bab 17

15.3K 733 18
                                    

Haziq mencari kelibat Qaseh, tiada. Puas dia mencari di pantri, tandas serta bilik dimana qaseh menembak tadi. Coatnya ditanggalkan, butang tas nya juga dibuka, tali leher dilonggarkan.

Dia terus duduk di tempatnya itu.dia memikirkan cara, yang lain sudah pun balik termasuk staff staff nya. Sudah menjadi kebiasaan jika dia tidur disini.

Tiba tiba dia teringat akan ada lagi sebuah bilik dimana tempatnya selalu berehat. Kakinya terus melangkah ke bilik itu, tombol itu dipulas. Terus susuk tubuh Qaseh yang tidur di atas katil itu. Dia menggeleng perlahan. Pintu bilik itu ditutup, kakinya mengatur langkah menuju ke arah Qaseh.

Dia membuka baju nya dan disangkut ke belakang pintu, terus dia merebahkan badannya ke atas katil. Tangannya diletakkan di atas dahi. Mata dipejam. Qaseh yang terasa tidurnya terganggu itu terus membuka mata, dia memandang sekeliling. Baru dia ingat bahawa dia tertidur di dalam bilik ini.

Kemudian matanya terus membulat apabila melihat susuk tubuh Haziq yang tidak berbaju itu berada di sebelahnya. Macam mana dia masuk ni?

"Ha..ziq?" Tegurnya bagi memastikan itu benar benar Haziq.

Haziq membuka mata, terus dia duduk, kepalanya disandarkan di kepala katil."tak solat zohor dengan asar?" Soalnya.

Qaseh menggeleng tidak bersalah."saya tak boleh solat,"

Haziq mengangguk faham,"tidur sini je lah, selesa kan? Aku nak pergi mandi sekejap," terus Haziq masuk ke dalam bilik airnya itu.

Qaseh hanya memandang, kemudian dia memandang ke arah bantal, time to sleep! Terus dia memeluk bantalnya itu.

Lima belas minit kemudian, Haziq keluar dari bilik air hanya memakai bathrobe. Dia memandang Qaseh. Ish tidur lagi, mandi tak mau.

Dia menerpa ke arah Qaseh, bahu gadis itu digoyang perlahan. Qaseh mencelikan matanya memandang Haziq, dia terus terduduk tatkala melihat Haziq yang hanya memakai bathrobe. " Qaseh, bangun pergi mandi,"

Qaseh mengangguk, dengan mamai, terus dia menuju ke arah bilik air. Haziq hanya menggeleng, terus dia keluar darj bilik itu dan menuju ke officenya hanya dengan memakai bathrobe, tiada staff pada waktu malam.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi roda itu, pen diambil dan membuat kerja, Haziq dengan kerja berpisah tiada.

Qaseh yang baharu sahaja keluar daripada bilik air itu terus mencari kelibat Haziq. Tuala itu diletak di atas kepala menutupi rambutnya yang basah. Dia keluar daripada bilik, mencari Haziq di pejabatnya.

Lihat sahaja seperti kerusi itu bergoyang, terus dia menuju ke hadapan meja. Kerusi ditarik dan melabuhkan punggungnya disitu. Dia menongkat dagu memandang Haziq.
Suaminya begitu handsome.

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Haziq tanpa memandang me arah Qaseh.

Qaseh mencebik"salah ke?" Soalnya geram.

Haziq hanya hiraukan kata kata Qaseh. Kini mereka berdua diam,tiada sebarang patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka.

"Haziq..." Qaseh mengetuk meja Haziq.Haziq memandang Qaseh dan keningnya diangkat.

"Jom, pergi pantri, saya lapar, dari tengahari tadi saya tak makan," adunya.

Haziq sekilas memandang jam, sudah pukul sepuluh malam. Kebiasaannya ada lagi beberapa orang yang masih belum balik.

"Jom,"

Qaseh sudah tersenyum lebar.Dia berjalan bersebelahan dengan Haziq. Lengan suaminya dirangkul. haziq hanya membiarkan. Sudah halal bukan?

"Gelapnya, guard ni pun dah tahu kita tidur sini...."

"Senyap, jangan banyak cakap," Ujar Haziq. qaseh menjeling.

"Nak air apa? Saya buatkan," Qaseh mengambil dua gelas mug yang berada di atas kabinet itu. Dia memandang sekilas Haziq yang melihat pemandangan di luar melalui tingkap itu.

"Just milo, kalau coffee nanti tak boleh tidur,"

"Okay,"

Qaseh membancuh air dan dikacau. Kemudian dia meletakkan dua mug itu di atas dulang, tidak lupa, beberapa keping biskut juga diambil dan diletakkan di dalam piring.

"Dah jom, kita makan ni je kan? Ada maggi tu kalau nak,"

Haziq menggeleng tanda tidak mahu.sambil berjalan, Haziq menghirup air sikit demi sedikit.

Qaseh terhenti, dia memandang susuk tubuh seseorang yang sedang menuju ke arahnya."Haziq, jap tengok tu siapa?"

Haziq menoleh, keningnya diangkat,"setan tu dah jom," Haziq menarik Qaseh masuk ke bilik pejabatnya.

Qaseh terpinga pinga, setan? Uiseh?.

Gerangan lelaki itu terus masuk ke dalam bilik pejabat Haziq, di tangannya sudah ada dua bungkus nasi goreng.

"Yow,"

Haziq menayang senyuman hambar,"thanks bro,"

Luqman mengangguk, "welcome, makan eh,aku nak ambik barang dekat bawah, daa," terus Luqman pergi meninggalkan bilik tersebut.

Qaseh melambai,"baiknya Luqman," terus dia memgambil tempat duduk di hadapan Haziq. Haziq menjeling. Kena suruh, bukannya rela sangat si Luqman tu.

"Sedapnyaaaaa,"

Haziq menjongket keningnya,"habiskan eh, taknak membazir,"

Qaseh mengangguk, nasi goreng ayam memang kegemarannya, hanya nasi goreng ini sahaja yang dia makan dari kecil sampailah ke besar.

"Erk," terus Qaseh menutup mulutnya, dia menampar sedikit, tak tahu malu langsung la kau.

Haziq mengangkat muka,"seriously qaseh? First time aku dengar kau sendawa ni," tergelak Haziq dibuatnya.

Qaseh sudah menahan malu, aduhai.

********

Bunyi jam daripada telefon Qaseh itu menyentakkan tidur Qaseh.Tangan kanannya mencapai telefon yang berada di atas meja.

Baru sahaja dia ingin bangun, sudah terasa berat di bahagian perutnya. Dia memandang ke bawah, tangan Haziq yang sedang memeluknya. Qaseh kembali baring menghadap Haziq.

Handsome betul suami aku ni, tidur, rambut pula serabai, aduh.

Qaseh mengusap perlahan pipi dan lengan Haziq. Rambut yang serabai itu juga dimainkan.

Haziq hanya membiarkan, dia sudah lama terjaga sejak bunyi jam itu lagi, tetapi dia sengaja melelapkan mata.

"Saya dah mula sayangkan awak haziq," ucap Qaseh tanpa sedar. Dan terus Haziq membuka mata.dia menayang senyuman nakal.

"Apa dia?" Sengaja menyakat Qaseh.

Qaseh tersentak, terus dia melelapkan mata.tangannya juga dimasukkan semula ke dalam cormforter.

Haziq hanya menayanh senyuman."dah, tak payah nak tidur balik, pergi mandi,teman aku solat," terus Haziq turun daripada katil dan menuju ke bilik air.

Qaseh mencelikkan matanya semula.fuh nasib baik. Dia juga turut turun daripada katil itu, sejadah di ambil dan dibentangkan menghadap kiblat.

Usai itu, dia menuju ke arah tingkap, tingkap dibuka, baru pukul enam pagi, sudah banyak kenderaan di atas jalan raya. Angin pagi amat menenangkan jiwanya.

Dia menoleh kebelakang, terlihat Haziq sudah tahiyat akhir. Lama betul dia merenung ke luar. Terus kakinya melangkah menuju ke katil. Punggungnya dilabuhkan.

"Amin,"

Dengar sahaja perkataan itu, Qaseh terus duduk di belakang Haziq. Bahu lelaki itu dicuit. Haziq menoleh. Qaseh menghulurkan tangan untuk menyalam. Haziq tersenyum. Dia juga menghulurkan tangannya.

"Sorry, saya tak dapat nak jadi makmum awak harini," ujar Qaseh. Sejadah yang dipakai oleh Haziq sebentar tadi dilipat semula.

Haziq menggeleng,"takpa,"..Terus kembali baring semula di atas katil, tidak perlu tergesa gesa kerana officenya hanya berada di sebelah.



MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now