bab 45 ( akhir )

21K 636 45
                                    

BANG !

"Jangan.. jangan dekat!" Jerit Zack. Haziq memandang Syahir, dia menggeleng, Syahir mengangguk, dia kembali berdiri ke tempat asalnya.

"Jangan dekat! Kalau taknak dia mati!" Jeritnya lagi.

"Aku benci dengar suara dia.." perlahan suara Fattah.

"Bila nak habis?" Ujar Luqman juga perlahan.

Zack mengerutkan dahi melihat percakapan dua orang lelaki itu,"borak apa!"

"Jom la lepak dulu," ujar Syahir, dia memandang Zack,"nak? Jom aku belanja,"

Zack menggeleng,"aku tak gila lagi!"

Arif mula geram, pistol yang berada di tangan Zack dirampas daripada belakang.

Zack pusing,"kau.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sudah ada yang terlekat pada pipinya.

"Rasakan ha!" Jerit Syahir, puas dia menyepak pipi Zack. Qaseh hampir jatuh.

Cepat cepat Haziq menangkap Qaseh,pipi isterinya ditepuk,"bangun sayang, sayang bangun," tidak ada gerak balas.

"Bawak dia masuk dalam kereta,"arah Luqman, Haziq mengangguk,dia mencempung badan Qaseh dan dibawa masuk ke dalam kereta. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, Qaseh sudah memegang pipinya,"awak..."

Haziq memandang," Qaseh? Kau okey? " Dia cuba membuka pintu, sukar kerana kedua dua tangannya memegang Qaseh. Qaseh mengangguk,"okay," air matanya mula mengalir.

Akhirnya pintu itu dapat dibuka, dia meletakkan Qaseh di bahagian penumpang dihadapan,pintu itu ditutup,"kejap, jangan pergi mana mana," Haziq kembali menuju ke tempat tadi.

Bahu Fattah dipegang,"aku nak dia mati, aku pergi dulu," ujar Haziq.

Fattah menahan bahu Haziq,"nah kunci kereta," dia menghulurkan kunci kereta kepada Haziq, Haziq menyambut,"terima kasih," sekilas dia memandang Zack yang teruk dipukul oleh anak buahnya itu. Dia faham mengapa mereka tidak guna pistol.

Pintu kereta dibuka, dia memandang Qaseh yang sedang memandang ke arahnya, Kening Haziq terangkat, "okay?" Dia memanaskan enjin kereta.

Qaseh menggeleng,"saya, terkencing ke ni?" Ujarnya sedih, dia memandang kainnya yang basah. Haziq memandang ke bawah.

"Nekti ada dekat kereta tu, nak panggil?" Soalnya, dia juga pelik, air apa itu. Qaseh mengangguk, dia keluar dan menuju ke kereta Syahir,"nenek," Haziq mengetuk cermin

Nekti cepat cepat menurunkan cermin kereta,"nak apa cu? Qaseh selamat?"

Haziq Mengangguk,"Qaseh selamat, tapi, ada air ke...-"

"Bawa dia ke hospital cepat!" Jerit Nekti di telinga Haziq. Haziq mengangguk faham, terus dia masuk ke dalam kereta itu semula dan memandang Qaseh,"kita ke hospital," ujar Haziq, terus keretanya meninggalkan tempat itu.

Dia memandang Qaseh,"tak sakit ke?"

Qaseh menggeleng,"tak, saya tak rasa," ujarnya tenang, dia kembali lega apabila dia kembali ke pangkuan suaminya.

*******

"Nurse! Nurse! Isteri saya nurse," Haziq memanggil beberapa nurse di dalam hospital itu. Nurse tersebut terus menuju ke arah Haziq,

"Ya cik?"

"Isteri saya, dalam kereta," itu sahaja Haziq berkata.

Nurse itu faham dan terus membuka pintu kereta,"puan, puan nak bersalin ni puan!" Jerit nurse itu.

Dia mengambil wheelchair dan mengangkat Qaseh, Qaseh terasa kesakitan di bahagian bawah.

"Awak.. sakit.." adunya pada Haziq. Haziq mula cemas,"sabar ya sabar,"

Sampai sahaja di tingkat empat, Haziq sudah tidak dibenarkan masuk,"Cik, sila tunggu di luar ya," ujar doktor itu.

Haziq mengangguk lemah, dia terduduk lemah di tepi dinding itu, dia meraup wajahnya, mengapa harus jadi begini.

