*Armaya pov
Senyuman sinis psiko yang Abang Harriz ukir masih tidak dapat aku lupakan.Senyuman itu,satu senyuman yang boleh membawa maut.Senyuman yang mempunyai seribu satu misteri disebalik kemarahan dan juga kesadisan.Aku sungguh takut,apa yang bakal dia lakukan selepas ini? Mungkinkah dia akan mencari lelaki yang rehat bersamaku tadi?Aku tidak tahu..
Cikgu seni tak datang pula harini,hmm memang bosan ya amat lah jawabnya! Cikgu ganti yang ada kat depan ni pun asyik main telefon je.Kelas bising macam apa dah ni,dengan pelajar lelaki yang tak habis habis lagi main flip botol air,yang tak boleh blah nya ada juga pelajar perempuan yang join.Hmm bosan lah,apa yang patut aku buat? Aha!! aku tahu! apa kata aku tawaf kelas cari kawan borak!
Baru sahaja aku mahu mengangkat punggung bangun dari kerusi,keadaan kelas yang huru hara tadi bertukar menjadi senyap akibat mendengar kekecohan yang melanda dari luar kelas.Mereka tergopoh gapah mengintai dari tingkap untuk melihat apa yang berlaku.
"ARMAYA!!!",jerit Kak Amira,salah seorang senior fav aku disini.
Aku yang dalam keadaan separa berdiri itu terpinga bangun lalu berpusing ke belakang.
"Ke..kenapa Kak mira?",soalku hairan.
Dah kenapa dengan Kak Amira ni? Dia tak masuk kelas ke?Baru form 2 dah berani ponteng?
"Armaya cepat keluar Armaya!! Kebetulan masa akak nak pergi tandas tadi akak nampak Harriz dekat luar tengah mengamuk belasah budak!!Ramai yang dah cuba hentikan tapi diorang pun kena tempias sekali!",jelasnya.
Aku kelam kabut berlari keluar dari kelas untuk mencari keberadaan Abang Harriz.Dia sedang berada di tepi blok makmal komputer yang tidak jauh dari blok form 1 dan form 2.Dapatku lihat seorang budak lelaki yang sedaya upaya melindungi wajahnya dari disepak oleh Abang Harriz dalam keadaan terduduk.Abang Harriz pula tidak berhenti henti menyepak budak lelaki itu.
"Abang!!!",jeritku dari jauh.
Aku berlari ke arahnya dan terus memeluk belakang badannya.Tanganku meliar menggosok lembut dadanya yang berombak kencang.Aku menekupkan telingaku di bahagian belakang badannya,dapatku dengar degupan jantungnya yang kencang menahan amarah.Kaki yang tidak berhenti menghayun tadi akhirnya berhenti.
"Abang....",panggilku lembut.
Abang Harriz mendengus kasar,dia menyelak rambutnya ke belakang seraya berpusing tubuh menghadapku.Aku terus mendakap erat tubuhnya sambil mengucup lembut perutnya.
Matanya terpejam rapat akibat tindakkanku,dia membalas dakapanku sambil mengucup ubun ubunku.
"Abang kenapa ni?",soalku lembut.
"Semua ni salah kau Armaya...Kalau kau tak cakap macam tu dekat aku tadi,benda takkan jadi macam ni.",balasnya dengan nada lembut tetapi dingin.
"Kenapa abang belasah budak tu? apa kena mengena dia dalam hal ni,maya sendiri pun tak pernah kenal budak yang abang belasah tu..",soalku lagi.
"Sebab masa aku tengah stress tadi,dia lalu kat sini.Aku rasa marah,aku belasah lah dia.",balasnya.
Aku hanya mengeluh berat mendengar jawapan itu.Tak masuk akal langsung! Nak lalu dekat sini pun salah ke?!
"Abang..janganlah jadikan semua orang mangsa kemarahan kita..cubalah bila tengah marah tu pergi ambil wuduk..istirghfar..",nasihatku.
'Kringggg',loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telahpun tamat.
Aku meminta diri sebentar untuk mengambil beg di kelasku.Abang Harriz hanya membuntuti langkahku.Manakala Abang Haikal pula sedang menolong lelaki yang dibelasah tadi.
YOU ARE READING
My Medicine
Teen Fiction⚠️ Matured Contant Warning,Read Your Own Risk‼️⚠️ 🔪Scene 18xxx warning💏 Jatuh cinta? Itu merupakan satu hal yang biasa pada setiap orang,namun tidak kepada Harriz. Sejak dari kecil,dia sudah mempunyai gejala psikopat/sociopath.Tapi entah mengapa,g...