bab 15

17.1K 745 54
                                    

Pejam, celik, pejam, celik. Susah untuk Haziq melelapkan matanya. Dia memandang Qaseh yang sedang tidur diulit mimpi. Lenanya.

Susah untuk tidur, kemudian dia duduk, memandang sekeliling, gelap. Hanya lampu yang berada disebelahnya sahaja yang menerangi bilik itu. Dia menggoyangkan perlahan tubuh qaseh.

"Qaseh, bangun teman aku,"

Qaseh yang terasa tidurnya terganggu itu terus membuka mata, memandang Haziq yang sedang memandang dirinya. Dengan keadaan yang masih mamai, dia turut duduk di sebelah Haziq.

"Ya nak apa? Dah lewat ni, kenapa tak tidur lagi?"

"Aku tak boleh tidur, macam mana nak tidur?"

Qaseh sudah terkejut, macam mana nak tidur? Sebelum ni siapa yang tidurkan dia?

"Tidur jela, lelap mata tu, esok awak tu nak drive, kena cukup rehat,"

Haziq memikirkan idea,"kau, teman aku pergi tandas," terus Haziq turun daripada katil itu. Qaseh menahan senyum. Dia turut mengikut. Haziq membuka pintu biliknya, melihat sahaja ruang tamu yang gelap itu, terus dia pusing ke belakang. "Er, qaseh, kau jalan dulu, aku tak ingat mana bilik air," bohong Haziq.

"Ye jom," Qaseh berjalan melepasi Haziq, tangan Haziq digenggam kuat, tak pasal hilang.

"Tu, depan tu bilik air," Qaseh menunjukkan arah bilik air yang berada di hujung pintu dapur. Haziq meleraikan pegangan nya dan terus masuk ke bilik air.

Buka paip,terus basuh kaki. Siap!

Haziq keluar. Pintu bilik air ditutup rapat semula. Qaseh memandang dengan pelik, "sekejapnya, buat apa,"

Haziq berjalan menuju ke bilik mereka."basuh kaki, je,".

Qaseh yang mengekori Haziq dari belakang itu membuat rolled eyes, ceh nak basuh kaki je.

*******

"Dah siap?" Soal Haziq,memandang Qaseh yang sedang mengunci pintu rumah tersebut.

"Dah, jom,"

Beberapa saat kemudian, ada sebuah kereta Harrier berhenti di hadapan rumah nekti. Terus lelaki itu keluar dan menuju ke arah Qaseh yang masih berdiri tegak itu.

"Hai," sapanya.

Qaseh berasa curiga."er, kau siapa?" Dia memegang erat lengan Haziq.

Lelaki itu memandang tangan Qaseh yang memeluk lengan lelaki di sebelahnya itu.kemudian dia tergelak.

"Alah, kau, lupa ke? Aku Arif,"

Qaseh memandang dengan muka yang tidak percaya."arif? Uish, sebijik ah macam syafiq kyle," terus terlepas pegangan Qaseh.

Arif hanya tersenyum.dia memandang lelaki yang lebih tinggi daripadanya."kau siapa?"

Haziq memandang, keningnya diangkat"aku suami dia, Haziq Haikal,"

Arif hanya mengangguk faham," okeylah, kau nak pergi jalan jalan an? Bagi aku kunci tu, nanti aku jemput nenek dekat hospital, daa," terus Arif pergi meninggalkan pasangan itu.

Qaseh memandang Haziq."dia sepupu saya, dah jomla, kita gerak, nanti lambat,".

Haziq mengangguk. Terus dia masuk ke dalam kereta, qaseh turut sama.Dan lereta itu terus meluncur keluar dari kawasan kampung tersebut.

*****

"Bodoh! Kau bunuh adik aku!," jerit Cheng yang berada di sekeliling anak buahnya itu.

"Maafkan ka...-" belum sempat salah seorang anak buahnya itu memohon maaf, kepalanya sudah ditembus dengan peluru asid.

"Semua tak guna, Aku ajar korang elok, elok! Tapi ini yang korang bagi ya?!" Laung Cheng, dia menembak sesiapa sahaja yang bertentang mata dengan nya. Hanya separuh sahaja yang menunduk tanda bersalah.

