Bab 17

6K 64 2
                                    

       Dato' Ahmad shahrul sedang berehat di kerusi malasnya.Dia meneguk secawan kopi yang baru dibuat oleh orang gaji tadi.Dia memandang sayu kolam ikan yang berada di hadapan.Suasana pada petang ini hening,sangat hening.Kotak fikirannya berputar memainkan memori lama.Memori dia bersama arwah isteri dan anak lelakinya,Nur Latiffah dan Muhammad Aiman.Perlahan lahan,air mata jantannya gugur satu persatu.Perasaan hiba menguasai dirinya.

"Along...",kedengaran satu suara memanggilnya.

Cepat cepat dia menyeka air matanya.

"Ehh,Halim..bila kau sampai?",soalnya.

Dapat dia lihat adik bongsu bersama dengan adik ipar kesayangan sedang berpegang tangan persis pengantin baru.

'Pasangan bahagia..',desis hatinya sambil menguntumkan senyuman.

Abdul Halim dan Siti saliha duduk di atas kerusi batu bersebelahan dengan kerusi malas Ahmad Shahrul.

"Dari tadi lagi kitorang sampai..saje tak nak tegur,suprise la katakan.",usik adiknya manja.

"Dah tua tua ni suprise apa bendanya lagi..",balasnya sambil tertawa.

Suasana menjadi sunyi seketika.Abdul Halim memandang sekilas isterinya yang sedang menghirup air teh.Dia masih memikirkan sama ada mahu bertanya ataupun tidak.

"Long..",panggilnya.

"Ha??",balas abang sulongnya.

"Kau...masih tak boleh lupakan dia?",Soalnya berhati hati.

Dato' Ahmad Shahrul tidak membalas pertanyaan itu.Dia hanya memandang kosong adik bongsunya yang sedang menunggu jawapan.

"Dah 19 tahun Shahrul...Masatu harriz pun belum lahir lagi..Aku rasa mungkin dah tiba masanya untuk kau cari pengganti arwah?",jelas adiknya.

Dato' Ahmad Shahrul hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.Orang lain boleh bercakap,tapi tidak boleh rasa apa yang kita rasa.

"Kau tak faham..Aku cintakan dia..aku sayangkan anak aku..tak mungkin aku akan khianat cinta kami..",balasnya.

Abdul Halim mengeluh kecil,apa boleh buat,kalau sudah tuan punya badan tidak mahu,tak mungkin kita boleh paksa lagi.

"Sayang betul kau pada arwah..",keluh Abdul Halim.

"Ye..aku yakin dia sedang bergembira di syurga sekarang..dia mati syahid..dia meninggal masa lahirkan anak pertama kami..dan sayangnya..Allah bukan sahaja menyayangi dia..Allah juga menyayangi anak aku..Mereka berdua sedang menunggu aku di depan pintu syurga long..supaya kami dapat bersatu kembali menjadi keluarga yang lengkap..Keluarga yang lengkap di alam yang kekal abadi...",balasnya seraya menyeka air mata.

Abdul Halim dan Siti saliha turut mengalirkan air mata,menahan sebak di dada.Bagaimana mungkin mereka tidak turut berduka? Sedangkan mereka berempat merupakan sahabat dari kecil.Membesar sama sama di kampung dalam satu rumah.

Siti saliha dan Nur Latiffah merupakan anak angkat kepada arwah Ayah Hanif,iaitu pakcik kepada Abdul Halim dan Ahmad Shahrul.Ibu bapa mereka berempat meninggal sejak mereka kecil dan telah mengamanahkan Ayah Hanif untuk menjaga mereka berempat.

Siti saliha dan Nur latiffah bukanlah adik beradik,tetapi mereka sudah menganggap masing masing sebagai kakak dan adik.Sejak kecil,mereka membesar bersama sehinggalah dewasa,masing masing sudah terjatuh cinta antara satu sama lain dan telah berkahwin.Ayah Hanif meninggalkan mereka beberapa tahun selepas itu.

Kejadian tidak diduga,selepas 3 tahun perkahwinan Ahmad Shahrul dan isterinya Nur Latiffah,Nur Latiffah disahkan hamil anak pertama mereka.Dan yang paling menggembirakan,anak itu ialah anak lelaki.Sudah lama Ahmad Shahrul menginginkan anak lelaki bersama wanita yang dicintainya.Semuanya baik baik sahaja sehinggalah tiba waktu bersalin.Entah dimana salah dan silapnya,nyawa isteri dan anaknya telah diambil oleh Sang Pencipta.Kesedihan dan keperitan yang tidak dapat digambarkan sama sekali.Rindu tanpa henti,cinta tanpa memiliki dan tangisan tanpa kegembiraan.Begitulah jika diibaratkan.

My MedicineWhere stories live. Discover now