Bab 24

5.9K 60 20
                                    

*Armaya pov

        Aku masih dibelenggu dengan rasa bersalah.Apa yang telah aku lakukan pada abang harriz,sangat kejam dan tidak patut dilakukan.Aku amat menyesali perbuatanku.Namun,bila difikirkan semula,ada baiknya juga dia tahu kebenaran dari mulutku sendiri.Apa boleh buat,dah memang betul aku tak cintakan dia.Aku hanya menganggap dia sebagai abang sahaja tidak lebih dari itu.Hati Princess Armaya hanya untuk Prince Sulaiman,aku mengeluh kecil.

      Sudah 5 minit berlalu sejak ketiadaan abang harriz tadi.Kelihatan mama masih lagi duduk termenung di atas sofa.Hal ini membuatkan rasa bersalahku semakin membuak.Pastinya mama sekarang sedang bersedih memikirkan soal anak lelakinya yang telah dikhianati.Aku memberanikan diri mendekatinya.

"Mama..",tegurku perlahan.

Lamunan mama terhenti,dia mendongak kepala memandang aku.Aku hanya tunduk memandang lantai,sejujurnya aku takut dimarahi oleh mamaku.

"Mama...maya minta maaf,maya tahu maya salah..maya jahat,maya tak sedar di untung..maya...",belum sempat aku menghabiskan kata kataku,mama telah memotongnya.

"Ishh,apa yang maya merepek ni? Apa yang tak sedar di untungnya? Maya tu anak perempuan mama..mama sayangkan maya..semua ni bukan salah maya pun sayang,benda dah jadi nak buat macam mana..",balasnya.

Aku masih menunduk menunjukkan riak wajah yang bersalah.

"Sayang...dah jomlah,kita nak gerak pergi rumah Sulaiman ni.",ujar mama.

Ha?? Pergi rumah Sulaiman? Biar betul? Aku fiikirkan harini tak jadi pergi? Ye lah sebab hal abang harriz tadi. Hmm mulia betul hati mama,tak pernah berat sebelah kepada anaknya dan sentiasa adil walaupun aku hanya anak angkat.

"Armaya??",teguran mama menghentikann lamunanku seketika.

"Ehh umm..jom..",balasku.

*******

*Nurul jasmin pov

      Aku membuka purse berwarna purple milikku.Tiada satu sen pun duit di dalamnya.Aku mengeluh kecil.

Apa yang harus aku lakukan? Sudah 2 hari aku tidak menjamah walaupun sebutir nasi.Mahu cari kerja pun susah,kebanyakkan orang kampung disini tidak mahu menerima aku kerja selepas kejadian aku mencekik Armaya pada zaman aku gila akan Harriz dulu.Haish,bila difikirkan semula,memalukan betul zaman tu.Kalau boleh diputarkan masa,aku tidak mahu lakukan semua itu.Tengok,sekarang ni semua orang pandang aku seperti perempuan murahan.Sekali lagi aku mengeluh kecil.

Oh ya,sejak kejadian aku ceroboh masuk sekolah Armaya dan Harriz semata mata untuk memberi amaran kepada Armaya untuk tidak mendekati Harriz dan ditangkap oleh guru disiplin di sana,mama telah membuat keputusan untuk menghantar aku duduk di kampung bersama dengan nenek.Walau beribu kali ampun aku pinta darinya supaya aku tidak dihantar ke sana,dia tetap dengan keputusannya.Lagipun,mama memang tidak sukakan aku,bagi dia,anak perempuan langsung tidak berguna.Dia hanya menyayangi adik lelaki ku,Fayyaz.Dari kecil,aku sering diabaikan dan kurang perhatian,mungkin disebabkan ini perangai nakalku menjadi jadi?

"Assalamualaikummm",kedengaran suara tua memberi salam.

Aku berjalan keluar dari bilikku,pintu kayu aku buka untuk melihat siapakah gerangan manusia itu.

"Waalaikumussalam,nenek?! Pergi mana?! Lama jasmin cari!",soalku.

"Saje nenek jalan jalan pergi rumah nek salmah tadi,dia ada masak ketam masak lemak cili api,siap bungkuskan lagi,kamu makanlah.",ujarnya seraya mendaki tangga rumah usang itu.

My MedicineWhere stories live. Discover now