*Harriz pov
FLASHBACK SEMALAM
Aku memutuskan untuk berperang dingin dengan Armaya.Sepanjang perjalanan tadi,aku langsung tidak bercakap walaupun sepatah.Armaya juga tidak kurang hebatnya,dia langsung tidak memujuk atau meminta maaf kepadaku.Heh.Dasar ego! Tak apa..tak apa..kita tengok sejauh mana dia boleh junjung ego tu!
Aku menyisir rapi rambutku dan menyembur minyak wangi pada badanku.Pintu bilik aku buka dan langkah kaki aku atur,aku menuruni tangga dengan berhati hati.Bola mataku meliar mencari kelibat Armaya.Mana pula si Armaya ni? Takkan lah dia pula yang merajuk dengan aku sampai tak nak keluar makan?
Setibanya aku di tingkat bawah,aku melihat Armaya yang sedang menolong mama menghidangkan makanan.Haish,biasalah bakal isteri Harriz Irfan kan? Mestilah rapat dengan mama dia.hehe.
"Ehem",aku berdehem perlahan,nakkan attention lah katakan.
Armaya hanya buat tidak tahu,manakala mama pula masih sibuk menuangkan air sirap ke dalam gelas.
"Haa,Harriz.Duduklah makan.",Pelawa mama.
Aku melihat papa yang baru keluar dari bilik offisnya terus melabuhkan punggung di sebelah mama.Armaya pula duduk di menghadap mereka berdua,seperti biasa,tempat dudukku di sebelah Armaya.Aku melabuhkan punggungku di sebelahnya.
Armaya menyendukkan nasi dan lauk buatku.Aku hanya membiarkan sahaja dia membuat kerja.
"Harriz,mama nak bagitahu ni.Esok mama dan papa tak ada kat rumah tau,kami nak keluar jumpa Uncle Sharul.Ada benda yang perlu kami bincangkan.Dan mama rasa mungkin kami balik rumah lewat malam",jelas mama memecah kesunyian.
Aku yang sedang khusyuk mengunyah mengangkat kepalaku memandang tepat ke wajah mama.
"Papa tak kerja ke esok?",soalku.
"Hmm tak,sebab Uncle Shah kata dia perlu jumpa dengan papa dan mama.Perkara penting katanya.",balas papa.
Aku menelan air liur kasar,perkara penting apa yang mahu Uncle Shahrul bincangkan bersama adiknya ini?
"Kalau mama dengan papa balik lewat,nanti siapa yang jemput kami dari sekolah?",soalku.
Papa meneguk air sirap seketika sebelum menjawab pertanyaanku.
"Harriz boleh tolong jemput adik? tempah lah grab ke apa ke,alah kalau nak jalan kaki pun boleh.Rumah kita bukannya jauh sangatpun dari sekolah.",jelas papa.
Aku hanya mengangguk tanda setuju manakala Armaya membalas pertanyaan papa dengan jawapan "okay".
End flashback
Aku masih tidak berpuas hati dengan Armaya,boleh pula sepanjang malam tadi dia langsung tidak memujuk atau meminta maaf kepadaku.Tidak tahukah dia bahawa dia telah menyakiti hatiku! Sepanjang malam tadi,aku tidak dapat tidur dengan lena akibat mengenangkan hal ini! Mengapakah Armaya begitu ego?
Haishh,tak boleh jadi ni! Aku rasa Armaya pasti sudah terpengaruh dengan lelaki semalam! Hmm,siapa lelaki itu ya? Macam pernahku lihat sebelum ini.Aku pasti dia bukan lelaki bangsa Melayu,dari ukiran wajahnya,aku dapat mengagak bahawa dia orang cina.Ya,pasti orang cina! Aku mesti siasat tentang dia! Sebelum dia rampas Armaya dari aku,baik aku bertindak dengan cepat!
YOU ARE READING
My Medicine
Teen Fiction⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...