********

"Bro.." Fattah terus menepuk bahu Haziq yang sedang memeluk lutut itu.

Haziq mengangkat muka,terus Fattaj dipeluknya,"Qaseh.. qaseh dalam tu," ujarnya lirih.

Fattah mengusap belakang badan Haziq,"doa yang baik baik, dia akan okay, dia kan kuat?" Dia memberi kata kata semangat kepada Haziq.

Haziq mengangguk, dia mengesat air matanya.Dia memandang sekeliling,"semua dah makan?"

Luqman menggeleng,"belum, kitaorang lepas je buli Zack tadi, terus datang sini, Nekti pun Syahir hantar dia balik semula, tengok muka dia penat," ujarnya. Haziq memandang, baru dia perasan Syahir dan Nekti tiada. Dia mengangguk.

"Kau dah makan?" Soalan Alvin dituju kepada Haziq. Haziq menggeleng,"belum, aku tung...-"

Terhenti ayat Haziq apabila melihat doktor yang baru sahaja keluar dari bilik itu, terus Haziq berdiri."is..isteri saya?"

Doktor itu tersenyum,"isteri dan anak anak cik alhamdulillah, selamat," ujar Doktor itu, dia tersenyum melihat lelaki yang bergelar bapa ini seperti keliru.

"Cik tak tahu ya?"

Haziq lagi mengerutkan dahi,"tak tahu apa?"

Doktor itu tergelak,"kalau cik nak tahu, cik masuk la, saya minta diri dulu," ujar Doktor itu. Haziq mengangguk, dia tetap tidak tahu, apa?

Fattah menepuk bahu Haziq,"kau pergi dulu, aku pergi cari makanan dengan yang lain, nanti aku bawa buah tangan," ujar Fattah terus mereka beredar dari situ.

Haziq tersenyum,dengan lafaz bismillah dia masuk ke dalam bilik itu.Dia memandang Qaseh,"hai sayang," dia mencium dahi Qaseh. Qaseh tersenyum, dia memegang pipi Haziq,"saya.. saya berjaya," katanya sambil mengalirkan air mata.

Haziq juga begitu, dia mengangguk, kemudian dia memandang baby yang berada di tempatnya. Terus kakinya menuju ke situ,baby itu dipegang,"comelnya," dia memegang pipi baby itu dengan perlahan.

"Haziq.." Qaseh memanggil,Haziq mengangkat muka,"ya?"

"Twins,"

Haziq seakan tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Qaseh,"twins?"

Qaseh senyum dan mengangguk,"ni," dia menujukkan lagi seorang di belah kirinya, mungkin Haziq tidak perasan. Haziq senyum,"alhamdulillah.."

"Nama apa?" Soal Haziq teruja.

"Saya bagi yang ini, awak bagi yang tu tau," ujar Qaseh.

Haziq Mengangguk.

"Iman Ariyana,"

"Iman Zahra,"

"Comelnya namaa," Qaseh senyum. Baby yang berada di tempatnya itu diambil dan dicium beberapa kali.

"Wangi,"

"Bagi abang azankan baby baby dulu ya,"pinta Haziq, Qaseh mengangguk, alhamdulillah, hidupnya terus berubah dengan kehadiran dua cahaya mata, dua dua perempuan, panggilannya dengan Haziq sudah pun bertukar, tiada lagi kau aku, dia terharu, air matanya tidak henti mengalir,hidupnya lengkap.

Ya allah, terima kasih..


~T A M A T~




Yeay yeay habis.. berat hati saya nak tinggalkan cerita ni HAHAHAH, cerita ni dah habis tau..

Jom

Nak special chapter? Or taknak? Kalau mak comment banyak banyak tau.. saya akan buat..

Cerita ni dah habis, saya tak sangka huhu, penat saya cari idea, walaupun saya rasa tak best, tapi saya happy sebab story ni ada sambutan huhu happy gilosssss

So saya nak tanya la.. hehe korang dalam cerita ni, minat siapa ek? HAHAHA mana la tau kan korang ada minat sapa sapa.. dalam watak ni.

Bila dah habis, akan ada cerita baru, lagi best tau hehe, saya buat ayat simple simple je hehe, nanti jemput baca " My Sweet Love "

Byeeeeee

Terima kasih ❤️ i is terharuuuuuu

MY HUSBAND IS MAFIA ( C )Where stories live. Discover now