bab 6

18K 868 7
                                    

"Nenek,maira pergi kerja dulu tau, nenek jaga diri, makan minum apa semua eh," nasihat Qaseh kepada Nek ti. Nek ti tergelak mendengar nasihat cucu nya itu.

"Ye nenek tahu jaga diri nenek, kamu tu yang kena jaga diri, elok elok semalam baru keluar dari hospital, terus harini nak pergi kerja," kata Nek ti.

Qaseh hanya tersengih tidak bersalah,"Okay la nek, maira pergi dulu ya,Assalamualaikum," kata Qaseh sebelum dirinya memasuki kereta Myvi itu.

Terus kereta itu pergi meninggalkan kawasan kampung itu.Nek ti terus masuk ke dalam.

°°°

"Mana parking ni? Orang orang kat sini tak tinggalkan tempat untuk aku ke apa," omel Qaseh bersedirian. Akhirnya dia terpaksa memarkir kereta di hujung bangunan itu. Terus dia keluar dan mengunci pintu, langkahnya diaturkan menuju ke kedainya. Rindu...

Dengan langkah kanan, dia masuk ke dalam kedai itu. Berhabuk, terus dia mengemas. Haih daiyan datang sini bukannya nak kemas haih,..

Lengan bajunya disising, kemudian, dia mengambil mop dan mengemop seluruh lantai supaya kilat dan wangi.Selepas itu, dia mengelap cermin pintu dengan bersih. Setelah selesai mengemas, lengan baju dibetulkan semula, dan papan close sudah ditukar kepada open.

Akhirnya, dia juga dapat duduk, haih penatnyaa..sesekali dia tenang berada di kedainya ini, penuh dengan bauan bedak baby, baju baby, dan keperluan lain. Ya, qaseh Humaira membuka kedai newborn baby, kerana qaseh suka baby.

KLING !

Bunyi loceng pada pintu menandakan ada orang masuk.
Qaseh hanya menjenguk sedikit, kelihatan seorang lelaki dengan berpakaian hitam.

Lelaki itu sedang mencari sesuatu.qaseh pula ingin mengenal pasti siapa pelanggannya itu, seakan pernah nampak.

Kemudian, lelaki itu terus datang ke arah Qaseh untuk membuat pembayaran.

"Qaseh, kau kan Qaseh yang accident masa tu?" Soal lelaki tersebut.

Qaseh terkejut.kemudian dia mengangguk" haah saya, kenapa ya encik? Encik ni siapa ya ?" Soal Qaseh berani, dari mana datang keberanian itu? Tentulah dia seorang mafia juga.

"Haih, seriousla kau dah tak kenal aku ni qaseh? Aku luqman kot," dia meletakkan barangnya di atas kaunter. Rayband yang dipakainya diletakkan di atas kepala.

"Oh, hehe sorry lupa," kata Qaseh, tangannya lincah membuat kerja.

"Oh ni kerja kau?" Soal Luqman.

"Ya, ni kerja saya,"

Dalam diam, Luqman sudah menarik senyuman sinis, kini dia sudah tahu pekerjaan Qaseh, kerana di dalam maklumat tersebut, ia tidak memberitahu bahawa Qaseh bekerja atau tidak.

"Okay, semua sekali rm 35,"Qaseh menghulurkan beg plastik bewarna coklat kepada Luqman.

Luqman mengambilnya dan mengeluarkan not rm 50."keep the change, semoga berjumpa lagi bye," kata Luqman, terus dia meninggalkan kedai tersebut.

Qaseh hanya angguk, rezeki,Dia menuju ke belakang kedainya,dia membuka kunci dan masuk. Pintu ditutup semula.dia menuju dimana barang-barang senjatanya berada. "Aduh, kat sini pun berhabuk," keluh Qaseh. Daiyan memang tak buat kerja ke apa ni?

Dia kembali keluar dan duduk di kaunter, memikirkan masa hadapannya. Bagaimana hidupnya dengan nenek? Akan selamatkah jika mempunyai musuh di sekeliling?

°°°

Haziq yang sedag menyemak fail itu terkejut melihat satu figura lelaki masuk ke dalam biliknya.dia kembali menyemak failnya."kau buat apa kat sini?"

Luqman yang masuk itu terus duduk di sofa yang disediakan."aku dah jumpa lagi pasal Budak Qaseh tu,"kata Luqman memandang Haziq.

"Apadia?"

