bab 7

17.6K 882 15
                                    

"Mana diorang tak sampai sampai lagi ni?" Rungut Alvin, air yang dipesannya juga dah nak habis.

"Tulah, berjam dah aku tunggu sini," Farid mengibas ngibas kolar bajunya. Rayband yang dipakainya juga ditanggalkan.

"Korang ni, baru je 10 minit, relaksla," Daiyan menjulingkan matanya ke atas. Putera lilin betul.

"Hah tu, sampai pun, tengok muka diorang macam tak pernah buat salah je," Farid  mencuit lengan Alvin,mereka memandang sekumpulan lelaki yang menuju ke arahnya.

Salah seorang daripada mereka menyapa "wassup bro, lama tunggu? Sorry boss aku ni ha, lambat sangat," kata Fattah terus dia mengambil tempat duduk, Haziq yang disebelahnya hanya menjeling.

"Sorry eh," kata Luqman pula.Syahir juga turut sama. Masing masing sudah duduk dan mengambil order,

Alvin menjulingkan natanya ke atas"Yela, aku maafkan, harini je aku baik, esok lusa aku jahat balik,"

"Hah, mana boss kau? Aku nak tengok juga," Kata Luqman teruja. Dia meletakkan kunci keretanya di atas meja.

"Sekejap lagi, dia kata makan dulu, dia nak pergi jumpa musuh dia,"ujar Daiyan tanpa memandang ke arah lelaki lelaki tersebut, ralit bermain telefon.

Air yang dihirup Farid itu terus tersembur terkena muka Syahir."Woi!" Jerit Syahir, habis hilang kemachoannya itu.

"Hehe sorry," Ucap Farid, "oi daiyan, kau cakap boss gi jumpa musuh?"

"Iya la, jumpa musuh biar dia settlekan sendiri dia kata,"  sudah kenal.perangai qaseh itu.

Luqman yang mendengar itu sudah terkejut."kuat sangat boss kau tu, cuba lawan dengan haziq ni, siapa menang?" Katanya sinis.

"Malas aku," kata Haziq sepatah tanpa memandang yang lain, matanya ralit memandang skrin telefon.

"Fuh panasnya, hai everyone sorry lambat," sapa Qaseh dari belakang, dengan berpakaian jubah hitam,  serta kaca mata hitam itu membuatkan yang lain tidak mengecam siapa gadis itu kecuali Daiyan. Rambutnya juga membuatkan Daiyan terpukau, style baru, blonde.

"Weh meh duduk sebelah aku," pelawa Daiyan, yang lain masih terkejut.

Qaseh teragak agak mahu duduk di situ, dia tidak kisah duduk di sebelah Daiyan tetapi sebelah kirinya Haziq? Aduhai.

Dengan muka yang menahan malu, dia duduk juga di situ. Handbag yang dipakainya diletakkan di atas meja. Kaca mata masih lagi dipakai. Dia memandang wajah yang berada di sekeliling nya. Dia tersenyum sinis.

"Kau siapa? Jual madu? Maaf aku dah banyak madu kat rumah ni," kata Fattah selamba.

"Haah, ke takda tempat kosong? Tapi kat situ ada meja kosong, gi la duduk sana," kata Luqman pula.

Alvin dan Farid sudah menahan tawa, termasuk daiyan.Haziq yang duduk di sebelahnya sudah gerun, aku yang mafia ni takut jugak...

"Hai," sapa Qaseh. Tangan kanannya dilambai ke arah jejaka jejaka tersebut.

"Eh dia dah kahwin la, aku baru nak try," kata Syahir kepada Fattah berbisik. Kelihatan cincin geburtsstein terletak elok di jari manisnya.

"Dah kahwin eh?" Soal Fattah kuat kepada Qaseh, Qaseh pula mengetap gigi, geramnya dengan perangai budak ni.

Dia menahan sabar, "tak la, saja barang kemas,"

Daiyan membisik sesuatu kepada   Qaseh, "cepatla, aku dah tak sabar nak tengok muka cuak ni,"

Qaseh hanya tersenyum mendengar. Kaca mata yang dipakainya terus diletakkan di atas meja. Semua yang berada disitu sekali lagi terkejut. "Kau? Qaseh ? Buat apa kat sini?" Soal Luqman.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now