*Harriz pov
Aku terjaga dari tidurku,berharap apa yang berlaku hanyalah sekadar mimpi.Namun,aku tahu ianya mustahil.Ini bukan sebuah mimpi.Aku mengeluh kecil.Mataku mengerlih sekilas pada jam dinding,pukul 7 pagi.Aku terlepas solat subuh hari ni.Aku bangun dari katil untuk mandi dan bersiap di awal pagi seperti biasa.
****
Aku keluar dari bilik tidurku untuk bersarapan bersama Uncle Shahrul.Terasa janggal pula,ya lah biasanya kalau aku keluar dari bilik aku terpaksa menuruni anak tangga,tapi memandangkan rumah Uncle Shah ni satu tingkat je,aku tak perlu menuruni atau mendaki tangga lagi.
Aku melabuhkan punggungku di kerusi hadapan Uncle Shahrul,dia sedang membaca surat khabar sambil menghirup secawan kopi.Heh.Sama je macam orang tua tu.Dua dua suka baca surat khabar pagi pagi buta.Maklumlah adik beradik kan,mesti perangai sama.
"Morning Harriz...",tegur Uncle Shah.
Dapatku lihat senyuman meniti dibibirnya,aku hanya tersenyum kelat.Tak kuasa aku nak senyum manis manis,nanti orang tua ni ingat aku nak goda dia,kesian Armaya aku.Hehehe.
"Morning Uncle..",jawabku dengan nada sayu.
"Uncle tahu..Harriz pasti sedih kan? tapi harriz kena faham..semua ni demi kebaikan harriz juga..",nasihatnya.
Heh.Tak yah nak nasihat sangat,ingat aku peduli? Aku akan dengar nasihat Armaya je,selain dari dia aku takkan dengar.Aku datang sini pun sebab Armaya yang suruh,dan dia janji dia akan kahwin dengan aku bila aku balik.Tapi tu lah,baru sehari tak ada dia,aku dah rasa rindu sangat.Armaya,tunggu abang balik ya sayang.
*******
*Armaya pov
Aku ke sekolah seperti biasa,cuma bezanya,mulai hari ini tiada siapa yang akan mengintip gerak geriku.Dan ini bermaksud..AKU BEBAS.Bibirku mengoyakkan senyuman yang paling manis.Aku berjalan melenggang kangkung ke kantin sekolah.Setiba di sana,aku terus melabuhkan punggung seraya mengeluarkan homework yang belum aku siapkan.
Hmmm,bila difikirkan semula,susah juga kalau abang harriz tiada di sini.Ya lah,aku ni lembab.Setiap kali cikgu bagi homework,aku selalu tak tahu macam mana nak buat.Biasanya,Abang Harriz yang akan tolong aku siapkan homework.Hmm..sejujurnya,
rindu lah juga dekat Abang Harriz..Ya lah,selamani dia jaga aku dengan sangat teliti.Dia sanggup kaji tentang keperluan anak gadis macam aku ni.Contohnya,Abang Harriz tahu pencuci dan produk muka apa yang sesuai dengan kulit aku,syampoo apa yang sesuai untuk rambut aku dan tuala wanita mana yang selesa dan tidak senang bocor untuk aku.Aku masih termenung melihat buku nota matematik di hadapanku.Tanganku tergedik gedik bermain dengan pen,aku menggigit bibir angkara geram.Aku langsung tidak dapat memahami apa apa.Aku memang lemah dalam bidang akedemik tidak kira pelajaran apa pun.Sejujurnya,aku bukanlah seseorang yang minat belajar.Aku lebih minat bidang kulinari,iaitu memasak dan menghias makanan.Aku bercita cita untuk masuk ke Kolej Vokasional untuk mengambil bidang kulinari dan membuka kafe sendiri apabila aku sudah dewasa! Harap harap,impian aku tercapai suatu hari nanti! Insyallah..
"Ehem",satu suara menyapaku.
Lamunanku terhenti,aku menggelengkan kepala lalu mendongak memandangnya.Tak lain tak bukan,Feng Lee Cheung.Bibirku menguntumkan senyuman mesra.
"Hai..buat apa berdiri tu? duduklah",jemputku.
