Bab 9

8.2K 92 7
                                        


Enjin kereta dihidupkan,pedal minyak ditekan dan kamipun dipandu ke arah destinasi yang ingin ditujui,tidak lain tidak bukan iaitu mall.Tidak sampai 5 minit pun kereta bergerak,cinta hatiku sudah terlena di atas dipangkuanku.Aku membelai lembut rambutnya seraya mengelus pipi gebunya.Puas hati aku apabila dapat meminjamkan ribaku menjadi bantalnya.Hatiku tidak henti mengucapkan rasa syukur kerana dapat melihat wajah bidadariku sedekat ini.Kini,dia milikku.Milik Harriz Irfan.

****
****

"Armaya..bangun sayang,dah sampai dah ni.",kejutku dengan nada suara paling lembut,tak mahu aku meninggikan suara kepada bidadari ini.

Aku tersenyum melihat tubuh kecil itu mengeliat sambil menggosokkan mata.Rambutnya yang agak serabai aku betulkan dan dahinya ku kucup sekilas akibat terlampau geram.Hmm sedap pula cium dahi dia ni,hehe.Aku memeluknya lalu mencium kedua belah pipinya.Armaya hanya merelakan saja perlakuanku.Segera dia menyarungkan seliparnya dan turun dari kereta.

"Ehh bucuk mama tidur ke sayang??",kata mamaku seraya mendukung armaya.Dia menggomol pipi bakal menantunya itu.

"Cium mama je? papa tak mau cium??",Sampuk papa sambil merampas tubuh kecil itu dari dukungan mama.

Dia memeluk dan mencium Armaya sepuasnya,armaya hanya ketawa menahan kegelian.

Kami sekeluarga tersenyum melihat telatah si comel.Keputusan kami untuk menjadikan dia sebahagian daripada ahli keluarga sememangnya tepat.Dia telah menghadiahkan kami sinar kebahagiaan yang baharu,keluarga kami semakin meriah atas jasanya.

Ayah meletakkan Maya ke bawah semula,aku memimpin tangan kecil itu masuk ke dalam mall.

"Mama nak letak Armaya dekat tempat permain yang ada penjaga tu,bukannya apa,mama takut kalau maya ikut kita nanti dia bosan.Dia bukannya faham pun bab bab shoppingni,lainlah macam harriz.Kalau kat tempat game tu atleast dia boleh main.",kata mama.

Armaya hanya memandang mama sambil tersenyum,memang benar budak ini tidak mengerti akan apa apa pun.

"Ehh,mana boleh kita tinggal maya kat situ lepastu pergi shopping.",Jawabku.

"Lahh,habistu kesianla dekat princess kecik ni..nanti dia bosan kalau dia ikut kita..Kalau kat tempat game tu dia boleh main. ",kata mama.

"Hmm..kalau macam tu mama dengan papa je lah pergi shopping,belikan pakaian Maya dengan riz sekali.Riz nak teman maya,riz risaulah nak tinggal dia sorang ii.",pintaku.

Mama dan papa berpaling sesama sendiri sambil tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu,jaga adik ni baik baik,jangan nanti harriz pula yang leka bermain.",nasihat mama.

Aku hanya mengiya kan sahaja.Tangan Maya aku pimpin masuk ke dalam pusat permainan.Raut wajahnya jelas kelihatan teruja dan gembira,memang benarlah apa yang mama kata,budak seperti maya ini lebih tertarik kepada permainan berbanding membeli belah.

"YAY!!",jerit Maya sambil melompat lompat sebaik sahaja tangannya dipakaikan gelang hijau tanda sudah membeli tiket masuk.

Aku memimpin tangan Maya dan membawanya ke kolam yang berisi penuh dengan bola berwarna warni.

"Abang!! jomlah kita main!!",jeritnya sambil cuba memasuki kolam bola itu.

Telatah comel itu membuatkan hatiku geli seperti digeletek.Aku ketawa kecil seraya masuk ke dalam kolam berisi bola itu,badan Maya terpaksa aku pegang supaya dia dapat berjalan dengan seimbang dan tidak tenggelam.Itulah,badan kecik sangat,ni kalau nak culik sekali tarik je dah dapat ni.

"Abanggg,jom kita kumpul bola warna biruu",suara comel itu lagi sekali menyapa aku.

Aku menurut saja kehendaknya,pusat permainan ini dihiasi dengan gelak tawa riang antara kami berdua,sememangnya maya merupakan "happy pills" aku,tanpa dia tidak mungkin aku akan rasa segembira ini.

My MedicineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang