bab 29

11.7K 574 21
                                    

"argh penatnyaaa," ujar Haziq setelah tiga jam dia memandu. Akhirnya mereka tiba di rumahnya. Qaseh tergelak, pada masa yang sama dia jatuh kasihan melihat wajah penat Haziq,hanya penat memandu.

"Beg macam mana?" Ujar Qaseh yang hanya Haziq selamba masuk me dalam rumah.

Haziq berhenti, dia memandang ke belakang,"biar dulu, jom masuk, panas ni," ujarnya. Qaseh hanya mengikut. Kasut ditanggal dan diletakkan di dalam rak, salam diberi, dipandang sekeliling,"mana orang lain?" Malah soalannya tidak terjawab, dia juga menuju ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Penat juga.

Qaseh meletakkan handbagnya di atas meja, cotton pad diambil dan diletak makeup removal kemudian disapu pada muka, mukanya yang putih, tidak perlu makeup yang tebal, cukup sahaja memakai sedikit eyeliner dan liptint.

Usai itu,Tuala diambil dan terus melangkah ke tandas,badannya sudah pun melekit.

Haziq yang berada di bilik officenya itu mengeluh buat seketika, memandang ke arah fail yang ditangguh itu membuatkan dia serabut.

Tok tok

"Masuk.."

Fattah terus masuk ke dalam bilik tersebut, nampak sahaja ada kereta putih di luar, pasti Haziq sudah pulang. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Haziq, rambut lelaki itu sudah berserabut, "Oi, jangan stress sangat boleh tak? Aku ada ni boleh tolong, aku punya kerja dah habis," ujarnya.

Haziq terduduk,wajahnya diraup,"mana lelaki tu?"

"Markas, aku sumbat stokin Syahir kat mulut dia," ujarnya selamba.

Haziq menayangkan senyuman sinis,"kau rasa aku kenal ke lelaki tu?"

Fattah mengangguk,"kenal sangat, dia pernah jadi client kau, tapi tu dulu kan? Sekarang dia kerja dengan kau, sebab tu dia jadi pengkhianat,"..

"Sampah," sambungnya lagi.

Haziq hanya diam, di dalam fikirannya sekarang adalah Qaseh, mana eh?

******

Usai sahaja qaseh membasahi diri, terus dia memakai bathrobe, dalamnya hanya memakai baju berwarna hitam. Kakinya melangkah turun menuju ke dapur, peti ais dibuka dan air oren diambil. Diteguk sehingga habis, Dia memandang sekeliling, sunyi, mungkin Haziq berada di atas.

Ktak!

Qaseh seakan akan terpaku dengan apa yang didengarinya. Perlahan lahan cawan kaca yang dipegangnya diletak di atas meja. Kedua dua belah tangannya diangkat.

"Kau nak apa? Datang rumah tak bagi salam, terus nak membunuh tanpa sebab?" Ujar Qaseh selamba, sudah biasa hadap dengan perkara begini.

Lelaki itu menjatuhkan semula pistol itu,dia mendengus geram,"aku nak kau mati,"

Qaseh menayangkan senyuman sinis, dengan selamba dia berpusing ke belakang,"kau? Nak aku mati? Silakan,"

Lelaki itu tersentak.

"Go on,"

Wanita yang berada di hadapannya ini seakan mencabar kesabarannya.
"Peluang aku depan mata ni?"

Qaseh mengangguk,dia mengusap perutnya perlahan,"go.. on,"

Pemicu ditarik, matanya ditutup, malangnya dia seperti tidak mampu untuk membunuh perempuan ini, dia gagal, tetapi fikirannya teringat kembali tentang kisah dahulu tentang dirinya dan Qaseh."aku benci.. aku benci kau," perlahan lahan air mata lelaki itu jatuh. "aku benci kau!!"

Bang!

********

"Wait, tu bunyi..Qaseh? Haziq Qaseh mana?!" Jerit Alvin juga yang baharu sahaja tiba, dia juga sama, datang sahaja terus menuju ke bilik Haziq.

Haziq tersentak, terus dia menuju ke bawah,"Qaseh? Qaseh? Kau kat mana!" Laung Haziq.

Kakinya melangkah menuju ke dapur, terus terkaku, lelaki yang berada dengan Qaseh itu terduduk? Mati?

