*Armaya pov
Sebaik sahaja kami pulang ke rumah,aku terus mengunci diri di dalam bilik.Aku menghamburkan tangisan sehabis mungkin,sampai hati Sulaiman buat aku macam ni!
Apa salah aku? Kenapa dia tergamak menolak pinangan aku! Aku sanggup tebalkan muka untuk masuk minang dia,tapi apa yang aku dapat?! Dia tolak pinangan aku mentah mentah! Seolah aku ini hanya tunggul kayu yang tidak punya hati dan perasaan! Sakit! Sungguh sakit.
Rambut yang serabai aku biarkan,dress aku juga sudah berkedut seribu.Mataku sembab akibat terlalu banyak mengalirkan air mata,hidungku pula merah serupa badut.Aku duduk memeluk diri di atas katil,mengharapkan apa yang berlaku sekarang ini hanyalah sebuah mimpi,mimpi yang tak pasti.Sungguh aku sedih,sakit sangat...sakit rasanya apabila kita mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai kita.
Bukan itu sahaja,malah lebih sakit lagi kerana dia telah memberi aku harapan.Selamani,aku fiikir aku lah budak melayu yang diminatinya,rupa rupanya aku salah! Dia meminati seorang gadis yang aku sendiri tidak kenal siapa! Apa kurangnya aku dan apa lebihnya gadis itu?! Aku yakin gadis itu tidak sejelita aku! Dengar nama sahaja aku dapat teka wajahnya pasti biasa biasa sahaja! Apa namanya tadi? Yasmin? Nasmin? Ahh! Persetankan sahaja semua! Aku sudah tidak mahu fikir lagi!
Tapi...bila difikirkan semula,ini juga boleh dikatakan karma bukan? Mungkin inilah apa yang Abang Harriz rasa selama ini! Yalah dia juga mencintai aku yang tidak pernah mencintainya! Dan aku juga telah memberikan dia satu harapan palsu! Ya Allah,sudah jelas lagi nyata ini merupakan kifarah buatku!
Aku mengucap panjang di dalam hati,terus aku mengesat air mataku.Jam dinding aku lihat seketika,pukul 10.50 malam.Aku pergi ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat isyak.
Usai menunaikan solat,kedengaran bunyi pintu bilikku diketuk oleh seseorang.Tak lain dan tak bukan,orang itu pasti mama.Aku membuka pintu bilik dann mempelawa mama untuk masuk,mama masuk ke dalam bilikku seraya duduk di tepi katil.Aku melabuhkan punggungku di sebelah mama.
"Armaya okay?",soal mama.
Aku mengeluh kecil.
"Maya okay ma..kecewa tu memanglah kecewa..tapi bila difikirkan semula,ini kan soal hati kita tak boleh nak paksa.Kalau orang dah tak sudi,nak buat macamm mana? Redha je lah..lagipun,jodoh ni kan ketentuan Allah,biar dia sajalah yang menentukan.",jawabku.
Mama tersenyum melihat kematanganku,tanganku di pegang lembut dan dia memandang tepat ke wajahku.
"Hurmm..Maya,kalau mama tanya ni..maya jangan marah tau?",ujarnya.
Aku mengerut dahi memandangnya.
"Mama nak cakap apa?",soalku.
"Tentang lamaran Harriz tu..Maya tak nak pertimbangkan? Bukannya apa,kalaulah mama dapat Armaya sebagai menantu,mama rasa gembira sangat! Yalah,mama pun dah kenal sangat dengan Armaya,mama tahu..maya baik orangnya..",jelas mama.
Aku terdiam.Hmm..betul juga? Sudahlah aku kecewakan dia,keluarga dia pula baik pada aku.Jasa dia aku langsung tak kenang selamani,aku rasa bersalah sangat.Memang wajarlah tuhan bagi aku kifarah macam ni.Aku menggenggam erat tangan mama seraya memandang tepat matanya.
"Mama..kalini mama buatlah keputusan untuk maya.Apa sahaja yang mama rasa bagus untuk maya..maya ikutkan je..",jawabku.
"Maksud maya? Maya okay je kalau mama jodohkan maya dengan Harriz?",soal mama.
"Ye ma..Maya ingat,biarlah mama yang tentukan.Sebab Maya dah banyak terhutang budi dengan mama sekeluarga..lagipun maya rasa bersalah sangat atas perbuatan maya tempoh hari..",jawabku.
YOU ARE READING
My Medicine
Teen Fiction⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...