bab 22

5.6K 55 9
                                    

*Harriz pov (2 hari kemudian..)

Akhirnya,setelah 10 tahun aku menghilangkan diri,hari ini aku telah mengambil keputusan untuk bersua muka dengan kekasih hatiku,Armaya.Dia meminta aku tempoh selama 8 tahun,dan aku telah memberinya 10 tahun.Aku berharap bahawa tiada lagi rungutan tentang tempoh masa yang singkat darinya.

Hai semua,apa khabar? Sihat? Sakit? Huh.Peduli apa aku kalau kau sakit nak mati nazak sekalipun? Yang aku peduli hanyalah khabar dari cinta hatiku,Princess Armaya.Sepanjang aku tiada ni,korang jaga tak dia? Mesti tak kann? Huh,korang semua ni bukan boleh diharapkan sangat.Dasar pemalas,tahu duduk lenggang kangkung baca wattpad je,jaga Armaya tak reti!

Tapi tak apa,aku tak perlukan korang pun untuk jaga Armaya..Aku pasti,Princess Armayaku pandai jaga diri,bukan sahaja diri,malah hati..hatinya juga pasti dia pandai jaga..

Aku menyarungkan Kemeja berjenama berwarna coklat ditubuhku,rambut aku rapikan dan minyak wangi aku semburkan seperti biasa.Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buatku,aku bakal berjumpa dengan Armaya sekaligus melamarnya menjadi isteriku seperti yang dijanjikan.Aku membelek cincin berlian berwarna putih jenama pandora yang aku beli 3 tahun lalu.Masih tersimpan rapi di dalam kotak,belum ada tuan empunya lagi.Aku menyimpan kotak cincin itu ke dalam poket kemejaku.

Aku mengambil kunci kereta BMW,dompet dan telefon pintarku di atas meja seraya menyimpannya ke dalam poket seluar doraemon ajaibku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku mengambil kunci kereta BMW,dompet dan telefon pintarku di atas meja seraya menyimpannya ke dalam poket seluar doraemon ajaibku.Suis lampu dan kipas kondominum aku tutup dan pintu aku kunci.Ya,aku tinggal di kondominium mewah jauh dari tempat tinggal Uncle Shah dan 2 ekor badut tua itu.Aku mengambil keputusan untuk berpindah ke sini sebaik sahaja tamat SPM,tak mahu aku tinggal dengan Uncle Shahrul lagi,aku bukannya budak budak,aku boleh jaga diri.

Pintu lif yang menuju ke tingkat bawah sekali terbuka,aku berjalan keluar menuju ke arah tempat terletaknya keretaku.Kunci kereta aku buka,punggung aku labuhkan dan enjin aku hidupkan.Aku memandu ke arah destinasi yang ingin aku tujui.

Aku sanggup ponteng kerja hari ini semata mata untuk bertemu dengan dia,tiada siapa pun yang tahu tentang kehadiranku ini termasuk mama,papa dan Uncle Shah.Aku ingin membuat 'suprise' untuk Armaya,Korang ni pun kena bersubahat dengan aku sekali,jangan nak bagitahu Princess Armayaa aku datang nak jumpa dia harini,faham?!

********

*Armaya pov

Aku membetulkan dress hijau labuhku.Rambut yang baru aku ikat gaya tocang sanggul ini aku spray supaya tidak bercambah.Gincu pink aku oleskan dan bedak carry junior aku tipiskan ke muka.Hampir sebotol minyak wangi aku habiskan oleh kerana takut badanku berbau.

My MedicineWhere stories live. Discover now