"Dia kerja dekat kedai baby, yang sebelah kedai makan tu,"kata Luqman,badannya disandarkan ke belakang.

"Kau pergi cakap dekat fattah je la, suruh dia isikan," kata Haziq.

Luqman hanya menggumam perlahan, seketika kemudian, Fattah masuk ke dalam bilik Haziq. Dia terus duduk di sebelah Luqman. Kunci dan telefon diletakkan di atas meja.

"Bosannya la," kata Fattah, dia tidak tahu ingin membuat apa,jadi dia membuat keputusan untuk datang ke sini.

"Fat, kita ada maklumat tambahan pasal girl tu," kata Haziq dingin.

"Hah? Apa maklumat tambahan dia?" Soal fattah pelik.

"Dia kerja dekat kedai baby," kata luqman dengan mata yang pejam.

"Hah? Kau tahu mana dia kerja kat situ?" Soalnya lagi

"Aku beli barang baby kat situ, tak tahu la pula yang Qaseh kerja situ, tapi aku rasa sebelum ni daiyan yang kerja situ," kata Luqman, dia pula naik pelik.

"Sejak bila pula kau ada baby ni luq?"

"Anak buah aku,"

"Aku rasa ada something besar yang kita tak tahu, and sekarang aku nak tau,"kata Fattah, dia mengurut pelipisnya.

"Ke dia Mafia?" Ayat yang keluar dari mulut Luqman itu membuatkan Haziq dan Fattah terdiam, mafia?mana mungkin.

"Asal kau cakap macamtu?" Soal haziq, kini dia menuju ke tempat di mana dua orang itu berada.

"Entah, aku pelik sebab nak cari maklumat orang ni senang je, tapi bila turn qaseh ni susah, so aku rasa dia mafia, tapi dalam diam, lepastu korang ingat tak masa dia kena ragut tu, mata dia hijau? Tapi bila dia dah duduk hospital, mata dia coklat balik kan?" Panjang lebar Fattah menerangnya.

"Ey, tu contact lens la bongok," kata luqman, dia menyiku kepala Fattah.

"Sakitlah bodoh, memang la tu contact lens, mungkin dia taknak orang tahu yang dia tu mafia," kata Fattah, dia mengusap rambutnya semula, habis kusut!

"Aku pun rasa macam tu,aku rasa aku nak jumpa nenek dia la," kata Haziq, kini Luqman dan Fattah pula terkejut.

"Kenapa pulak?" Soal Luqman.

"Entah, kenapa masa dia dalam hospital tu takde parent dia? Only her grandmother,"

"Tu mak dia lakot," kata Fattah lagi, dan sekali lagi dia disiku tetapi haziq yang menyikunya.

"Otak kau la tu mak dia, dia panggil nenek nenek tu, mak dia juga?" Soal Haziq geram.

"Yela yela , kita cakap pasal ni, mana Syahir?" Soal Fattah.

"Dia busy, dia baru balik dari aus," kata Haziq.

"Buat apa?" Soal Luqman.

"Kerja la alahai kau ni," kata Haziq. Malas mahu melayan dua ekor ni, terus dia menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

°°°

"Assalamualaikum,daiyan!" Laung Qaseh apabila dia tiba di markas itu.

"Waalaikumussalam, kau dah kenapa terjerit panggil aku?" Soal Daiyan pelik,

"Kau jaga kedai tu jeke ? Tak kemas? Berhabuk tau tak,"luah Qaseh, dia duduk di atas sofa tersebut.

Daiyan turut duduk."aku kemas la cuma tak la kemas sangat, by the way, aku nak cakap sikit ni," kata daiyan berbisik.

"Kenapa?" Qaseh juga turut berbisik.

"Aku rasa geng black tu dah kenal kau la, kau gi je la kenal ngan diorang, diorang tu baik,"

Qaseh terkejut," kau dah kenapa suruh aku kenalkan diri dekat diorang?"

"Biarla, dia dah kenal aku, farid dengan alvin lama dah, semenjak kau dekat oversea, mungkin sekarang kau kena cakap kat diorang siapa kau sebenarnya,"

"Urm,ikut kau la,tapi kau fikir tak apa yang akan terjadi kalau aku bagitahu identiti aku kat semuaorang?" Soal Qaseh, dia sedikit gugup.

"Weh diorang je bukan dengan manusia lain," ujar Daiyan.

"Nanti lah aku fikir," kata Qaseh, terus dia meninggalkan Daiyan di ruang tamu.

----------
Next
-----------

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now