Bab 21

5.7K 53 10
                                    

*Sulaiman Lee pov

Aku membaca bismillah seraya meneguk segelas air jus oren yang berada di atas meja.Mataku termenung memandang lantai rumah,aku masih memikirkan tentang Armaya.Kebelakangan ini,entah mengapa gadis itu bersikap aneh,dia sering bergurau tentang hal perkahwinan.Sedangkan sebelum ini dia biasa biasa sahaja,tidak pernah bersikap seaneh itu.

"Sulaiman..",tegur mak cik ku.

Aku mengalihkan perhatianku kepadanya.Badanku berpusing menghadap mak cik ku.

"Ye Aunty.",balasku.

"Termenung jauh nampak? Fikirkan pasal apa? Pasal daddy?",soalnya.

Aku mengeluh kecil.

*Flashback*

Aku berjalan keluar dari Pejabat Agama menuju ke parkir kereta bersama Uncle Hua Lim dan Aunty Lia Pao.Hari ini merupakan hari yang bersejarah buatku,aku telahpun bertukar agama.Agama Islam,agama yang telah membawaku ke jalan yang lurus,agama yang telah mengajarku erti dunia dan akhirat yang sebenar benarnya.Keputusan ini aku buat bukan kerana sesiapa,ianya ditetapkan oleh diriku sendiri.Aku yang mahukan semua ini,aku mahukan agama ini.Namun,apa yang aku khuwatiri saat ini ialah penerimaan dari ibu dan ayahku.Sebenarnya,aku belum memaklumkan semua ini kepada sesiapa kecuali pak cik dan mak cik ku.Hanya mereka sahaja yang tahu,dan alhamdullilah mereka boleh menerimanya.

"Feng Lee",tegur pak cik ku.

Aku yang sedang tunduk memandang jalan tar mengangkat wajah memandangnya.Kami sekarang berada hadapan di pintu kereta.Aku menyandarkan badanku menunggu dia mengucapkan kata katanya.

"Sulaiman lah abang,abang dah lupa ke?",usik Aunty Lia.

Bahasa Melayu mereka berdua memang tidak fasih,tetapi masih dapat difahami.Loghat cina memang susah untuk di hilangkan,aku akui semua itu kerana aku sendiri pun sama.

Kami hanya ketawa kecil.Aku memandang sayu wajah mereka berdua,walaupun mereka hanyalah pak cik dan mak cik ku,aku telah menganggap mereka seperti ibu dan ayah kandungku.Uncle Hua Lim menepuk lembut bahuku tanda memberi sokongan,aku hanya mengeluh berat.

"Sulaiman jangan risau..Uncle yakin mummy dan daddy boleh terima semua ni.Lagipun,ini keputusan kamu sendiri..dan kamu dah cukup dewasa dah pun untuk membuat keputusan,mereka sebagai ibu bapa,sudah pasti mereka harus terima semua ini.Baik buruk Sulaiman,Sulaiman tetap anak mereka.",Jelas Uncle Hua Lim.

Aku hanya mengangguk faham tanpa membalas apa apa.Aku tidak akan terkejut jika mereka tidak dapat menerima semua ini.Salah aku juga kerana buat keputusan terburu tanpa berbincang,hmm apa boleh buat? Aku cuma tidak mahu timbulkan kekecohan.Aku takut kalau aku bagitahu awal awal,semua ini akan bertukar menjadi pengterkaran dan akan melambatkan proses untuk aku bertukar agama.Jadi,aku pilih untuk merahsiakan terlebih dahulu kerana sekurang kurangnya jika mereka tidak dapat terima sekalipun,ia tidak menjejaskan agamaku.

Aku masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah Aunty Lia dan Uncle Hua lim.Buat masa ini,aku tidak mahu pulang ke rumahku lagi.Aku takut jika ibu dan ayahku ada mengesyaki apa apa dariku.Kalau boleh aku mahu beribadah dengan tenang tanpa sebarang ganggung.

*********

Sudah seminggu aku bertukar agama,dan hari ini aku membuat keputusan untuk memberitahu ibu dan ayahku.Aku tidak mahu berahsia lagi,jika lama lama perkara ini terus dirahsiakan,aku pasti akan dihantui dengan rasa bersalah.

My MedicineWhere stories live. Discover now