Bab 4

12.3K 108 13
                                        


      Kedengaran bunyi bising hasil pekikan rakan rakan ku yang berada di dalam kelas bersamaku.Haish,memekik je la anak anak iblis ni,mahu saja aku sepak muka sampai berterabur gigi.Aku mahu termenung memikirkan tentang hal yang semalam pun tak boleh! susah nak fokus tahu tak? Dengan suasana bising hasil jeritan anak anak tenuk ni.

Ah,lantakkan sajalah mereka ni.Boleh pergi jahanam,dah la masing ii bau kepam,hodoh dan selekeh pula tu.Tengok aku ni? handsome,kemas,wangi lagi.Heh,buatku tersenyum sinis sajalah! Kalau bukan kerana orang tua kutuk tu suruh aku belajar dekat sekolah biasa macam ni,memang tak lah aku nak belajar kat sini! Aku mahu private school,tapi tulah..bila difikirkan semula,apalah salahnya jika aku cuba menetap di kelas budak ii bawahan ni kan? Yelahh nak lah juga merasa perasaan di sanjungi dan dipandang tinggi memandangkan aku ni anak orang kaya yang boleh dapat semua benda yang aku mahukan.Memang sengaja aku mahu mereka dengki akan aku,maklumlah kalau aku pergi private school,ramai je yang sama kaya dengan aku jadi nak timbulkan diri ni susah sikit.

Eh,eh kenapa pula aku terfikir soal ini?Haish,aku sebenarnya tadi nak fikirka tentang kekasih hatiku,Armaya.Hmmphh,agak nya mesti dia sekarang sedang berada di rumahku berehat sambil menonton cerita kartun.Seharusnya itulah yang terjadi ya! kerana jika tidak,pastinya aku akan mengamuk sakan kepada mama dan papaku.

*Flashback*

Aku melihat ke arah mama yang sedang turun dari atas,aku terus memperlahankan suara cerita kartun yang sedangku layan.

"Mama!",panggilku.

Mama terus berjalan ke arahku lalu duduk di sebelahku.

"Kenapa sayang?",tanya mama.

"Mama betul betul sayangkan riz?",tanyaku.

Mamaku menggaru kepalanya yang tidak gatal,dia memandangku dengan pandangan yang pelik,haih macam macam lah harriz ni.

"Ya allah sayang..mestilah mama sayang harriz,harriz tu kan anak manja mama..",balas mamaku.

Aku tersenyum sinis.

"Kalau betul mama sayangkan riz,janji dengan riz mama akan buat apa sahaja demi menjadikan Maya sebahagian daripada keluarga kita.",pintaku.

Mama sekali lagi berkerut dahi.

"Ya sayang..mama akan cuba untuk bawak maya balik ke sini..",balas mamaku.

"Bukan cuba je ma,cuba dan cuba dan terus mencuba.Selagi tak dapat selagi tu jangan berhenti.Faham tak ni?",tanyaku.

Mama ketawa sambil mengangguk,haih perempuan ni memang tak reti nak serious ke? nasib lah kau tu mak aku kalau tak dah lama aku sound kau.

"Mama..riz maksudkan apa yang riz cakap tadi.Riz nak mama buat apa sahaja asalkan Maya dapat lari daripada lelaki jahanam tu.Mama nak ke jantan tu bela Maya? Jantan tu dah la jahat,kaki mabuk,kaki judi,anak makan ke tidak dia tak pernah kesah,dan tak mustahil kalau satu hari nanti dia akan jual armaya kalau kita lambat bertindak!",jelasku tegas.

"Riz..",mamaku terpaku mendengarkan bicara bijakku.

Memang benar apa yang aku kata,buatnya kalau Armaya dijual kepada mak hayam macam mana?

"Kalau perlu bagi duit kat ayah dia,harriz nak mama bagi.",kataku.

"Ya Allah..berapa pula mama nak kena keluar duit ni sayang",kata mamaku seraya ketawa kecil.

Hish perempuan tua ni,tentang duit pula dia kesahkan? armaya aku tu?

"dalam Rm 20,000 mungkin?",jawabku.

Membulat mata mamaku mendengarkannya.

"Kenapa?",tanyaku dengan wajah masam mencuka menandakan aku bakal memberontak.

My MedicineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang