, aku cuba cancel kan eh?" Kelihatan wajah Qaseh sudah bertukar cemberut.

Haziq mula gelabah,"eh jangan menangis,"

Qaseh tergelak,"tak apa, awak pergila kerja, saya faham, saya ajak daiyan je," ujarnya.

Haziq mengangguk, nasib baik tak marah."maaf again ya, nanti dah sampai sana apa apa update okay?" Ujar Haziq.

Mereka berdua menuju ke bawah.Qaseh menyalam tangan dan mencium dagu milik Haziq itu, Haziq juga melakukan perkara yang sama.

Haziq tunduk, memandang perut Qaseh yang sudah bulat itu,"sayang, daddy pergi dulu ya, jaga mommy elok elok," ujar Haziq, dia mencium perut Qaseh. Qaseh tersenyum  gembira. Kini dia juga sudah sukar untuk berjalan, kakinya sudah bengkak.

"Bye.." lambai Qaseh apabila kereta Haziq sudah memecut meninggalkan perkarangan rumah itu. Qaseh masuk semula ke dalam rumah, telefonnya dicapai dan melabuhkan punggungnya disitu, baru sahaja ingin menelefon Daiyan, sudah ada yang memberi salam, lambat lambat Qaseh bangun dan menuju ke arah pintu utama.

"Bah!"

Terkejut Qaseh tangan diletak ke dada,"haih kau ni kan, macam mana boleh datang ni?" Soal Qaseh, dia menjemput Daiyan masuk ke dalam.

"Ni aku ada bawa makanan, makanan favourite kau kan? Kita makan sebelum pergi klinik," ujar Daiyan, Mereka bergelak tawa di ruang tamu itu.

Daiyan memandang perut Qaseh,"kalau dia dah lahir kan, aku nak dia panggil aku akak Daiyan, nampak macam muda gitu," ujar Daiyan.

Qaseh tergelak,"ada ada je kau ni kan,  "

Daiyan menayangkan muka selamba,"urm, weh qaseh, thank you tau sebab selalu ada dengan aku," ujar Daiyan, dia memegang tangan Qaseh.

Qaseh mengangguk,"ya, aku pun sama, kita kawan dari kecil, aku harap friendship kita tak akan terpisah,"

"Melainkan ajal,"

"Apa ni cakap macam tu, kau gila ke?" Ujar Qaseh, dia tergelak bagi menyedapkan hatinya.

"Ha dah jom pergi klinik, aku nak siap sekejap, kau tunggu bawah eh, habiskan makanan ni," ujar Qaseh sebelum menuju ke tingkat atas.

********

"How doctor?" Soal Qaseh, dia mengusap perutnya.

"Kita tak dapat tahu gender baby, next week datang semula ya," balas doktor itu.

Qaseh mengangguk.

"Next week, kau datang dengan suami kau la, nak tahu gender baby kan?" Cadang Daiyan.

Qaseh mengangguk,"okay,"

"Dah 5 bulan ni, jaga kandungan elok elok, jangan banyak gerak, jangan buat kerja berat berat, nanti kandungan awak terjejas, faham?" Nasihat doktor itu. qaseh sekadar mengangguk faham.

"Tapi kan doktor, berat badan saya naik mendadak, pipi saya ni tembam dah ni," adu Qaseh, daiyan pula sudah tergelak, mengadu sebijik seperti budak kecil.

Doktor itu turut tergelak,"itu normal bagi orang mengandung, awak akan kurus kalau awak da pantang nanti, okay?"

Qaseh kembali senyum, dia mula bangun dan salam doktor itu,"terima kasih,"

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now