Bab 25

5.7K 53 7
                                    

*Harriz pov

         Aku membuka kunci pintu kondominium mewahku,terus sahaja aku meluru masuk ke dalam bilik dan membaling semua barang yang ada.

"SIALLLL!!!!!BABIII!!!!!!! CELAKA PUNYA BETINA KAU MEMANG BABI KAU MEMANG SIALL KAU MEMANG TAK SEDAR DIRI!!!! AKU MENYESAL KUTIP KAU!!!!AKU MENYESAL PERCAYAKAN KAUU!!!! AKU MENYESAL!!!!!!!!",jeritku hampir tercabut anak tekak.

Aku terduduk.Menangis teresak esak di tepi bucu katil,bilikku yang tadinya kemas dan bersih persis hotel bertukar menjadi reban ayam yang bersepah akibat daripada amukkanku.Sungguh,aku kecewa dengan apa yang berlaku.Tidak aku sangka Armaya tergamak melakukan perkara sedemikian rupa terhadapku.Aku hanya mampu menghamburkan tangis sehabis mungkin.

Apakah pengakhiran kisahku ini? Adakah aku hanya akan terduduk di dalam bilik,menangis meratapi pemergian Armaya.Memang Armaya tidak mati,tetapi jika dia menjadi milik lelaki yang bernama Sulaiman itu,aku pasti aku akan menganggap dia telah mati.

Tapi...apa yang aku mengarut ni?! Tak mungkin aku akan membiarkan Armaya pergi dari hidupku begitu sahaja! Aku Harriz Irfan! Kalau aku sanggup menjadi punca ayah dia mati,sanggup melawan ibu dan ayahku dan sanggup berpenat lelah memerhatikan dia dari jauh semata mata untuk menjaga keselamatan dia,aku pasti sanggup buat lebih dari itu! Kalau sebelum ini,aku membunuh ayah Armaya kerana dia menjadi penghalang hubungan kami,aku juga boleh membunuh Sulaiman kerana sebab yang sama.

Seiring dengan pemikiranku sebentar tadi,bibirku menguntumkan senyuman sinis.Pasti itu merupakan senyuman psikoku,senyuman maut yang bakal membuat semua orang mengimbas semula seluruh kehidupan mereka hanya dalam 60 saat.

Aku mengesat air mataku,baju kemeja aku buka dan terus aku gantikan dengan hoodie hijau gelap.Aku mengambil mask berwarna hitam untuk menutup separuh wajahku,pisau lipat dan kunci kereta aku capai lalu meletakkannya ke dalam poket hoodie.

Aku turun ke bawah seraya menghidupkan enjin keretaku dan terus memecut laju mencari rumah Sulaiman.Sulaiman Lee,kau ingat aku tak tahu kau siapa? Kau Feng Lee kan? Budak yang rapat dengan Armaya sewaktu ketiadaan aku? Berani kau ambil kesempatan untuk mendekati dia kan? Tak mengapa..kau tunggu..


KAU TUNGGU!

***************

*Nurul jasmin pov

    Aku mencapai telefon nokia milikku seraya mendail nombor syakir.Insyallah cukup kreditku yang berbaki rm 5 ini untuk beberapa hari.

"Hello?",ucapku.

"Ha,siapa ni?",soalnya.

Aku tersenyum sendiri,ya ini memang syakir.

"Ini saya jasmin,awak syakir kan? Kita kawan dulu masa sekolah rendah...",balasku.

"Ha??! Jasmin??? Ouhhh patutlah aku ingatkan awek mana call aku tadi,suara bukan main lembut lagi..",terangnya.

Aku ketawa kecil.

"Mm sebenarnya saya call ni sebab nak minta tolong..sy tak tahu nak minta tolong siapa lagi..cuma awak sahaja yang boleh tolong saya..",kataku.

"Tolong apa?",soalnya.

"Saya nak datang kl untuk cari kerja..tapi..masalahnya saya tak ada duit,saya ingat nak minta tolong awak,boleh tak awak pinjamkan saya duit? Nanti bila dah dapat kerja saya bayar balik,saya janji! Maaflah menyusahkan awak..bukannya saya tak nak usaha sendiri..tapi sekarang saya betul ii tak ada duit,nak makan pun susah,ibu dengan adik saya pun sama juga tak ada duit sampai terpaksa berhutang..tulah saya nak minta tolong awak..",jelasku.

My MedicineWhere stories live. Discover now