Tanpa membuang masa, Haziq menuju ke arah Qaseh, seluruh tubuh isterinya itu dibelek jika ada kesan tembakan."okey? Okey tak?" Soalnya cemas.

Terkebil-kebil Qaseh memandang Haziq,"saya okey, tu depan saya ni tak oke, dia pergi tembak cawan kaca tu, dah la cawan favourite saya," ujarnya perlahan. Haziq memandang sekilas cawan yang sudah pecah itu, kemudian dia memandang ke arah lelaki tersebut, ada..

Pistol?

"Eh kau buat apa sini?"  Soal Haziq sinis. Rambut lelaki itu ditarik, "sakit gila! Lepaskan aku," katanya perlahan.

"Kau bangun sekarang, sebelum aku tumbuk kau," ujar Fattah pula, tangannya sudah disilangkan ke dada.sekilas dia memandang Qaseh,muka relax je?

Perlahan lahan lelaki itu bangun,"aku, tak suka perempuan depan kau ni,"

Haziq tergelak,"dah tahu tak suka, pergi kacau buat apa? Bodoh juga ya kau?"

Lelaki itu terdiam, dia menepis kasar tangan Haziq itu san berlalu pergi, Haziq hanya memerhati,"Alvin kerja kau, perhatikan dia,"

Alvin mengerutkan dahi,"kerja follow follow ni Syahir je la," ujarnya malas. Itu bukan kelebihan dia.

Haziq mengetuk kepala syahir,"alah buat je la, belajar, dia budak lagi tu, tapi aku tak tahu kalah dia kuat,"

Fattah mengangguk,"nanti aku cari maklumat pasal dia, tapi kau kena follow dia kalau tak aku bunuh kau," ujarnya pada Alvin.

"Bayar minyak kereta,cau," terus Alvin meninggalkan tempat itu.

Haziq hanya memerhati,kemudian matanya beralih memandang  Qaseh yang masih tercegat disitu."apa dah jadi?"

"Saya sengaja ugut dia bunuh saya,"

"Kau gila! Ke apa!" Tengking Haziq.

Qaseh tersentak.

"Nak mati?! Nak mati ke?!"

"jangan jadi gila!"

"Main ugut ugut kenapa?"

Qaseh diam.

"Haih,"

"Fikir sikit Qaseh kau bawa nyawa! Sedar sikit! Ya allah kalau betul betul dia bunuh kau tadi, Aku macam mana?!" Tengking Haziq.

Qaseh ternangis disitu."saya, saya benci awak," terus dia berlalu menuju ke ara lif, tidak mahu naik tangga.

Fattah memegang bahu Haziq,"apa kau dah buat Haziq, dia tu mengandung, emosi perempuan ni tak stabil," ujarnya perlahan bagi menyedarkan Haziq. Haziq hanya diam, terus dia tinggalkan Haziq disitu... Haziq juga berlalu pergi menuju ke atas.

Pintu bilik dibuka, dipandang sekeliling, "qaseh?"

Kosong, Qaseh tiada dalam bilik ni, dia meraup wajahnya, apa yang aku sudah buat..

Terus dia duduk di balkoni luar, menenangkan fikiran.

Qaseh tersedu sedan menangis di dalam bilik yang berada di tingkat atas sekali,di tingkat tiga. Bilik tetamu, di hadapannya bilik khas untuk Alvin. Dia mengusap perlahan perutnya yang kian membulat itu.

"Sayang, daddy marah mommy," ujarnya sedih.

"Saya.. saya minta maaf haziq,"

"Saya lupa,"

"Saya bawa nyawa,"

"Saya lupa,"

"Saya lupa,"

"Nak mati?! Nak mati ke?!"

"Fikir sikit Qaseh kau bawa nyawa! Sedar sikit! Ya allah kalau betul betul dia bunuh kau tadi, Aku macam mana?!"

"Maafkan mommy sayang, mommy lupa,"

"Sayang teman mommy tidur sini ya,"

"Maafkan mommy ya, maaf ya,"

Selimut ditarik dan terus melelapkan mata, air mata yang mengalir dibiarkan. Sedih, kecewa, dengan sikapnya sendiri. Jiwanya mudah terusik, Pertama kali,dia dimarahi oleh suaminya, pertama kali ditengking, kena marah dengan sikap sendiri, sedih..



MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now