"Aku nak, korang jejak dia,jangan sampai Fattah tahu pasal ni! Pergi, pergi!" Jerit Cheng, menghalau anak anak buahnya itu.Terus anak buahnya pergi meninggalkan Cheng seorang diri.

Cheng kembali duduk, dia memegang frame dimana gambar dia bersama Bahimin.

'Maafkan abang min, abang akan balas dendam min, kau rehat elok elok kat sana'.

Dan teruz Cheng menghempas frame itu sehingga pecah,dia juga menjerit seperti orang gila.

*******

"Make sure barang barang semua dah ambik, biar bersih, jangan ada satu pun cicir," kata Alvin kepada Anak buahnya qaseh.

"Yela aku tau, kau pun tolong la sekali," ujar Mamat selaku anak buah Qaseh.

Alvin hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Farid! Kau buat apa main baju baby tu?! Tolong simpan barang ni," tergeleng alvin melihat Farid yang sedang mengacukan baju baby itu ke badannya. Sah sah tidak muat.

"Senyap la bising macam mak leha dah kenapa?" Sibuk je Alvin ni.

"Dah siap boss, jom, tinggalkan je si Farid tu dalam ni," ujar Mamat.

Alvin mengangguk. Dia terus menunggu Farid di dalam kereta. Biarla, kesian Farid...

****

"Argh, penatnya drive," Haziq merebahkan dirinya di atas sofa itu. Qaseh menggeleng kepala, tak sopan betul. Dia juga turut duduk di sofa itu.

"Mana bilik saya?" Soalnya.

Haziq membuka mata memandang Qaseh."bilik kau? Naik je atas tingkat dua, masuk kiri ha tula dia," terus Haziq melelapkan matanya kembali.

Qaseh mengangguk terus dia menuju ke atas.

"Heyyo, bro baru sampai ke?" Soal Syahir yang baru sahaja tiba. Kunci diletakkan di atas meja.

Haziq mengangguk.

"Bini kau? Ada sini juga?"

Dan sekali lagi Haziq mengangguk. Dan dia terus duduk. Dia memandang sekilas wajah Syahir dan memandang tangga.

Tanpa sebarang suara, terus dia mempercepatkan langkahnya menuju ke tingkat atas.

Pintu yang tidak ditutup rapat itu menjadi sasarannya. Kakinya melangkah masuk dan menutup pintu. Kelihatan Qaseh ralit bermain telefon.

Bahu Qaseh yabg terdedah itu dicuit,"lupa nak cakap, Syahir dengan Fattah pun duduk sini,"

Qaseh mengangguk faham,"okay, terima kasih bagitahu,"

********

"Jom nek masuk," Arif memimpin tangan Nekti untuk masuk ke dalam rumah.

Sebenarnya esok baru nekti keluar dari hospital itu, tetapi disebabkan kedegilan nekti, dia boleh keluar dengan aman.

"Terima kasih ambik nenek, pergila buat makanan, nekti dah makan dah dekat hospital tadi, semuanya tawar," adu Nekti. Arif menggeleng kepala. Benar, makanan di hospital memang tidak menyelerakan.

"Nenek masuk bilik ya, Arif nak ambil air, nenek kena makan ubat," Nek ti mengangguk, terus dia masuk ke dalam bilik, Arif pula turun menuju ke dapur.

Dia mengambil air suam, sesekali dia menjenguk ke luar, tiada perbezaan, sawah padi masih cantik, udaranya cukup segar.

Usai sahaja dia mengambil ubat, kakinya melangkah menuju ke bilik nekti. Dia mengetuk pintu dan masuk. "Nekti, ni ubat, jom makan,"

Dia memberi ubat kepada nekti, nekti menyambut dan menelan. Terus dia minum air, pahit.
Akhirnya cawan yang kosong itu diberikan kepada Arif. Arif menyambut dan diletakkan di atas meja.

Nekti memandang Arif."kamu kenalkan suami Maira, sempat tengok dia?"

Arif mengangguk,"sempat nek, kalau nenek nak tahu, suami dia tu la yang orang duduk sebut nama dia sekarang, siapa tu? Ha Haziq Haikal tu, maklumlah mafia kan,"

Nekti juga mengangguk,"nenek yang pilihkan untuk maira, hidup maira sekarang dalam bahaya je, nenek risau, sebab tu nenek suruh Haziq kahwin dengan Maira." Terang Nekti.

Arif mengangguk faham.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now