Mata helangku langsung tidak tercelik melihat mereka yang sedang bergelak ketawa.Sempat aku mengerlih seketika roti dan sekotak air jus yang berada tangan Armaya dan lelaki itu.
Ouhh,patutlah tak datang rehat dengan aku..rupa rupanya lelaki itu sudah belanja dia makan.
Aku mengetap kuat gigiku,Amarah ini tidak mampu aku tahan lagi.Aku berjalan laju menghampiri mereka.
'KRINGGGGGGGGGG',Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telahpun tamat.
Langkahku terhenti seketika,aku melihat lelaki tadi berlalu pergi dari situ sambil melambaikan tangan kepada Armaya yang masih belum bangun.Perbuatan itu bagai mencurahkan minyak ke dalam api di hatiku.
Segera aku berlari ke arah Armaya yang sedang mengemas plastik roti dan kotak airnya.
"Ehh abang..",Belum sempat dia menghabiskan kata katanya aku terus menariknya pergi jauh dari situ.
"Abangggg,apani?!! lepaslahhh!!!",jerit Armaya.
Aku tersenyum sinis.
"OUHHH,KALAU DENGAN AKU NAK BERJUMPA SEKEJAP PUN TAK BOLEH? TAPI KALAU DENGAN JANTAN TU JUMPA LAMA LAMA PUN TAK PE?!",tengkingku.
Armaya hanya menghadiahkan aku jelingan yang tajam sambil menggosok pergelangan tangannya yang aku tarik tadi.
"Apa masalah abang ni?!!",Balasnya.Nada suaranya agak tinggi pada waktu ini.
"MASALAH AKU???! KAU TU YANG ADA MASALAH!! DALAM BANYAK BANYAK ORANG DALAM DUNIA NI,KENAPA KAU NAK KELUAR REHAT DENGAN JANTAN ARMAYA?!!! KAU DAH TAK ADA KAWAN PEREMPUAN LAIN KE???!!",Jeritku lagi seraya menyepak kuat dinding menahan amukkan.
"ABANG NI KENAPA HA?!!! SUKAHATI MAYA LAH NAK KAWAN DENGAN SIAPA PUN!! APA SALAH KE KALAU MAYA NAK KAWAN DENGAN LELAKI?! TAK SEMUA LELAKI TU JAHAT LAH ABANG! ABANG TU PUN LELAKI KAN?!",Tengkingnya.
Waktu ini,aku dapat merasakan diriku yang gila semakin menggila.Boleh pula Armaya menambahkan lagi minyak di dalam api amarahku yang sedang membara ini.Dia memang mencari maut,jangan salahkan aku jika ada apa apa berlaku.
"Kau cabar aku Armaya.....",Nada suaraku rendah dan tersekat sekat.Aku merenung tajam ke dalam matanya sambil tersenyum sinis.
Ekspresi wajah Armaya yang berkerut kemarahan tadi bertukar menjadi risau.Aku pasti dia ketakutan.Seseram seram aku mengamuk,seram lagi aku bila aku sinis.Mengapa? Kerana bila aku mengamuk,perbuatan yang hendak aku lakukan,pastinya sudah dapat diramal.Namun,bila aku sinis,perbuatan aku yang seterusnya tiada siapa dapat ramalkan.
Terus saja Armaya berlalu pergi meninggalkan aku dalam keadaan tergopoh gapah,mungkin takut dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.Aku hanya melihat pemergiannya itu,bibirku mengukir satu senyuman sinis.Hal ini mengingatkan aku tentang peristiwa di masa lalu,peristiwa di mana Armaya masih bersekolah rendah.
******
(Flashback)Seperti biasa,aku menjalan kegiatan mengintip Princessku di sekolah.Aku melihat dia melalui teropong berwarna biru yang baru aku beli untuk memudahkan lagi kerja aku.Dapatku lihat tangan kecil Armaya tekun mewarnai kertas lukisannya.Entah apa lah yang dilukisnya,pasti orang lidi bersama dengan istana lagi.Aku tersenyum sendirian melihat kecomelan itu.
Senyuman aku pudar apabila melihat susuk budak lelaki yang sedang berdiri tegak menyapa Armaya.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat duduk Armaya sambil menunjuk nunjukkan sesuatu.
Aku mengalihkan teropong biruku dari pandangan,jari jemariku mencengkam kuat teropong biru kesayanganku.Dadaku berombak kencang dan mataku merenung tajam ke kelas Armaya.Fikiranku mula melayarkan sesuatu yang bukan bukan,bagaimana kalau lelaki itu cuba untuk rapat dengan Armaya? Bagaimana kalau Armaya rasa lebih selesa bersama dengan lelaki yang sebaya dengannya berbanding aku? Pastinya nanti Armaya akan berkawan rapat dengannya dan tidak akan meluangkan waktu bersamaku lagi.Aku tidak akan membiarkan ini semua berlaku! Armaya tu pun satu,boleh pula dia melayan JANTAN tu!!
YOU ARE READING
My Medicine
Teen Fiction⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...