bab 19

15.4K 649 57
                                    

"Haziq..." Panggil Qaseh, dia menarik tangan Haziq untuk berada di sebelahnya. Haziq mengangkat kening.

"Saya nak awak tunaikan satu permintaan ni boleh?" Soalnya, dia memandang ke bawah, takut untuk bertentangan mata dengan Haziq.

Haziq memegang dagu Qaseh supaya memandang nya."nak apa? Baby? Hmm?" Soalnya nakal.

Qaseh menepis tangan Haziq,"apa kesitu pula, saya nak kita duduk rumah nenek, boleh?"

Haziq tersenyum, "boleh sayang,"

Qaseh tersentak, dia memandang Haziq,"sa...yang?"

Haziq mengangkat kening,"ya nak apa?"

Qaseh tergelak,"ada ada je awak ni, boleh ya kita duduk rumah Nenek buat sementara waktu? Nenek tak sihat, nenek tak aktif macam dulu dah," ujarnya sayu.

Haziq memandang ke atas, memejamkan mata buat seketika. Qaseh yang melihat Haziq yang sedang memandang ke atas itu mengeluh,"takpa lah kalau awak tak bagi, saya...-"

"Boleh, aku bawak yang lain sekali, cuti seminggu je tau duduk rumah nenek,"..

terus Qaseh memeluk Haziq."Thank you, Thank youuuu," ucapnya.

Haziq hanya mengusap belakang badannya.

Pelukan dileraikan, "awak nak ajak siapa?"

Haziq menayangkan senyuman sinis.

******

"Besar gila beg kau!"

"Tiga beg kau bawa?"

"Aku satu baju cukup kot,"

"Woi korang, kita duduk rumah nenek qaseh seminggu, dalam Malaysia,bukannya luar negara.. agak agak la nak bawa beg banyak banyak pun," Laung Fattah.

Syahir, Luqman dan Alvin berpadangan. Masing masing ketawa dengan kuat.

"Bisingla, jom," kata Haziq yang baru sahaja turun dan menuju ke pintu utama, Qaseh juga mengikutnya.

"Yeay! Akhirnya aku bebas daripada kertas yang dipenuhi dakwat pen!" Jerit syahir tidak ubah seperti orang gila.

"Senyapla bodoh", Fattah mengetuk kepala Syahir. Malangnya, Syahir tidak menunjukkan sebarang reaksi, malah hanya masuk ke dalam kereta Alphard, cukup sebuah kereta sahaja. Jika naik sendiri, dicop ada majlis pula di rumah nenek.

"Masuk la cepat kau joget apa lagi kat luar tu?" Geram Haziq melihat Luqman dan Syahir yang sedang menggoyangkan telefonnya.

"Jap weh, aku tengah buat tarian yang viral dalam tiktok tu,okay siap," ujarnya.Yang lain hanya menjadi penonton.

"Jadi!" Jerit Luqman gembira. Qaseh yang hanya melihat itu terus menepuk peha Haziq.

"Anak buah awak memang macam tu ke?" Soalnya tanpa bersalah.

"Tula, jadi lah macam aku, anak buah Qaseh baik," puji Alvin sendiri.

"Entah, salah makan ubat tu," ujar Haziq selamba. Dia memandang ke arah Drivernya itu, kasihan, penat menunggu, tanpa membuang masa, dia terus keluar dan menuju ke arah Syahir dan  Luqman, telinga mereka ditariknya."masuk sekarang! Berapa lama lagi?!"

"Woi, sakit gila,"

********

"Waalaikumussalam,allahuakhbar, ramainya balik, meriah ya umah nenek harini, jemput masuk ya semua," Ujar Nekti. Dia menggapai tangan Qaseh.

"Dah jom la masuk, aku nak sambung tidur," kata Fattah perlahan, terus dia masuk. Alvin juga mengikutnya.

"Tak sabarnya nak makan masakan kampung!" Jerit Syahir, Luqman mengangguk setuju.

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now