Feng Lee menutup kecil mulutnya untuk menyembunyikan senyuman malu.Matanya memandang lantai seperti biasa,dia melabuhkan punggung di hadapanku.
"Mm...awak ada masalah nak buat homework ke? Saya tengok awak asyik tenung je kertas tu...",Soalnya.
Dia mengerlih sekilas wajahku kemudian memandang semula ke lantai.
"Hmm...saya tak tahulah macam mana nak buat semua ni..",balasku.Aku mengeluh kecil.
Dia memanjangkan leher untuk mengintai buku nota yang berisi soalan tanpa jawapan.
"Mmm...sa..saya boleh ajar awak..",katanya perlahan.
Mahu saja aku cium si Feng Lee ni.Sudahlah comel,pemalu,sopan pula.Mahu bercakap dengan orang pun tergagap gagap,eye contact tak berani buat.Haish,alangkah bagusnya kalau dia yang minat aku dan bukannya Abang Harriz.Aku mengeluh kecil.
"Boleh sangat,Awak ajarkan lah ya!",jawabku girang.
Feng Lee mengajar aku cara membuat jalan kira,sejujurnya cara dia mengajar lebih jelas dari Abang Harriz.Aku boleh dikatakan 'crush' la juga dengan si Feng Lee ni.Dia merupakan lelaki yang cukup sempurna bagi aku,dia mempunyai ciri ciri lelaki idamanku.Dia bijak,sopan,pemalu,lembut,soft spoken dan juga kacak.
Kalaulah dia suka aku,aku pasti akan terima dan tidak akan sia siakan cinta dia! Erkk,wait..apa yang aku merepek ni? Ish,Armaya oh Armaya! Tolonglah sedar dari mimpi,semua itu takkan berlaku! Eh sekejap..tapi..bukan ke Feng Lee ada cakap yang dia ada crush dekat sorang perempuan melayu ni.Entah entah orangnya ialah aku! Tak mustahil kan? Ehh,apa yang aku merepek lagi ni?! Armaya,jangan perasan boleh?!
Lagi satu tolonglah ingat janji kau dengan Abang Harriz.Hmm..tapi bila difikir semula,aku tak rasa abang Harriz tu akan tuntut janji dia.Ya lah,8 tahun tu bukan tempoh yang sekejap,lama tu! Entah entah dalam tempoh tu dia jatuh hati pada perempuan lain.Jadi..perlu ke aku ambil serious soal janji itu? Yalah,hati manusia ni kan berubah,harini dia suka,esok dia tak suka!
Jadi rasanya...tak apa kot kalau aku cuba mengorat si Feng Lee ni kan? Hehehe.
Fikirku gatal.
*******
*Harriz pov
Aku masih terperuk di dalam bilik,tiada mood untuk keluar menonton televisyen.Aku memeluk erat lututku sambil mengeluh kecil.Sejujurnya aku memang terseksa.Sangat terseksa.Baru sehari berpisah pun aku dah tak tahan,apatah lagi 8 tahun? Aku mengeluh sekali lagi,kepala aku sandarkan di atas kepala lututku.Tanpa aku sedar,tubir mataku bergenang dan perlahan lahan air mataku jatuh ke pipi,bahuku terhinjut hinjut menahan tangis.Tangisan seorang lelaki.Tangisan yang jujur.
Armaya sayang...Armaya tengah buat apa tu? Mesti Armaya pun sedih kan sayang? Mesti Armaya rindu sangat dekat abang kan? Abang tahu sayang..Abang tahu semua tu..Sayang sabar ye? Abang akan kembali untuk sayang..Abang sanggup buat apa sahaja..demi Armaya..Abang tak kesah..Demi cinta hati abang..
Abang sanggup mati.
*HAI SEMUAAA!! AI SUDAH KEMBALI! HA RINDU TAK RINDU TAK? HEHE SORRY LAHH CUTI LAMA SEBAB BALIK KAMPUNG HEHEHE*
*Chapter ni pendek sikit sbb nak cerita perasaan diorang je..Next chapter diorang dah besar!! wokeyyy gerak luuu*
YOU ARE READING
My Medicine
Teen Fiction⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...