Harriz pov
Nama aku Muhammad Harriz Irfan bin Abdul halim,aku berumur 10 tahun.Aku dikenali sebagai anak kecil yang pintar dan licik,sama ada dalam berkata kata mahupun beraksi.Aku merupakan anak manja,yelah anak tunggal lah katakan.Apa sahaja yang aku mahu,pasti akan diberi.Sememangnya sudah terbiasa sejak kecil lagi,mungkin kerana kebiasaan ini lah yang mendorong aku menjadi sejenis yang kuat memberontak?Memang perangai aku ni jahat mengalahkan syaitan,dan aku juga tidak suka bergaul dengan orang,kawan lelaki yang aku ada pun seorang sahaja,Haikal Fikri.
Ayahku bekerja sebagai seorang Doktor,ibu aku pula hanya seorang suri rumah.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi,aku bangun dari katil dan terus mandi.Semudah itu? ya,itulah aku.Aku memang seorang yang tidak suka membazir masa,memang sejak kecil aku sudah dibiasakan untuk bangun awal dan terus mandi.Mungkin kebiasaan ini yang membuatkan aku menjadi seorang yang cerdas? Aku terus menyarungkan baju tshirt hitam dan seluar track,aku menyikat rapi rambutku dan menyemburkan minyak wangi.Setelah berpuas hati dengan penampilan diri,aku turun ke bawah untuk bersarapan.Ya,hari ini hari sabtu..tapi kenapa aku bangun awal? memang aku sejenis yang bangun awal.
Aku turun ke bawah dan terus duduk di meja makan,mama memberikan aku sepinggan bihun goreng dan menuangkan secawan air milo kepadaku.Aku melihat papa yang ralit membaca surat khabar,dia melipatkan kembali surat khabar setelah melihat aku yang berada di sini.
"Harriz..",tegur papa.
"Ya,papa.",jawabku.
Aku melihat mama dan papa saling berpandangan,haish dah kenapa orang tua ni? ingat sweet lah jeling jeling manja depan aku?
"Riz nak adik perempuan tak?",tanya papa.
"Buat je lah kalau nak buat.",jawabku selamba.
Merah padam muka mamaku apabila mendengarkan jawapanku,ayahku pula ketawa kecil.
"Bukan itulah maksud papa riz!!",jerit ayahku angkara malu.
Ya,memang aku tahu hal itu,sebenarnya aku sudahpun baligh.Cepat? Ya memangpun,tapi benda dah nak jadi kan? nak suruh aku buat apa?
"Maksud papa..papa dengan mama dah setuju nak ambik anak angkat perempuan..kami nak ambik yang baby lagi...harriz suka tak?",tanya papaku.
"Okay je,riz tak kesah pun.",jawabku.
Peduli apa aku kalau orang tua ni nak ambik anak angkat sekalipun? asalkan dia bagi aku apa yang aku nak cukuplah.Kami sambung sarapan sehingga ayah beredar untuk pergi kerja.
Aku melihat ibuku yang sedang ralit mencuci pinggan,heh tak faham aku.Duduk rumah besar,kaya lagi,tapi tak nak orang gaji.Aku segera menghampirinya untuk menyatakan hasratku.
"mama.",tegurku.
"Ya,sayang?",balas mamaku seraya mengeringkan tanganya.
"Nanti kita pergi beli baju baru harriz.",pintaku.
"Boleh je sayang...tapi lepas kita pergi rumah anak yatim ya? mama nak cari adik harriz.",balasnya.
"Hmmph",jawabku malas.
Aku segera pergi ke ruang tamu untuk menonton upin ipin.Kedengaran bunyi notifikasi whatsapp di dalam telefonku,iphone 7.Ya,aku sudah ada telefon di usia 10 tahun.Itupun puas aku mengamuk kat perempuan tua tu suruh beli,kalau tak,tak habis habis nak pujuk aku dengan nasihat yang lembut lah konon.Ingat aku boleh lembut hati? heh,memang tak lah.Lagi aku mengamuk adalah bila keinginan aku ditolak.Akhirnya setelah lihat aku mengamuk baru reti nak pergi beli.
Aku melihat siapa yang whatsappku,tak lain tak buka mesti si Haikal.Apa yang mamat ni nak?Aku membuka ruang chat dan kelihatan sekeping gambar dihantar olehnya yang kelihatan amat hodoh.
YOU ARE READING
My Medicine
Novela Juvenil⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...